Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, June 8, 2011

Aku Tak Kisah Kau Nak Kahwin Tapi....


                    Owh...hi!So...errrr...how are all of you doing?

                   As you can see,Sarah Sayuri has finally make her come back(despite her fucking annoying heart-throbbing goodbye note a week ago).So and so....sebenarnya dia tidak menemui mana-mana jalan keluar atau menyerahkan kunci itu kepada orang lain.Just she had made up her mind to rebound back before she finally sank to the bottom.Rebounded eh?Good for health sometimes,sebab kalau berada di zon selesa untuk jangkamasa yang lama,you are going to be one couch potato.One suck couch potato.Dan aku bukan that suck couch potato.Korang (sangat)perlu percayakan aku.

                     Apa yang aku nak ceritakan di sini bukan mengenai my sick heartbreaking life stories but something that is more cheerful.More meaningful.About weddings,may I?Memandangkan semasa cuti sekolah tahun ni aku perasan yang lebih ramai dan lebih banyak orang yang mengadakan kenduri kahwin dari tahun-tahun yang sebelumnya,maka ini memaksa aku untuk menulis serba sedikit mengenainya.Okay,seperti yang korang sedia maklum,aku seorang yang suka mengkritik jadi apa yang korang bakal baca ini juga adalah satu kritikan.Sorry but I cannot stop myself from writing this.

                     Di kejiranan aku atau lebih mesra dipanggil my neighbourhood,memang dah naik muak aku melihat,mendengar dan lain-lain sampai kadang kala aku terpaksa menutup mata dan memekakkan telinga.Yang aku maksudkan di sini ialah majlis resepsi perkahwinan bukan pengantinnya ya.Aku tak kisah kalau kau nak kahwin sebab mendirikan rumahtangga itu satu ibadah but please consider about others too,will you?

                     Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah kalau nak buat majlis perkahwinan yang supergrand ala-ala Wedding of The Year tu,silalah buat kat hotel or kawasan tertutup di mana korang tak perlu menghalang laluan orang ramai or memekakkan telinga jiran-jiran dengan speaker berkuasa kuda.Yeah aku tahu kau sangat bahagia dan superhappy dapat kahwin dengan orang tersayang but adakah kegembiraan kau itu perlu ditonjolkan dengan memasang 8 buah khemah di tengah-tengah laluan?or maybe kau nak sebarkan kebahagiaan kau dengan cara menjemput DJ and mengajak tetamu berkaraoke sampai malam?

                   Okay,kalau suara sedap still aku boleh layan but pleasee...pleasee..ini bukan ujibakat Akademi Fantasia or Mentor untuk kau memekak sepanjang hari.Okay sorry bukan kau but tetamu-tetamu kau.Bila difikirkan balik,aku rasa aku masih boleh terima if si pengantin yang berkaraoke dan memekakkan telinga orang ramai or kau boleh bawa your band dan jamming kat situ sampai pengsan but pleasee not your guests,sebab guests banyak dan kalau diorang nak menyanyi sorang demi sorang makanya sampai malam pun tak sudah.Dan if kau sangat hargai guests kau,bukan caranya untuk tunjuk your appreciation towards them dengan membiarkan diorang memekakkan telinga jiran-jiran kau.Banyak cara lain lagi atau kau boleh buat majlis kau kat tempat tertutup di mana semua guests boleh berkaraoke sampai hilang suara.Lebih baik begitu so that kau takkan mengganggu mana-mana pihak.

                    Dan khemah kau "sayang"...khemah kau menghalang laluan aku orang ramai.Yeah,aku faham kau sangat popular dan ramai kenalan maybe lebih femes dari Gambit Saifullah dan ianya bukan satu masalah bagi aku kalau kau nak dirikan 18 buah khemah sekalipun.Ianya cuma menjadi masalah bila kau tak plan betul-betul kat mana kau perlu letak semua khemah-khemah itu supaya semuanya berjalan lancar atau sekurang-kurangnya aku boleh berjalan dengan lancar.

                    And lagi satu,your buntings or banners yang kau sesuka hati sangkut kat jalanraya seperti iklan berbayar tu.Pleasee...kalau kau sangat gorgeous or pasangan kau very very beautiful or hensem then go ahead tempeklah gambar sebesar gajah kat situ,sedap jugak mata memandang.But kalau sebaliknya or muka kau ala kadar tahap boleh pandang je then tolonggglah....tolong jangan menyemakkan tiang-tiang lampu or lampu isyarat sebab kau mungkin menyebabkan accidents kat jalanraya okay? 

                 Aku dan orang lain flexible,see kalau kau nak tempek jugak muka kau,sila tulis besar-besar di bawah banner kau yang besar tu,"Haraf maaf kalau muka kami buruk dan menyakitkan mata tapi kami cuma nak berkongsi kegembiraan ini dengan orang ramai.Tolong jangan doakan yang bukan-bukan untuk kami ye."Sebab kalau orang tak puas hati then diorang akan mula mengutuk.Dan kau perlu ingat setiap kata-kata itu adalah doa,kalau doa yang baik tidak mengapalah,tapi kalau doa yang buruk?Dan doa tu pula dimakbulkan,maka bagaimana?Mungkin sebab ini juga banyak rumahtangga yang dibina tak berkat dan asyik nak bercerai-berai sebab banyak menyakitkan hati orang ramai dan jiran tetangga.Okay,sorry but I cannot stop myself from writing this.

                   Seriously aku tak faham kenapa ramai sangat orang kahwin tahun ni?Why?Sebab tahun depan 2012, takut tak sempat ke?Banyak lagi yang aku nak kritik but cukuplah setakat tu.Sebab itu yang obvious dan perlu dihighlightkan kat sini.Dan ya banyak sangat undangan perkahwinan sampai dah tak terhadir dek aku bukan sebab sombong or sibuk but aku lebih gemar memilih untuk menjadi penunggu rumah dari menghadiri kenduri kahwin tapi asyik nak kritik pengantin.Okay...aku gurau je,sebenarnya aku tak pergi sebab yeah kalau pergi mestilah kena makan dan kalau banyak sangat makan nasi minyak nanti kau akan errr....faham-faham sendirilah ya.Dan lagipula ada kejadian-kejadian yang tak diingini dah berlaku.Errr..yang tu nanti aku ceritakan di lain entri.

                     Lagipun juga,sekarang dah masuk bulan Rejab kan.So,lebih baik bawa-bawalah berpuasa dari terlampau banyak makan.Nanti hati mati.See...aku boleh jadi ustazah or pendakwah bebas kalau aku mahu.Okay,riak sikit.


Nota Kaki:Tema wedding aku nanti bukan Pure Snowy White sebaliknya Black Bloody Rose.So,ada sesiapa berminat nak hadir?Tak berminat?Okay mungkin aku patut tambah yang ianya adalah majlis yang simple,bermakna,unik dan penuh rahsia.Yeah...so macam mana?Still tak berminat?Fine then.Go drowned yourself.



this is one gorgeous couple.










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

8 comments:

FaiZaH Fyn said...

yeah aku setuju gila...memekak je dok karok dr pg smp malam..lagu pun ala2 zaman mak bapak aku muda2 dulu...boleh dapat hearing loss aku cenggini..

black bloody rose??

cik violet said...

ak pon xsukak ad karok time wedding..bising..nak bork ngn mmbe lame pon ssh..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@faizaH fyn:yeah...Black Bloody Rose...hahaha..mcm kenal je kan?kan?

syhhhh..diam2 suda ;))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@cik violet:betul.klu nk karok,bole buat di lain masa..majlis khwin bukan pertndingan mnyanyi..

:))

Headmaster said...

zalim gila kau

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:hahaha...ini paling berhemah la nie...sebab tiada kata2 kesat yg aku gunakan

:))

littledolphin said...

black bloody rose? cool!!!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hana sudradjat:cool eh?thanks :))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat