Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, June 15, 2011

Kalau Sudah Tidak Ada Jodoh,Cari Sahaja Yang Lain.



                    Bodoh!

                Mengapa aku mulakan dengan perkataan bodoh?Oh...ini untuk penyataan di atas.Kalau sudah tidak ada jodoh,cari sahaja yang lain.Begitukah?Ya,bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.Tapi tak semua bunga yang kau lihat itu kau akan dapat,jika tidak dapat,adakah kau akan terus mengulangi pernyataan yang sama?Cari sahaja yang lain,tidak ada jodoh.Begitukah?Kumbang juga bersepah-sepah tapi bukan semua kumbang itu akan tertarik kepada kau,jika tidak dapat,adakah kau akan berpegang pada prinsip tidak ada jodoh itu?Kalau ya,maka kau memang bodoh.

                 Yeah...yeah dan yeah aku tahu jodoh itu kerja Tuhan.Tapi tahukah kau jodoh itu sebenarnya 50-50 rahsia antara kita dan Tuhan?Tahu?Atau kau sekadar membicarakan soal jodoh sesuka hati?Untuk menyedapkan hati sendiri bila tidak dapat apa yang kau mahukan mungkin.Ada jodoh atau tidak ada,kau dan Tuhan kau tentukan.Kalau Tuhan kata ada tapi kau malas berusaha maka jodoh kau memang tidak akan sampailah.Apa kau fikir jodoh kau akan bergolek jatuh dari langit ke kaki kau?Apa kau fikir sudah kiamat sampai hujan sekarang bukan membawa air tapi manusia?Melainkan kau terjun dari KLCC,makanya kau akan jatuh ke kaki orang yang kau sayang tetapi sedihnya dalam keadaan yang tidak serupa manusia lagi.

                 Sekadar berdoa dan bertawakal juga tidak berguna tanpa ada usaha.Yes,Tuhan suruh kita bertawakal tapi hanya selepas kita dah berusaha sedaya upaya.Kalau kau tidak berbuat apa-apa dan hanya berdoa maka teruslah menunggu,manalah tahu kalau-kalau Tuhan kau makbulkan doa kau dan tiba-tiba ada seorang bidadari cantik menerpa masuk ke rumah kau or jejaka hensem idaman hati kau tiba-tiba berhenti bertanyakan jalan.Ya...sure.Teruskan berdoa dan berharap.Tak perlu susah-susah berusaha.

                Kesimpulannya di sini,berusahalah.Jangan asyik mengulangi pernyataan yang sama sahaja.Tidak ada jodoh cari sahajalah yang lain.Kau benar-benar yakinkah dengan pernyataan kau?Kau benar-benar yakin dia bukan jodoh kau?Atau kau sekadar suka-suka ingin menyedapkan hati sendiri?Dan yang penting sekali,apakah kau sudah berusaha sehabis baik?Sehabis daya kau?Kalau tidak jangan buang air liur kau dan jangan buang masa aku.Yalah,dah tidak ada jodoh kan hendak diapakan lagi?



                      Tiada jodoh eh?Bullshit semua tu.Perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkannya ialah tidak cukup usaha.Ya,dan tidak cukup cinta mungkin.So,mahu secangkir cinta lagi?Kalau begitu,berusahalah.Kita perlu berusaha lagi.Ya,mari...









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

mendatak hijau said...

sudah usaha tp belum smpi masa TUhan nak bg...redha2

Headmaster said...

hahahaha! -->gelak orang berpengalaman.

usahalah sampai kau penat,jangan sampai kau malu

Sarah Sayuri Hartnett said...

@mendatak hijau:ya mgkin itu bukan yg terbaik

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:malu dan penat itu tidak pnting

asalkan tidak kesal di kemudian hari

sebab kita tahu kita dah lakukan yg terbaik

dan klu kita betul2 mahu,kita akan dapat

Headmaster said...

itu yang ayat gua keluarkan satu ketika dulu.tapi sekarang gua sedar,realiti berkadang songsang dengan cita-cita.yang tinggal hanya segenggam cekelat angen.cerita kita berbeza.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster::)) ini kata2 dr org yg ada pngalaman. so no komen

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat