Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, May 8, 2011

A Love Note For You,Mom-Part Two.


                     SPM telah menjarakkan Sarah dengan mak.Jarak kita yang sudah sedia jauh menjadi lebih jauh.Ya,masa SPM Sarah naik pentas juga.Mak ingat lagi tak?Tapi mak tak lagi rasa bangga sebab Sarah gagal untuk mencapai semua A's.Sarah gagal untuk menjadi sempurna di mata mak.Mak hanya memerhati tapi tiada lagi pelukan mak yang Sarah tunggu-tunggu.Kenapa mak?Selama ini pun Sarah tak sempurna.

                  Apakah baru waktu itu mak sedar akan ketidaksempurnaan anak mak ini?Maaflah,Sarah tak berjaya memenuhi harapan mak kali ini.Mungkin Sarah tak berusaha dengan cukup kuat.Mungkin Sarah patut gantikan masa tidur Sarah untuk belajar.Kalau Sarah tahu perkara sebegini akan terjadi pasti Sarah akan berkurung dalam bilik 24 jam sehari untuk belajar.Siapa peduli kalau Sarah tak makan?Siapa tahu kalau Sarah tak cukup tidur?Tapi Sarah tak tahu mak.Jadi maafkanlah Sarah untuk kali ini.Sarah anak mak yang tak sempurna.Tak kiralah betapa kuat Sarah berusaha untuk menjadi anak perempuan mak yang sempurna Sarah tetap gagal.Maaflah.

                Gagal untuk mendapat semua A bermakna gagal untuk mendapatkan peluang untuk ke oversea juga.Agaknya mengenangkan fakta yang satu itu,mak tak dapat memaafkan kesilapan bodoh yang Sarah telah buat.Mungkin mak malu pada anak-anak kawan mak dan saudara-mara kita yang berjaya ke tanah seberang sana.Sarah pula telah kecewakan harapan mak.Sarah memalukan mak.

              Mak ingat lagi masa adik dapat pergi ke oversea?Setelah untuk satu jangka masa yang lama baru Sarah dapat tengok mak segembira itu.Mak buat kenduri kesyukuran.Jemput semua sanak saudara dan rakan taulan.Biarpun adik dapat bilangan A's yang kurang dari Sarah,tapi tak sangka pula dia dapat tawaran ke sana.Rezeki dia agaknya.Adik sedih bila tak dapat semua A's.

                  Ingat lagi tak masa dia datang mengadu pada mak lalu mak cakap takpelah,adik dah usaha kuat.Ini je yang adik mampu dapat.Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing.Mesti adik rasa lega bila dengar mak cakap macam tu.Sarah tahu itu sebab kalau mak cakap benda yang sama kat Sarah dulu pun Sarah akan rasa lega.Seolah-olah satu beban telah terlepas dari tanggungan.Tapi,mak tak cakap.Sarah pun tak mahu paksa mak untuk cakap.

                Sebab adik selalu mengadu itu dan ini pada mak.Tapi Sarah hanya akan beritahu keputusan peperiksaan Sarah pada mak.Hanya itu yang mak nak dengar dari Sarah.Adik selalu bercerita tentang masalahnya pada mak.Tapi Sarah selalu mendiamkan diri.Dan mak juga tidak pernah cuba bertanya.Mungkin sebab itu buat mak fikir yang Sarah tiada apa-apa masalah.

               Sarah bukan tak nak beritahu itu dan ini pada mak tapi mak lebih berminat untuk tahu berapa markah yang Sarah dapat dari berapa kali Sarah tertidur dalam kelas semalam.Mak lebih berminat untuk tahu Sarah dapat berapa A's dari apa yang Sarah makan di sekolah tadi.Sarah bukan genius macam Einstein sebab tu Sarah perlu berusaha kuat untuk berjaya.Atau sekurang-kurangnya untuk menjadikan mak berbangga kerana melahirkan Sarah.

                   Sarah tak pernah dan takkan mengadu apa-apa kat mak.Sebab Sarah dah terbiasa dengan keadaan ni.Sarah dah penat untuk cuba mendapatkan perhatian mak.Sarah dah lelah cuba merebut kasih sayang mak yang cuma selembar itu.Air mata darah ni dah kering dalam pertarungan untuk mendapatkan secebis simpati.Sebab Sarah tak sempurna.Sebab Sarah selalu gagal dan mengalah.Orang yang sangat hodoh tak boleh mengimpikan yang dia akan menjadi cantik suatu hari nanti.Si miskin yang hina akan dicerca jika dia berangan-angan mahu berkahwin dengan puteri raja.Dalam cerita dongeng,semuanya berakhir dengan gembira.Tapi hidup Sarah bukanlah sebuah cerita dongeng dan Sarah pula bukan seorang puteri raja.Jadi tiada apa lagi yang dapat diharapkan.


Selamat Hari Ibu Mak.Terima kasih untuk apa yang mak dah lakukan untuk Sarah selama ini.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat