Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, May 21, 2011

Layang-Layang.


                   Suasana di sebuah padang.Hijau.Seluas mata memandang.Seorang lelaki sedang begitu asyik mengawal layang-layangnya yang dibiarkan bebas nun jauh di ruang udara.Sesekali dia tersenyum bangga apabila ada mata yang memerhatikan layang-layangnya yang cantik dan bebas beralunan itu.Malah ada yang tidak jemu memuji bagaimana bertuahnya dia kerana memiliki layang-layang sebegitu.Seorang lelaki muda sedikit darinya menghampiri lelaki layang-layang tadi.


Lelaki Muda(Lelaki M):Cantik layang-layang kau.(Senyum)

Lelaki Layang-layang(Lelaki L):Ahh ya,terima kasih.(Senyum balik)

Lelaki M:Tentu kau begitu sayang dengan layang-layang kau.Aku lihat kau gembira sekali berada bersamanya.

Lelaki L:Tentu sahaja aku gembira.Aku dah jumpa banyak layang-layang tapi bukan yang seperti ini.Ianya sangat unik.Mungkin ia kelihatan sama seperti yang lain tapi aku gembira berada bersamanya.

Lelaki M:Adakah kau akan menjaga layang-layang ini untuk satu tempoh masa yang lama?

Lelaki L:Bukan untuk satu tempoh masa tapi aku mahu menjaganya untuk selama-lamanya.Selama aku hidup.Aku dah berjanji pada diri aku yang aku tidak akan sekali-kali melepaskannya.

Lelaki M:Sebenarnya tidak begitu mudah untuk menjaga layang-layang sebab ianya sangat rapuh.Dan kau harus tahu bagaimana untuk mengawalnya sebaik mungkin.Kalau kau terlalu berkeras menariknya,benangnya akan putus dan ia akan terlepas dari tangan kau selamanya.Tapi kalau kau melonggarkan benangnya dan membiarkan ia terlalu bebas di udara,ia akan jatuh ke tanah dan rosak.Untuk membaiki kerosakan itu,kau akan mengambil masa yang sangat lama.

Lelaki L:Ya,aku sedia maklum akan hal itu.Tapi layang-layang dan aku dihubungkan dengan seutas benang ini dan aku yang mengawalnya.Jadi aku tahu bagaimana untuk mengelakkan kejadian seperti kau katakan tadi berlaku.

Lelaki M:Mungkin kau patut lihat kembali kata-kata kau tadi.Seutas benang bukan?Benang terlalu rapuh dan kau mungkin akan kehilangan layang-layang kau sebelum kau sempat menurunkannya ke bumi.Atau bila-bila masa dari sekarang.

Lelaki L:Itu pun aku tahu juga.Tapi untuk memasangkan tali pada layang-layang ini akan mengambil masa yang lama dan usaha yang jitu.Aku tidak punya waktu untuk itu.

Lelaki M:Maka menurut perkiraan aku,kau masih belum cukup sayang akan layang-layang kau.Atau mungkin kau belum cukup percaya akan kemampuan kau sendiri untuk memasang tali itu.

Lelaki L:Mungkin kau betul.Tali sangat kukuh tapi untuk memasangnya ada risiko yang tinggi.Mungkin tangan aku akan terluka dalam proses itu nanti.Tapi aku rasa semua itu tidak penting kerana aku amat menyayangi layang-layang aku dan aku tidak akan sekali-kali tersilap mengawalnya.

Lelaki M:Mungkin kau perlu lihat balik pada tangan kau yang mengawalnya.Kau sedang memegang seutas benang rapuh cuma bukannya tali yang kukuh.Aku rasa kau harus bersedia untuk kehilangan layang-layang kau seandainya kau tersilap langkah atau benang itu putus.

Lelaki L:....... (Diam dan seperti sedang memikirkan sesuatu sambil matanya tidak lekang dari memerhatikan layang-layangnya yang terbang bebas di udara)

Lelaki M:Nah,ambillah.(Menghulurkan segenggam tali kepada lelaki L).

Lelaki L:Kenapa?Bukankah kau tahu aku tidak akan mengambil risiko untuk memasangnya?(Mengambil tali dari Lelaki M)

Lelaki M:Terpulang kepada kau.Aku memberi tali itu kerana pada pendapat aku,sekalipun kau tidak akan memasangnya,sekalipun kau dah kehilangan layang-layang kau tapi kau sudah dapat memegang tali dan merasai kekukuhannya sebelum kau memutuskan apa-apa.

Lelaki L:Apa maksud kau?Apa gunanya tali ini kalau layang-layang aku sudah tiada?(merenung tali di tangan).

Lelaki M:Yang itu kau harus fikirkan sendiri.

Lelaki L:Hey,kau tidak boleh beredar sebelum menjelaskannya kepada aku!

Lelaki M:Selamat tinggal sahabat.Dan sekali lagi aku ulangi,layang-layang kau sungguh cantik.(senyum penuh makna sebelum berlalu pergi).



                     Lelaki layang-layang masih berdiri tegak di situ.Memerhatikan tali di tangan dan layang-layangnya di udara silih berganti.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Kalau sebelum ini dia berbangga melihat kecantikan layang-layangnya kini dia takut sekiranya dia tidak dapat melihat lagi layang-layang itu bebas di ruang udara.Kalau sebelum ini dia berbangga dengan kecekapannya mengawal layang-layang itu kini dia takut sekiranya kecekapan tangannya akan membuatkan benang terputus lalu dia kehilangan layang-layang kesayangan buat selamanya.Dalam kecelaruan mindanya membuat keputusan,kata-kata terakhir dan senyuman penuh makna lelaki muda tadi terlayar kembali di mata.

"Kau tahu layang-layang kau sungguh cantik."


ini bukan layang-layang.






Nota Kaki:PERHATIAN,kedua-dua lelaki ini bukan gay okay.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

12 comments:

FaiZaH Fyn said...

kita x tau ape yang akan jadi..even kita berusaha mcm mana pun..kalau dia tetap akan pergi dari hidup kita..lepaskan jelah...

**aku harap aku x salah memahami ape yg kau nk sampaikan :)

Abang Zam said...

kekasih

aku faham..pandai2 lah jaga
kalau dah takdir nak putus, putus je lah

'layang-layang' je kot

Rafi Nilhan said...

apakah anda cuba mengatakan bahawa lelayang itu adalah org yg tersayang?

bagaimana pula dgn tali dan benang?

apa ke retinya??


hehe

zarazueyin said...

sy faham maksud tersirat disebalik cerita ni...
harap semuanya baik2 saja utk sarah :)

MissNadh said...

sangat bermakna..

plz pegang dengan betul benang nya wahai lelaki L..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Faizah Fyn:maaf tapi kau faham dgn cara terbalik...sila balikkan semula ye

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:layang-layang je kot...?

...huhuhuhuk TT_TT

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Rafi Nilhan:layang-layang adalah perempuan dan lelaki layang-layang adalah lelaki...

harap adikku mengerti...:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@zarazueyin:terima kasih kerana memahami....

semuanya baik2 saja setakat ni...

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Miss Nadh:walaupun pegang dgn betul,benang tetap benang.

ianya tak dpt menjadi tali platinum yg kukuh tnpa usaha...

jd sekiranya terlepas,tidak ada apa yg perlu dikesalkan atau mencari org utk disalahkan...

:D

Anonymous said...

aku dlu salu men layang2..dan aku xda mslh ngn benang yg putus..sbb aku x gunakn benang..aku gunakan tali nylon..ianya sgt kukuh..x pcy tnya aku..haha..


nota hujung jari jari kaki : kedua2 llki ini x gay..tp blum matang sbb msh men lyg2..hahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr Anon:hahaha....skg tak men layang2 lagi ka?men apa pulak eh?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat