Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, May 11, 2011

Come Live In My Heart,and Pay No Rent.


Nota Kepala:Ini ditulis atas permintaan seseorang.Kalau tak kena dengan citarasanya,then please accept my humble appologies.Kalau kena pula,then you have to pay me for this.With the highest price that one can even imagine.                 


                    Aku melihat lelaki itu yang sedang merayau-rayau di sekeliling kawasan perumahan.Waktu itu hari hampir gelap tetapi dia masih berkejar ke sana sini dan bertanya sesuatu di setiap rumah yang dia jumpa.Ahhh...mungkin dia sedang mencari rumah saudara lamanya.Aku cuba untuk tidak memikirkan yang lelaki itu seorang perompak atau perogol bersiri.Sehingga akhirnya dia berhenti di tengah-tengah jalan.Mungkin sudah penat.Barangkali juga kehausan.Aku yang melihat dari tingkap keluar dari rumah lalu menghampiri lelaki itu.Segelas air kuhulurkan kepadanya.

                    Dia pandang aku.Lama sebelum mencapai gelas air itu.Agaknya sedang memikirkan siapakah gerangan bidadari dari kayangan yang sanggup turun ke bumi demi untuk memberikan segelas air kepadanya.Anehnya dia tidak menyentuh air itu walau sedikitpun sedangkan dia kelihatan haus benar tadi.



Dia:Boleh aku bertanyakan sesuatu?

Aku:Ya,silakan.

Dia:Aku sedang mencari rumah untuk disewa.Tapi hari sudah gelap dan aku sudah penat kerana sudah puas kejelajahi seluruh pelusuk alam ini belum juga ketemu pemilik rumah yang sudi menyewakan rumahnya kepadaku.

Aku:Kau mahu bertanya sama ada aku punya rumah untuk disewakan kepada kau?

Dia:Ya,kau lain dari tuan rumah yang lain.Sebab itu kau adalah orang terakhir yang akan aku tanya kerana aku sudah penat.Mahukah kau menyewakan aku rumah?

Aku:Malangnya aku tidak punya rumah untuk disewakan.Rumah aku bukan milik aku.Maaf.Aku harap kau faham.

Dia:Sayangnya,tapi kau lain dari yang lain dan aku amat berharap akan ada sedikit ruang kosong untuk disewa.

Aku:Tapi kau cakap kau mahu menyewa sebuah rumah.Bukannya sedikit ruang.

Dia:Ruang kadangkala boleh menjadi lebih luas dari sebuah rumah.Mahukah kau menyewakannya?

Aku:Jika kau yang menyewanya,maka kau boleh memilih untuk meluaskan ruang itu.Tapi malang sekali aku juga tidak punya apa-apa ruang waima sekecil zarah pun untuk diberikan kepada kau.

Dia:Jadi adakah kau akan membiarkan aku terus merempat di jalanan yang sejuk dan gelap ini?

Aku:Aku bukan seorang yang kejam.Tapi bagaimana mungkin aku dapat memberikan sesuatu yang tiada kepada kau?

Dia:Baiklah.Aku memahami.Terima kasih untuk air ini.Aku tidak dahaga sebenarnya tapi aku penat.Dan kepenatan itu tidak dapat dihilangkan sekalipun kau menghadiahkan aku air sebanyak yang ada di lautan.



                       Aku menyambut gelas itu dan dia pun memulakan langkah untuk beredar dari situ.Aku pandang gelas dan pandang lelaki itu silih berganti.Rasa bersalah ada tapi apa yang dapat kulakukan untuk menolongnya apabila dia meminta sesuatu yang mustahil untuk kuberikan.


Aku:Eh..tunggu dulu!!!


                     Langkah lelaki itu terhenti.Dia menoleh ke arahku penuh tanda tanya.Aku menapak menghampirinya.


Aku:Aku tidak punya rumah juga ruang kosong untuk disewakan kepada kau tapi aku punya sesuatu yang buruk dan kurang berharga dari semua itu tapi ianya lebih mahal sewanya.Mahukah kau?

Dia:Apa saja asalkan aku tidak perlu lagi kesejukan dan kegelapan seorang diri di sini.

Aku:Datanglah dan tinggal di hati aku.Kau tak perlu bayar sewa kerana tiada bayaran yang senilai dengan tempat itu.Mungkin hati aku tidak secantik mana tapi sekurang-kurangnya ia akan memanaskan kau selama mana kau tidak lupa untuk menghidupkan pemanas haba sekiranya kau berasa sejuk.

Dia:Kalau aku lupa?

Aku:Kau akan merasai kesejukan yang lebih sejuk dari kau berada di jalanan selama ini.

Dia:Baiklah.Kau cakap ianya lebih mahal sewanya?Jadi berapa banyak yang harus aku bayar?

Aku:Kau boleh tinggal di hati aku dengan tukaran dengan jiwa kau.

Dia:Itu satu permintaan yang dahsyat.Kenapa tidak boleh ditukarkan dengan hati aku saja?

Aku:Kerana hati mudah berubah-ubah tetapi tidak jiwa.

Dia:Bukankah ini satu tukaran yang tidak adil?Mengapa kau tidak memberikan jiwa kau juga?

Aku:Kerana jiwa seorang perempuan terletak di hatinya.

Dia:Jiwa aku bukan sesuatu yang boleh diberikan sewenang-wenangnya.Aku perlu berfikir dahulu dan terus berfikir.

Aku:Ambillah masa kau untuk berfikir.Aku akan menunggu.

Dia:Selama mana tawaran ini terbuka?Berapa lama kau akan tunggu?

Aku:Selama air di dalam gelas ini tidak kering.




sekadar gambar hiasan




Nota Kaki:Are you ready to give me your soul?This is a non-refundable offer.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

Mr Salvatore said...

U have my soul already.. I love u dear.. ^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr Salvatore:are you sure you didnt want to re-think about this?

may I politely remind you that what is already sold is non-refundable?

Abang Zam said...

ceh..kes rumah tangga la pulek

kahkahkah

Mr Salvatore said...

You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.. :)

MissNadh said...

so meaningful !

Silent said...

take me away

✿ gadis biasa ✿ said...

again..u make me..bisu 5 saat.(^.^)

very nice. :)

err i nak remark page ni..bley?.
so i can read it everytime :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:mana ada la....rumah ada,tangganya takdak

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr Salvatore:have you seen the imperfect me perfectly?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:i have got ur soul sweeetie?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@MissNadh:ni atas permintaan orang...

hehehe

thanks

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@gadis biasa:go on ,

nak copy pun takpe,sharing is sexy sweetie

thanks for reading :)

Headmaster said...

salah satu risalah yg berat.tapi aku dapat detek maksud risalah ni ketika si lelaki mencari ruang yg sempit,tapi baginya luas.nice.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:hahaha

aku tak risaukan kau sebab aku tahu kau selalu dpt detek

kau ditaktor kan

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat