Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, June 10, 2011

Tunggu,Jangan Lari!


                     Suasana di sebuah pusat beli-belah.Memandangkan teramat bosan,aku merayu bagai anak kecil untuk ikut mak aku ke situ.And yeah walaupun aku tahu yang aku mungkin terpaksa jadi babysitter untuk adik aku.Dan it happened to be so.Well...i'm not very good at babysitting actually.Ini pengakuan jujur okay.Lebih-lebih lagi budak-budak kan suka berlari sana-sini bila diorang nampak pusat beli-belah yang besar tu macam supergiant playground.Bagi mereka semua tempat pun boleh jadi taman permainan yang heavenly heaven.

                     So awal-awal lagi aku dah bagi amaran keras kat adik bongsu aku supaya duduk diam-diam."Stick to Along,dont go anywhere else." Along is my surname or you can say nama panggilan kat rumah but most of the time my mom still call me by my full name.Full name...ahhh how I hate that!Okay let just leave the name matter there and continue to the awesome part of being a babysitter.Adik bongsu aku tak boleh duduk diam even for a minute.Ada saja kerja yang nak dibuatnya.Most of the time,dia akan lari laju-laju then hilang dari pandangan aku.Even kat rumah dia akan lari sepanjang hari.So hyperactive sampai aku tertanya-tanya dia tak penat ke?Ditambah dengan aksi melompat dan power rangers or mask ridersnya.

                    Kalau boys still aku boleh consider but you are a girl,sweetie.Hehh...Laju kot dia lari,penat satu hal nak mengejarnya,malu pulak satu hal.Bayangkan pandangan orang ramai kat a grown up girl yang berlari macam orang gila kat dalam pasaraya.So aku pegang tangan dia ketat-ketat tak nak dia terlepas.Itupun dia meronta-ronta tak puas hati minta dilepaskan.Aku buat-buat tak nampak.

                      Then lalu kat sebuah kedai yang pamerkan baju yang so called awesome.It's a breathtaking scenery so aku berhenti dan mula berangan.Alangkah bagusnya kalau aku yang pakai baju tu.Yeah...mesti aku nampak gorgeous nanti dan mana tahu kalau-kalau terserempak dengan Jensen Ackles dan he falls in love with me lepas tengok aku pakai baju tu and....bla..bla..bla..Angan-angan yang tak pernah habis.Biasalah girls kan suka berangan-angan.Then entah macam mana pegangan aku terlonggar (or tanpa sengaja aku longgarkan akibat terlalu asyik daydreaming) dan adik aku tanpa menunggu lebih lama terus sahaja mengambil peluang keemasan ini.Macam ayam yang baru dilepaskan dari reban.

                    For the starting,adik aku tak lari jauh lagi.Still aku boleh nampak dia but since aku dah panik ditambah rasa cuak nak kena berleter dengan mak aku yang masih kat dalam pasaraya so aku jerit kuat-kuat panggil dia."Hey tunggu,jangan LARI!!!"Ingin aku tegaskan di sini jangan sekali-kali jerit macam tu kat budak-budak because diorang hanya akan dengar part yang belakang iaitu LARI dan bukan jangan LARI.So lepas aku jerit,adik aku lari susup sasap macam dikejar anjing.Hey...damn it.

                 "Ain Aqeelah,jangan lari!!!Balik ke sini balik...!!"Sebab dah terlampau cemas aku panggil dia dengan nama penuh from nama panggilan dia,Adik.See...Aqeelah.It should be Aqilah actually.My mom want to put Aqilah as her name.Tetapi memandangkan ayah aku suruh aku isi borang kelahiran dia jadi aku rasa Aqilah is not so called unique name lalu aku memutuskan untuk mengeja namanya sedikit unik.Pertama kali aku isi borang kelahiran (berharap yang borang kelahiran aku bukan ayah aku yang isi sebaliknya aku juga so that aku boleh bagi nama yang unik kat diri sendiri but huhuhukkk benda dah lepas)dan memberi nama kat somebody yang akan kekal sepanjang hidupnya.Terasa sangat dihargai even nama tu idea mak aku just aku tolong tulis je but still rasa dihargai itu ada.But sebutannya still sama kan kecuali di tadika bila cikgu dia saja suka-suka memanjangkan panggilan namanya.Owhh...dan aku harap nama itu tidak menimbulkan apa-apa masalah untuknya nanti.Errr...dan kalau ada apa-apa masalah,itu bukan salah Along okay,anggaplah semua itu takdir...Hahahaha

                     Berbalik cerita tadi,aku pun terpaksa juga main kejar-kejar dengan dia sambil menjerit panggil nama dia,rasa malu terpaksa dilupakan seketika.Arggghh....but still malu.Malunya,malu,malu,malu....Lagi laju aku kejar,lagi laju juga dia lari.Rasanya aku dah boleh masuk acara pecut 100m ni.Kejar,kejar,kejar,kejar lagi sampai aku berhenti tiba-tiba sebab adik aku hilang dari pandangan.Okay....dont be panic.Dont panic...Sambil cuba menstabilkan pernafasan kembali,aku berjalan ke sana sini cari adik aku.Naik tingkat atas dan turun bawah balik.Pusing-pusing satu pusat beli-belah tu.Still tak jumpa.Habislah aku,habislah.I'm a dead meat now.Perlukah aku ke kaunter untuk melaporkan kehilangan dia?

                   Semasa aku sedang berlegar-legar tak tahu apa nak buat tu,aku terdengar seseorang panggil nama aku.Toleh ke belakang.Nampak mak aku and....yeah...(sebut ni dengan kecewa dan marah)my mom and that chicken little.Adik aku dengan selamba boleh jalan berpimpin tangan dengan mak aku sambil tersengih ke arah aku.OMG....sabar...sabar...ini satu cubaan.Dia cuma budak berusia 5 tahun.Sabar...Mak aku kelihatan tenang sahaja,tiada riak-riak marah di mukanya.

                   "Ni adik cakap Along hilang.Pergi mana tadi?Nasib baik mak tak laporkan ke kaunter kehilangan kanak-kanak lagi."

                    What the.....?Aku dah tiada apa-apa lagi yang nak dicakapkan.Okay.Dah.Bye.




kalau Jensen Ackles yg hilang,berbaloi juga aku pusing sana sini.:))


 Nota Kaki:Okay sorry bukan Jensen Ackles...kalau A.M. aku yang hilang,aku sanggup je pusing keliling dunia cari kau eh sayanggg...Muahhhh..Love you HoneyBee!Haha.





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

FaiZaH Fyn said...

eh tetiba pulak kau yg dia cakap hilang...

**kalau aku hilang kau cari tak?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@faizah fyn:yeah...ini sungguh mengecewakan...sgt2...hehh

*klu kau hilang,errr...aku lapor kat kaunter je senang sikit,muahahaha*

littledolphin said...

sangat-sangat lawak.very hilarious.this type of entry can make anyone laugh and thus reduce their stress level. :D THANK YOU KAWAN. hahahahaha.

Headmaster said...

dengan aku-aku sekali naik penat membaca

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hana sudradjat:thanks for reading :))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:congrate sebab baca jugak biarpun penat

:D

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat