Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, June 15, 2011

Dan Untuk 5 Kali Itu.


                   Dalam hidup ni macam-macam yang kita nak lakukan.1001 impian kalau boleh ingin disumbatkan.Tapi tak semua yang kita mahukan kita akan dapat.Tak semua impian akan terlaksana biarpun kita dah berusaha sekuat mungkin.Ada yang harus dilepaskan demi kepentingan orang lain dan ada juga yang terkubur tanpa nisan.Sebab hidup ini hanya sekali.Jika kita hidup banyak kali,maka mungkin kebanyakan impian itu akan jadi kenyataan.Dan mungkin juga tidak.Ya,sebab hidup memang sudah sebegitu.

                      Seseorang pernah bertanya sekiranya aku diberi peluang untuk hidup sebanyak 5 kali,apa yang akan aku buat?

                          Sekiranya aku diberi hidup sebanyak 5 kali,aku ingin dilahirkan di 5 bandar berbeza di dunia.

                      Dan dalam 5 buah keluarga yang berbeza latar belakang.Berbeza budayanya.

                           Aku ingin ke kedai Baskin Robbins dan merasai setiap satu perasa aiskrim yang ada di sana.Aku ingin ke Mister's Doughnut dan makan semua perisa donut yang ada kat sana.Aku ingin melancong mengelilingi dunia dan melawat semua bandar-bandar bersejarah dan yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

                         Bila difikirkan balik ada banyak cita-cita yang aku nak capai.Aku nak jadi seorang guru.Dan juga seorang doktor.Oh dan aku juga nak buka sebuah kedai kek sendiri.Atau mungkin aku boleh menjadi penulis yang berjaya seperti JK Rowlings atau Jodi Picoult.

                        Kalaulah aku diberi hayat sebanyak 5 kali,aku akan mempunyai 5 kerja.5 buah keluarga berlainan.Serta dapat hidup di 5 bandar yang berbeza setiap kali.

                       Dan setiap kali,untuk 5 kali itu,aku ingin mencintai orang yang sama.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

FaiZaH Fyn said...

aku suka part yg last...cintai org yg sama :)

Headmaster said...

fuuuhh.. mendalam bai.serius

Sarah Sayuri Hartnett said...

@faizah fyn:hahaha....yes.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:thanks for reading

BLUEHIPPO said...

"WE LOVE THE SAME PERSON" I LOVE THAT :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@BLUEHIPPO:i love it too...:)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat