For GOD's damn sake!Pagi-pagi lagi sudah diserang oleh teman-teman sekolah lama.Kenapa diserang?Sebab setelah bertahun-tahun baru hari ni mereka tahu yang aku mempunyai FB.Mungkin selama ini gagal dijumpai kerana aku tidak menggunakan nama asal.Tapi abaikan soal itu dulu.Pelbagai soalan diajukan dan pelbagai rungutan terpaksa aku tadahkan telinga untuk mendengar.Dari banyak-banyaknya,soalan yang paling banyak ditanya(yang aku rasa bukan soalan sebaliknya lebih kepada satu sindiran) adalah:Kenapa tidak menggunakan nama sendiri?Malu dengan nama kau?Penat untuk aku menjelaskan satu persatu kepada setiap dari mereka.
Sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan nama aku juga tidak ada apa yang perlu dimalukan.Cuma apa yang kau perlu tahu adalah aku lebih suka berbuat sesuatu yang aku suka.Faham maksud aku?Tak?Biar aku terangkan secara lebih ringkas.Maksudnya seperti kau diberi buah epal dan buah anggur dan disuruh membuat satu pilihan sedangkan keduanya kau suka.Tapi kau terpaksa memilih antara yang mana yang lebih kau gemari,yang kau rasa kalau kau tidak memilihnya sekarang maka kau akan rugi.Apa kaitannya itu dengan semua ini?Sebenarnya tidak ada kaitan,cuma aku teringin nak makan anggur sekarang.Sedap kan.Anggur....anggur...anggur,grapes....
Okay,okay.Aku serius sekarang.Sebenarnya sudah lama aku menggunakan nama ini dan aku tidak rasa yang ianya akan memberi masalah kepada sesiapa.Nama ini umpama satu label bagi aku yang aku ambil masa yang lama untuk kembangkan(sebenarnya langsung tidak berkembang,mungkin aku perlu menggunakan herba kembang semangkuk).Seperti label Levi's,Pizza Hut dan sebagainya.Ianya sesuatu yang unik iaitu jarang untuk dijumpai.Satu yang tidak ada duanya.Seperti A.M. aku juga.Satu tidak ada duanya.Dan aku juga tahu yang mereka yang marah pada aku bukan kerana aku menggunakan nama ini tetapi kerana mereka gagal untuk mencari aku.Tidak mengapalah,kalau kau tidak berjaya mencari aku,aku sendiri yang akan menjejaki kau,janji.Ya janji.Sekarang sudah jumpa bukan?
Cuma mungkin kalau kita ketemu di jalanan kau tidak akan mengenali aku lagi.Ya kemungkinan besar begitulah.
A.M. sila jangan bagi belon kaler pink kat I okay. |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
10 comments:
untung ada org sayang
@sarah
hye juliet
yups !
u r unique enaff :)
saya paham saya paham pasal anggur tu. Hahahahaha
Hurm,tak patot kwn awk pertikaikan pasal nama tu. Dan kadang2, salah perkataan yg kita guna kan boleh buat org lain touching.
Asalkan nama yg awak gune kan bukan maksud buruk ape salahnye :)
@Abang Zam:kau pun apa kurangnya kan
untung juga.
*smiley di sini*
@gadis biasa:every girls is unique in their own way
kesimpulannya perempuan adalah makhluk unik,baik hati,penyayang dan lain2.cuma mgkin susah difahami.
@s.y.a.r.q.:ya susah bila orang selalu tersalah tafsir.
mungkin perlu ringkaskan ayat supaya lebih difahami
dan ya mksudnya baik.:)
aku dah lupe name kau doe. HAHA sape ek name btul kau?
@cikpuanmudanurul:sampai hati kau....
:'(
aku tak guna nama real aku. Nanti orang jeles, panjang sangat.
kekeke
@a retarded kitty:hehehe...biasala kejelesan selalu berlaku
Post a Comment