Aku:Kau tahu aku sangat merindui kau,Gadis.Ke mana kau menghilang?Adakah kau seperti mereka yang lain?Sengaja mahu menghindarkan diri dari aku.Beritahulah aku yang kau tidak akan meninggalkan aku.Beritahulah...
Gadis:Aku gembira kita dapat bertemu kembali.
Aku:Adakah kita akan bertemu lagi?
Gadis:Kau tahu aku tidak akan meninggalkan kau bukan?
Aku:Biarpun semua yang lain pergi meninggalkan aku?Biarpun aku dah lakukan kesalahan yang paling dahsyat?Biarpun mereka yang lain tak dapat memaafkan aku?
Gadis:Ya,biarpun semua yang lain menyalahkan kau.
Aku:Biarpun kita tidak lagi sehaluan,kau masih mahu bersama aku?
Gadis:Masih.
Aku:Kenapa?
Gadis:Sebab mereka semua tidak mengenali kau sepertimana aku mengenali kau.
Aku:Tak.Mereka lebih mengenali aku tapi masih memutuskan untuk tidak bersama aku.
Gadis:Itu kerana kau punya ego yang sangat tinggi sehingga mampu meruntuhkan langit.
Aku:Apa yang kau cuba memberitahu aku?
Gadis:Ego kau yang sangat tinggi mampu meruntuhkan langit:itu apa yang mereka tahu.Tapi apa yang mereka tidak tahu:sekalipun langit itu runtuh kau tidak akan membiarkan langit itu menghempap mereka yang kau sayang.
Aku:Ya,tidak sekali-kali.Kau tahu...aku sedang mencuba.
Gadis:Mencuba?
Aku:Melihat sesuatu perkara itu dari perspektif orang lain.Supaya aku lebih faham.
Gadis:Ya,itu bagus tapi kemungkinan juga kau tidak akan ketemu mana-mana jawapan.
Aku:Jadi beritahulah aku apa yang harus aku buat?Kerana mulut ini sudah letih bertanya tetapi tiada siapa yang mahu beritahu aku apa yang perlu aku lakukan.Aku sudah habis menganalisis salah sendiri....apa lagi ya yang aku terlupa lakukan?
Gadis:Syhhhh...diam.
Aku:Diam?
Gadis:Ya,diam dan dengarlah.
Aku:Diam dan mendengar?Itukah yang perlu aku lakukan?
Gadis:Kau terlalu banyak bercakap.Sudah tiba masa untuk kau diam dan belajar mendengar pula.
Aku:Kau sendiri tahu yang aku lebih banyak mendengar dari bercakap bukan?
Gadis:Ya,tetapi kau diam bukan pada tempatnya dan kau mendengar bukan pada masanya.
Aku:Jadi,diam dan dengarlah?
Gadis:Syhhhh...diam dan dengarlah.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
6 comments:
Listen and i will tell you..
yerr..fist time tengok anon dtg..hehe
aku paham nie
@Anon:errr...i will listen if only you are my A.M.
@rafi nilhan:adikku...baguslah klu faham.kakak amat berbesar hati :))
teruja
@headmaster:sebab aku menulis dgn perasaan teruja :)
Post a Comment