Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, June 3, 2011

Jalan Mati dan Kunci.


                     Jalan mati.Dalam hidup,kita akan berjumpa jalan mati mungkin sekali dan mungkin juga beberapa kali.Segelintir yang bernasib baik berjaya menemui jalan keluar manakala yang lain akan kekal di jalan mati,kebuntuan dan terlalu penat untuk mencari jalan keluar.

                    Yang terbentang luas di depan aku sekarang adalah jalan mati.Ini bukan pertama kali aku menemuinya.Cuma kali ini ianya lebih sulit.Susah untuk aku mencari jalan keluar atau mana-mana lubang di dinding untuk aku menerobos keluar.Aku dah penat mencuba,airmata ini pun dah kering dan kaki pun dah melecet.Jadi untuk sementara waktu ini aku memilih untuk kekal di sini.Di jalan mati di mana aku tidak boleh bertemu sesiapa atau sesiapa menemui aku.

                     Ini mungkin terlalu mengejutkan sebagai nota selamat tinggal sementara buat semua yang mengambil berat dan sudi datang ke sini sekali sekala untuk menyelami emosi sang penulis.Terima kasih untuk itu.Mungkin Sarah Sayuri akan kembali untuk menulis lagi atau mungkin juga dia tidak akan kembali sampai bila-bila.Sebab menulis adalah my passion,maka kemungkinan besar aku akan kembali.Atau kalau aku tidak kembali,anggaplah yang jiwa dan sebab untuk aku menulis telah mati,terkubur bersama si penulisnya.

                   Sebab aku menulis bukan untuk mencari kefemesan atau keuntungan,maka aku tidak terkejar-kejarkan trafik atau followers.Maka selepas ini kalau aku kembali dan followers aku tinggal satu cuma,aku masih bersyukur kerana masih ada yang sudi peduli.

                   Hidup ini cuma sementara,mungkin hari ini kita masih bernafas di muka bumi ini,mungkin esok lusa kita dilanggar lalu mati katak di tengah jalan.Siapa mampu meramal semua itu?Jadi selalulah hargai orang yang kita sayang.Jangan selalu gaduh-gaduh,nanti esok lusa kita mati or dia mati dan kita tak sempat nak berbaik balik,kita akan menyesal sampai bila-bila.Perkara yang kita sangka kecil kadang-kadang besar bagi orang lain.Benda-benda yang kita tak kisah kadang-kadang boleh meninggalkan kesan mendalam pada orang lain.

                Bukan semua manusia sempurna,kita selalu buat silap dan selalu mengharapkan agar kesilapan kita dimaafkan.Tapi apa yang kita tak tahu ialah bukan semua manusia itu pemaaf seperti Tuhan dan tak semua kesalahan kita mampu dimaafkan.Itu terpulang kepada diri masing-masing.Bagi aku,aku akan selalu memaafkan mereka yang aku sayang dan mereka yang penting bagi aku.Sebab mereka yang aku sayang takkan bertukar menjadi orang yang aku benci tidak kisahlah apa sekalipun yang berlaku di antara kami.Meminta maaf takkan merendahkan maruah kita dan memberi maaf juga takkan meninggikan darjat sesiapa.Jadi tak perlu terlalu mementingkan harga diri dalam mencari sebuah kemaafan.

                    Banyak yang aku ingin coretkan di sini tapi jiwa aku telah layu dan hampir mati,inspirasi aku telah lari dan sebab untuk aku menulis juga hampir kosong.Maka Sarah Sayuri harus berundur buat seketika.Jika aku mendapat semua yang aku telah hilang kembali,maka aku akan kembali menulis.Jika tidak,mungkin yang tahu kunci ke belog aku boleh menyambung atau mungkin semua ini harus berakhir begini sahaja.Mungkin itu lebih baik.

                    Kerana belog ini aku sayang,maka ianya bukan sesuatu yang mudah bila aku mengambil keputusan untuk berhenti menulis.Kerana yang memegang kunci ke belog ini lebih penting dan lebih aku sayang,jadi keputusan ini menjadi lebih mudah.Atau sekurang-kurangnya lebih mudah.


                    


                     Selama mana kau masih memegang kuncinya,selama itu juga kau masih boleh kembali.Jika suatu hari nanti kau kehilangan kunci itu,waktu itu sama ada kau atau aku telah mati.











May Peace And His Blessing Always Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

11 comments:

fRaMe+LenSeS said...

mendoakan y terbaik buat kamu. apa pn keputusannya, kamu y tahu .. n ALLAH yang menentukan apa y berlaku. Nadh sokong ja.. mendoakan kamu. :) all the best tau..

Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)

Rafi Nilhan said...

aih? nak quit ke? ilek laa.. tulis lagi byk2..

kunci? meh sini bagi kunci belog akak biar adek sambong tulis.. hehe

アヌム ちゃん said...

Salam.singgah baca2 sini~
sudi2 la baca my new entri di frommetoyou
Arigatou (^____^)

アヌム ちゃん said...

Salam.singgah baca2 sini~
sudi2 la baca my new entri di frommetoyou
Arigatou (^____^)

✿ gadis biasa ✿ said...

God blessed U :)
happiness is nothingness without completeness :))

adrinaqamarina said...

baru nak kenal dengan sarah sayuri.

mana pon kamu lari mencari jalan keluar daripada segala kebuntuan, ingatlah, DIA sentiasa ada.

kalau orang lain tak ada, Dia sentiasa ada.


:)

tc babe *hug*

Sarah Sayuri Hartnett said...

@frames and lenses:thanks

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@rafi nilhan:errr...kunci...errr maaf kunci spare dah dibagi kpd org lain...muahahaha

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@frommetoyou:thanks singgah

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@gadis biasa:GBU too...

happy is too subjective to describe

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@adrinaqamarina:XOXO...

thanks :D jom kenal....dah buat comeback ni

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat