Pernah dengar orang tua-tua cakap sifat kita ditentukan mengikut urutan kelahiran kita?Kalau anak sulung itu sifatnya seperti tanah,anak kedua seperti air,ketiga sifatnya api dan keempat angin.Aku tidak percaya akan hal ini tapi bila diteliti dan disertai pengalaman yang tidak seberapa,maka rasanya ada betul kata-kata orang tua.
Tanah,dari luarannya kelihatan keras tapi lembut dan sejuk pabila disentuh.Kelihatan kosong dan mati tapi mampu memberi kehidupan.Kelihatan hanya untuk dipijak tapi hakikatnya paling banyak kegunaannya.Sentiasa cuba bersabar dan menyokong mereka yang berdiri di atasnya.
Air.Sejuk,tenang dan mendamaikan.Juga memberi kehidupan.Tapi awas sekali diusik maka tsunamilah akibatnya.Jangan disangka mereka yang bersifat air sentiasa tenang dan tiada sifat marah.Sedangkan air yang tenang pun bergelora di bawahnya.
Api.Sentiasa membara,bersemangat dan pantang diusik akan terbakar.Aku sentiasa berhati-hati dan cuba bersabar dengan mereka yang mempunyai sifat api.Kerana aku bersifat tanah,maka ianya bukanlah tugas yang sulit.Kerana semarak mana sekalipun api,tanah tidak akan terbakar.Lambat laun ia akan padam sendiri.
Angin.Kadangkala bertiup lembut dan mendamaikan,kadangkala pula bertukar ganas dan menakutkan.Angin gemar mengikut haluan sendiri,meredah apa sahaja di hadapannya asalkan ianya bebas.Angin adalah kebebasan.
Dari semua itu,tanah yang paling keras tetapi juga paling lembut.Kerana tanah perlu menyokong semua yang berada di atasnya,maka ia perlu banyak toleransi dan memahami.Tanah adalah paling banyak bersabar,cuba menyerap setiap hentakan,setiap kerosakan dan setiap bencana yang berlaku.
Datanglah air sebanyak mana sekalipun tanah akan menyerap sampai lambat laun ia kering sendiri.Mungkin tanah akan basah tapi ia tidak pecah.Datanglah api semarak dan sepanas mana sekalipun,tanah mungkin hitam tapi ia tidak terbakar.Malah masih mampu menjadi tapak untuk api itu bernyala.Datanglah angin sekuat dan sekencang mana sekalipun,tanah masih utuh mencengkam bumi.Mungkin angin akan menerbangkan butiran pepasir tetapi tanah tidak terpisah.
Bila tanah sudah tidak mampu menyerap segala kerosakan itu,perkara paling dahsyat akan berlaku.Bukan setakat gempa bumi malah tsunami turut dibawanya.Atau mungkin tanah akan sengaja melohongkan dirinya supaya yang selama ini disokongnya penuh sabar akan jatuh ke perut bumi.Menemui lahar merah hitam yang selama ini terpendam di dalam.Lahar yang mampu membakar apa sahaja yang disentuhnya.
Angin dan api serta api dan api adalah pasangan yang sangat tidak serasi.Angin akan memarakkan api yang sedia bernyala manakala api dan api akan membakar sesama sendiri.Jika ingin mencari pasangan,telitilah sifat anda dahulu.Sekiranya anda api,elakkanlah memilih yang boleh menjadikan anda terbakar lebih marak.Oh dan berhati-hati juga dengan air.Ya,air boleh memadamkan api tapi kalau terlalu banyak air,api akan padam dan tidak bernyala lagi.
Tanah?Tanah boleh berpasangan dengan sesiapa sahaja.Baik api,air mahupun angin sekalipun.Ya,anda betul.Entri ini hanyalah semata-mata untuk mengkhabarkan kepada umum betapa bertuahnya Sarah Sayuri kerana bersifat tanah.Tapi sekiranya diberi pilihan aku ingin berpasangan dengan api.Biarpun terbakar,kehangatan itu tetap mendamaikan.Eh...apa aku cakap ni?Errr....dahla.
Aku adalah tanah.Kau pula apa?
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
6 comments:
wah saye angin n tunang api...camne2....
hu3
anak tunggal kira anak pertama ek? kalau macam tu,tanah kot.ke semua? 0.0
@ct aja:hehehe...rasanya no problem klu salah sorang boleh bertukar mnjadi air...like my mom and dad.juga angin dan api.but my dad dah bertukar jadi air....huhuhu
@hana sudradjat:tanah....yeah tanah yg bertuah :DD
aku tanah.tapi aku lebih suka kalau orang panggil aku aaron aziz
@headmaster:errr...congrate tp aku tak suka aaron aziz so aku takkan pnggil.harap maaf.
Post a Comment