Seth Tan eh?Aku pun tak tahu siapa dia but nama dia bila disebut sekali nafas berbunyi seperti Setan.Mula-mula ingat nak Google but tak jadi bila nampak bersepah bloggers lain yang buat entry pasal drama Nora Elena dan lepas baca baru aku tahu yang Seth Tan merupakan watak lelaki romantik terlampau dalam cerita tu.Dan sekarang ni aku bet para gadis or wanita yang dah bergelar isteri kat luar sana sedang mengimpikan dan mengharap supaya suami or pakwe masing-masing akan menjadi seromantik Seth Tan(Setan) juga.
Well,this may be a bit harsh but berhentilah berangan dan bangunlah dari mimpi anda wahai kaum-kaum sejenisku.Sebab lelaki-lelaki kat Malaysia bukan tak ada yang seromantik macam tu but very very rare nak jumpa.Mungkin kau dah jumpa but dia dah ada yang berpunya or dia bukan lelaki Melayu or kemungkinan-kemungkinan lain lagi.Tak perlulah nak memaksa or mencari sebab kenapa pakwe or suami or tunang anda tak memenuhi but keretanya dengan bunga ros or mengambil cuti semata-mata nak menemani anda memberi ikan di kolam makan or melepaskan bisnes berjuta-juta untuk menjaga anda yang cuma sakit perut.WTF eh?Sekali sekala maybe boleh tapi kalau selalu mahu bankrup lelaki kau.
Oh dan ya...sebab mereka tak romantik mengikut teori Sarah Sayuri adalah mungkin kerana mereka sendiri tidak tahu apa itu romantik dan bagaimana untuk berkelakuan romantik.Sebab romantik itu berbeza mengikut pandangan masing-masing.Bagi yang sudah terpengaruh dengan cerita Nora Elena mungkin akan mengaitkan romantik itu dengan bunga ros yang memenuhi bonet kereta.Asal romantik je mesti ada ros...What the fuuuuu*k?Bagi kau romantik itu adalah dengan memberi 188 kuntum bunga ros setiap hari tapi bagi aku tidak.Banyak lagi cara-cara untuk menjadi romantik dan aku ingin sekali menegaskan di sini yang sekiranya korang mahukan pasangan yang romantik maka korang sendiri yang harus memahami apa itu romantik dan mempraktikkannya dahulu.Sebab lelaki kadang-kadang tidak tahu dan kita sendiri yang harus memberitahu mereka bagaimana kita mahu mereka melayan kita.
Maksud memberitahu di sini bukan menjerit di telinganya supaya membelikan anda teddy bear or bunga ros but beritahulah dengan cara anda sendiri.Apa itu cara anda sendiri?Kalau anda betul-betul mengenali pasangan anda,then anda akan tahu bagaimana untuk membuatkan dia faham tanpa perlu menyakitkan hatinya.Or kalau dia tak faham juga,mungkin anda yang harus mulakan dahulu.Mula bersikap romantik maksud aku.Yeah...dan mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mungkin perempuan ingin bersikap romantik sedangkan selama ini romantik itu sering dikaitkan dengan lelaki sahaja?See....this is our stigma people.Stigma masyarakat kita yang menganggap hanya lelaki sahaja yang perlu beromantik.Ini salah...this is really wrong.Absolutely wrong!
This is why aku benci Nora Elena yang tak tahu bersikap romantik kepada lakinya yang romantik itu.Sebab utamanya pula adalah aku tak suka Aaron Aziz.Yeah...dia tough,body ketul-ketul dan hensem and dont forget he's damn ROMANTIC but that's all.Tiada X-factor yang boleh membuatkan aku menyukai dia.So I was wondering,kenapa korang(to gadis and perempuan) suka dia eh?Seriously aku tak faham.
Oh yes,dan bagaimana cara untuk perempuan bersikap romantik?Persoalan itu aku tinggalkan untuk korang renung-renungkan.Come on la girls jangan memalukan kaum kita dengan mengatakan korang tak tahu bagaimana untuk bersikap romantik.Romantik bukan manja dan bukan gedik okay.Jangan salah menafsirkannya.Kalau inginkan pasangan yang seperti Seth Tan,maka anda sendiri yang harus menjadi Seth Tan versi perempuan.Tapi jangan terover romantik pulak.Romantik pun ada hadnya.Kalau dua-dua asyik nak romantik je lama-lama korang akan bosan dan muntah hijau.So kesimpulannya girls,tak salah untuk berangan-angan or mengimpikan pasangan anda seperti Seth Tan as long as you keep you feet on the ground while you are dreaming.Faham?
Nota Kaki:Aku takkan berbangga untuk mengatakan yang aku mempunyai seorang lelaki yang seromantik Seth Tan but aku akan berbangga if my other best half boleh bagitau others that he's got one damn romantic wife.See how sweeeeeett this emo Sarah Sayuri can be sometimes?So....hurry up and ask for my hand,will you?Dah.Bubye.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
14 comments:
aduhhh.. i tak tengok cite ni, so tak tau nak komen apa... tapi yang penting, jadi la suami dan isteri yang bertanggungjawab terhadap keluarga masing2, macam tu automatik jadi romantik, kan dear? :D
tgk cte 2....
tetapi romantik yg dpaparkan..terlalu romantik sangat........
tetapi ada ke?? ada kot 1..dalm 1000..
tapi bgus la kalu smua laki romatik mcm 2...
itu la namanya drama. perfect serba serbi.
Tipikal.
@sunah mohammad:ya betul....;DD
@sobri yaacob:terlalu rmantik ke?tak tahu sebab tak tgok...
1 dlm 1000 kan...klu semua laki romantik tak bagus sebab pompuan kena blajar jd romantik juga ..
win-win situation baru betul :)
@a retarded kitty:so tipical and so right...:)) thanks dropping by eh
gula terlebih. nabila bila dengar tajuk cerita tu pun dia dah memusingkan mata 360 degree.
bagi aku,hubungan akan lebih romantik bila masing-masing mencuri peluang untuk kentut bersama-sama
err..nora elena watak yg kena rogol tu kan?tu je aku tau..
rare eh lelaki romantisan?ahh..aku pon romantic la tp malasss..
hahahaa
pompuan pun plu romantik,, tp aku prefer pompuan cool.. :)
@iqin othman:owhhh...sekadar memusingkan mata tidak apa2 kalau dia menjeling baru perlu berjaga-jaga
:))
@headmaster:ahhh kau memang...selalu praktikkan eh
@rafi nilhan:cool and full of humor lagi bagus kan
boleh ketawa sama2 selalu
:DD
pernah tgok satu episod je.yg lain bace kt timeline twitter je.heh.serius setan kot.kalau suka mmg kena rogol eh.pastu dah serbe salah sbb rogol,pastu kawen.thats not true love.biasalah drama, fullll of fantasies. -.-
@milimilo:hahaha....biasalah drama yg diadaptasi dr novel so lebih byk fantasi...byk lg novel yg baik tanak pula buat drama...
btw thanks dropping by :))
Post a Comment