Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, June 11, 2011

Kau Mahu Aku Simpan Atau Patahkan?


                     Bercinta,bergaduh dan mula menyalahkan masing-masing.Aku tidak salah,kau yang salah.Ya,kau.Kalau terus begitu sampai apokalips(kiamat) juga tidak tamat semua salah faham ini.Kalau sayang mengapa perlu marah?Kalau cinta tidak perlu menuding jari menyalahkan sesama sendiri bukan?Ya...melainkan cinta itu palsu sepalsu bunga ros plastik yang cantik tetapi tiada harumannya.Buat apa menyimpan benda yang cantik tetapi tidak berguna bukan?Begitu juga dengan cinta.Tapi cinta bukan bunga ros di mana kalau kau tidak mahu boleh terus dibuang begitu sahaja.

                   Satu pihak marah,satu pihak menyalahkan yang lain.Satu pihak diam,satu pihak menyuruh yang satu lagi pergi.Tolonglah jangan meletakkan emosi di hadapan dalam membuat keputusan.Sedalam-dalam dasar lautan,dalam lagi hati seorang perempuan.Kerana itu perempuan untuk dicintai bukan difahami.Sekali kau menyuruh mereka pergi,selamanya mereka tidak akan pernah kembali.Sekalipun mereka kembali ke pangkuan kau,tetapi hati mereka tetap akan terus hanyut.Sekali terluka,selamanya kami simpan.Memaafkan memang bisa tetapi untuk melupakan itu mungkin sulit.Ya...begitulah.Sulit untuk kau faham bukan?

                  Dendam?Ahhh..tidak.Tidak sama sekali kami akan memusuhi kau yang tersayang.Cuma sekadar langkah berjaga-jaga.Pelanduk akan melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk,bukan?Lagipun kau tentu tidak mahu melihat kami menjadi makhluk yang dahsyat.Kerana perempuan sukar untuk mencari kesalahan orang yang disayangi untuk berdendam dengannya tetapi sekali dia berdendam kau akan menyesal kerana pernah menyakitinya.Owhh tapi ini bukan aku.Aku tidak akan berdendam dengan orang yang aku sayang,kau sedia maklum itu bukan?

                     Ya...dan begitulah yang mahu aku sampaikan(sekiranya sampai).Sekiranya tidak,mungkinkah aku perlu kirimkan pesan ini pada angin untuk disampaikan kepada kau?Kau...mahu aku pergi dan tidak kembali lagikah?Kerana kau takut jika aku kembali kau akan jatuh sayang balik dan akan disakiti lagi?Maaf.Ya,maaflah...Dan maaf juga kerana aku tidak punya kata-kata yang lebih besar dari maaf untuk dilayangkan kepada kau.

                       Kau....kau mahu aku pergikah?Beritahulah aku apa yang harus aku lakukan dengan yang satu ini?Harus aku patahkan?Atau kau mahu aku simpan? 

                          Ahhh...kau mahu aku simpan atau patahkan yang ini?Tulang rusuk kiri kau maksud aku.Apa yang kau fikirkan?Owhhh...mungkin aku perlu bengkokkan sedikit tapi aku risau kalau-kalau ia patah.










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

10 comments:

shedameor said...

bait2 ayat ni sebijik2 ape yang saya sedang alami skg :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@shedameor:hrp2 apa yg nak disampaikan itu tersampai...:))

Anonymous said...

Tell me where u went wrong..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr Anon:everything...i was wrong from the beginning...i need to make a 180 degree turn...well if you let me to.if not,then tell me what i have to do?

Headmaster said...

heh, sampai masa, ada ketika lu kena pikir sama diri lu saja.lu akan penat buat segalanya.gua harap lu pikir panjang.

ishiko said...

buang saja^^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:otak aku sntiasa berfikir....tp memilih jwpn utk hidup bukan mcm ketika exam di mana kita boleh baling dadu kalau ketemu jalan buntu...

tiada kebetulan dlm hidup,yg ada hanya peluang

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ishiko:buang dan mati....

tp utk mati dan menerima kematian itu ada yg belum bersedia

Anonymous said...

u didnt went wrong dear,it's him who view it from the wrong side.Just let it go.just so u know if u lost one of ur ribs u can take mine.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@anonymous:errr....no thanks.i wanna keep this rib.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat