Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, June 22, 2011

Laugh As Long As You Can Breathe.


                    Lihat.Sana.Di sana tu.Cuba kau lihat.Nampak?Dia sedang ketawa bukan.Kelihatannya dia gembira benar bukan?Semuanya nampak bahagia dari luaran.Tapi itu tidak bermakna semuanya serba sempurna.Lihat menelusi matanya.Kerana kata orang mata adalah jendela hati.Dan kau akan nampak kekosongan.Kenapa?Kerana hati dan jiwanya telah mati.

                   Betulkah?Ya,betul.Bagaimana dia bisa ketawa seperti tidak pernah disakiti dan seperti semuanya baik-baik sahaja?Kerana dia telah puas menangis,memerah air mata sehinggakan semuanya telah kering.Tiada apa lagi yang tinggal.Sebab itu dia bisa berdiri,melihat keadaan sekeliling di mana semua mata sedang memerhatikannya.Fikirnya,kalau dia rebah,semua yang disokongnya akan turut hancur menyembah bumi.Jadi dia harus mendongakkan kepala dan mula ketawa seperti semua itu tidak pernah berlaku.Seolah-olah dia tidak pernah merasakan apa-apa.Seakan-akan tiada apa yang boleh mengugat kegembiraannya.

                   Sebab bila dia ketawa,orang di sekelilingnya akan turut tersenyum.Dan itu sahaja yang dia perlukan.Sekurang-kurangnya buat waktu ini,itu sahaja.Syyyyhhh....diamlah.Tak perlu kata apa-apa.Ketawalah selagi masih bernafas.Senyumlah seperti kau tidak pernah disakiti.Dan belajarlah untuk memberi kasih sayang selama mana kau masih hidup.Ya,senyumlah.Dan kau akan lihat orang di sekeliling kau turut tersenyum.Ya,cepatlah.Cantumkan hati yang hancur berkecai itu dan mari kita bawanya bersama.Lukanya tidak akan sembuh tapi masih kau perlukan hati itu untuk hidup bukan?











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

geeds said...

the smile of the love one is indeed enough to make the heart blooms.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@geeds:yes indeed...trying to brigthen others' day eventhough we cant brighten our own

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat