-----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello…”
“Errr ya hello…Siapa..”
“Siapa…”
“Eh kau.”
“Ya aku.Kenapa?Sudah lama sangat tak dengar suara aku lalu kau terlupakah..”
“Sori…sori.Aku tak perasan sayang.Banyak keja ni.Lagipun kau tak pernah telefon jadi aku…”
“Sayang…”
“Ya,kenapa?”
“Tak…cuma dah lama tak dengar kau sebut perkataan tu.”
“Jadi apa mimpi kau telefon aku.Bulan turun dari langit?”
“Tak…tak ada apa-apa…”
“Hmm…kau sedang buat apa saja ni?
“Tak buat apa-apa…”
“Tak buat apa-apa?Mesti kau tengah buat sesuatu?Makan ke?Atau baru bangun tidur?Lagipun kau suka tidur kan?”
“Tak…”
“Tak.Semua pun tak.Apa yang iyanya?Lupakan…kau di mana saja ni sayang?”
“Metah cantik…”
“Hah?Apa tu?”
“Metah tu sangat.Sangat cantik…”
“Apa juga yang cantiknya?”
“Kat sini sangat cantik…”
“Kat sini?Kau kat mana?Rumah?”
“Tak…aku kat sini…”
“Yela,kat sini tu kat mana?Tepi akukah?”
“Kat sini…cuba kau dengar ni…”
“Bunyi apa tu?”
“Angin…bunyi angin…”
“Angin?Kau kat luar rumah?”
“Ya,kat luar…”
“Yang cantik tadi apa?Anginkah?”
“…”
“Sayang..?”
“Ya…”
“Kau buat apa di situ?Kau dah makan?”
“Dah…”
“Tipu.Mesti tak makan lagi ni.Dah,pergi makan dulu.”
“Dah…Makan angin…”
“Ha…tengok.Kan dah cakap tak makan lagi.Pergi makan la sayang…”
“Sayang…”
“Ya,apa?”
“Tak.Aku suka dengar kau sebut sayang tu…”
“Yelah.Aku je yang sebut,kau pula tak pernah sebut pun.”
“…kau...okay kan?”
“Hmmm?Aku okay ja.Sihat walafiat lagi.Kenapa?”
“…”
“Hello…kau ada kat situ lagi ke?”
“Hmmm…”
“Kenapa diam sahaja?Cakaplah sesuatu.Kau juga yang telefon aku.”
“Maaf…”
“Hah?Apa?”
“Sori…”
“Sori?Untuk apa?”
“Semuanya…”
“Tak ada apalah.Sikap kau tu.Degil sangat.”
“…”
“Sayang…?”
“Hmmm…”
“Kenapa diam je ni?Mahu aku letak telefon ke?”
“Tak.Kau...cakaplah…”
“Asyik-asyik aku juga yang cakap.Kau tu asyik ‘hmmm’ je dari tadi.Kau cakap pulak…”
“…kau...akan terus okay kan..”
“Huh?Aku okay.Kenapa dengan kau,cuba cerita dulu sama aku?”
“Tak ada apa-apa…”
“Tak ada apa-apa juga…tak ada apa-apa dari tadi.Cerita sama aku sayang.Aku ni siapa bagi kau?”
“…kau..sibuk ke…?”
“Cuba cakap apa yang tidak kena.”
“…”
“Sayang?!”
“Hmmm…”
“Ada apa sebenarnya ni?”
“…kau…”
“Eh..kejap…aku ada hal sikit ni.Nanti aku telefon kau balik eh?”
“Tak perlu…”
“Kau akan telefon aku balik nanti?”
“…”
“Sayang…kau selalu macam ni!Bikin aku panas saja.”
“Sayang…”
“Apa?”
“I love you…”
“I love you too.”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Si pemilik telefon merenung ke bawah.Sayup-sayup kelihatan telefon bimbitnya yang sudah dicampakkan.Yang sudah hancur berkecai sehingga tidak menampakkan rupa telefon lagi.Mustahil untuk dia menelefon sesiapa atau sesiapa menelefon dia lagi.Lagipun panggilan dari syurga…ahh tidak…sebenarnya panggilan dari neraka,panggilan dari sana tidak akan sampai ke bumi bukan?
Edge of silence.The END.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
6 comments:
terasa sedih n nk nangis bace entri ni....
aku pernah alami fantasi semacam ni.Tapi setiap yang fantasi jarang-jarang jadi realiti.
sayang............
@eiyja:huhuhu...menangesla klu perlu :)
thanks for readin'
@headmaster:owh....bertuahnya...sebab fantasi aku selalunya akan jadi realiti...*sigh*
@silent:ya....sayang sekali bukan?
Post a Comment