Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, June 18, 2011

Aku Ada Kerana Kau Ada.


                 Masa kecik-kecik dulu,aku memang nakal dan (very) degil.Aku masih ingat lagi bagaimana kau terpaksa mengejar aku dan akhirnya terjun ke dalam sawah bersama aku kerana kedegilan aku itu.Bagi kanak-kanak berusia 3 tahun semuanya dilihat seperti permainan.Sawah adalah taman permainan yang paling besar dan hijau aku pernah lihat.Dan memandangkan itu kali pertama aku melihatnya disebabkan aku tidak mempunyai kampung(bayangkan my damn pathetic face here) so rasa teruja itu tidak dapat ditahan-tahan lagi.

                  Kau cakap jangan lari laju-laju tapi makin laju aku lari sehingga kau terpaksa berlari sama mengejar aku.Dan disebabkan aku asyik pandang belakang dengan rasa seronok akibat ada orang kejar maka tanah yang kusangka ada di depan rupanya tiada.Apa lagi,bergoleklah aku ke dalam sawah yang penuh dengan air dan selut itu.Nasib baik tidak lemas kerana kau terlebih dahulu terjun dengan muka cemas mengalahkan mangsa gempa bumi di Jepun untuk menarik aku keluar.Akhirnya sama-sama bermandi selut.Dan aku masih mampu ketawa dengan gembiranya selepas itu kerana menyangka kita sedang bermain satu permainan yang menyeronokkan.Mujurlah kau ada.Kalau tidak sudah tentu aku tiada di sini.

                   Ingat lagi bagaimana kau selalu curi-curi membukakan pintu ketika perempuan kesayangan kita(mommy) mengurung aku di luar kerana aku tidak mendengar kata dan selalu melawan cakapnya?Atau bagaimana kau yang kepenatan sesudah pulang dari tempat kerja dengan cemas dan pantas mencari aku yang kadang kala merajuk lalu menyembunyikan diri di belakang rumah?Walaupun tidak jumpa tapi kau tidak berhenti melaungkan bait-bait kata pujukan supaya hati yang keras ini lembut.Dan semasa aku teruk dimarahi atau dileteri,kau yang berdiri teguh di sisi untuk meningkah semua kata-kata yang membuatkan kolam mata ini berair.Biarpun aku bukan satu-satunya puteri kecil kau ketika itu,tapi masih di mata kau,hanya aku yang teristimewa.Terima kasih.Mujurlah kau ada.Kalau tidak sudah tentu aku tiada di sini.

                   Aku selalu dilebihkan dari yang lain.Mungkin kau selalu memanjakan aku sehingga aku terbiasa dengannya.Ingat lagi bagaimana kau selalu berselisih faham dengan perempuan kesayangan kita hanya gara-gara ingin memberikan semua yang aku mahu?Apa sahaja yang aku mahu kau akan belikan sehingga aku berasa bersalah kerana terlalu meminta-minta.Ingat lagi rutin harian kita di mana ketika aku mahu pergi ke sekolah kau akan memanggil aku untuk memberi duit saku walaupun telah memberinya sebelum itu?Mungkin kau tidak mahu puteri-puteri kau yang lain tahu.Itu rahsia antara kita sahaja.Mungkin kau tidak tahu tapi waktu itu aku terasa sangat dihargai.Seolah-olah aku sahaja Snow White manakala yang lain hanyalah Cinderella.

                Kerana kau,aku melihat Adam dari sudut berbeza.Tak semua lelaki baik tapi tidak semua juga yang jahat.Kerana kau,aku belajar bagaimana untuk menjadi air di saat orang sekeliling bertukar menjadi api.Kerana kau aku tidak takut atau bimbang seandainya suatu hari nanti aku memutuskan untuk memperjudikan seluruh hidup aku di tangan seorang Adam.Kerana kau yang telah mengajar aku bagaimana untuk memberi tanpa mengharapkan balasan dan menyayangi tanpa sebarang alasan.Sekiranya suatu hari nanti sampai masa di mana kau memegang tangan aku untuk diserahkan kepada dia yang lebih berhak,maka aku ingin kau tahu yang pada ketika itu tiada apa lagi yang perlu kau bimbangkan.Kerana kau telah berjaya mendidik aku untuk menjadi seorang perempuan yang benar-benar perempuan.

                  Aku ada kerana kau ada.Ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk segala yang kau telah lakukan Tapi masih aku ingin mengatakannya.Terima kasih untuk semuanya.Selamat Hari Bapa.





 Lots of love,

 Your Lovely Daughter.




puteri-puteri sedang bersantai




Nota Kaki:Sekarang dah besar,dah tak manja lagi.Hubungan aku dan my parents lebih santai.Seperti hubungan aku dan kawan-kawan.Ramai ibu bapa yang boleh menunaikan tanggungjawab sebagai parents tapi tak ramai ibu bapa yang boleh menjadi kawan kepada anak-anak mereka.Itu sahajalah dari aku.Thanks for reading.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

Headmaster said...

aku ingin juga jadi ayah terbaik kerana aku rasa aku gagal menjadi anak terbaik

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:dah brsedia nk jadi ayah eh...best of luck

Headmaster said...

gua dari awal dah siap sedia.tinggal gua tunggu turn mak kepada anak-anak gua.gua tak jumpa.spoil.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:usahala kau tunggu je mana dapat :))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat