Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, June 20, 2011

Menjawab Pertanyaan Panas Wartawan Melodi.


                 Sedang berjalan-jalan di shopping complex bila tiba-tiba seorang wanita menerjah aku dan mak aku.Firstly aku tak kenal siapa then terkejut besar once dia dah perkenalkan diri.Ringkas ucapan perkenalannya,"Hai,saya wartawan pelatih Melodi,Iza nak bertanyakan beberapa soalan kepada Cik Sarah.Harap sudi menjawab ya."Dan aku dah jadi gelabah like what?I mean what the hell is she doing here?Macam mana dia boleh kenal aku pulak?Sebab aku bukan artis yang kaya dengan gosip mahupun selebriti yang penuh kontroversi.Aku hanyalah aku.Seorang penulis picisan yang menulis apa yang dirasakan perlu.Why me?Ughhh....But memandangkan dia dah ada kat depan mata,aku pun dah tak boleh nak melarikan diri lagi selain dari menadah telinga dan membuka mulut untuk menjawab segala soalan darinya.



Wartawan Melodi(WM):Cik Sarah Sayuri kan?Penulis belog SickEmoWriter?

Aku:Ya dan awak boleh panggil saya Sarah.

WM:Jadi Sarah,mungkin rasa terkejut bagaimana pihak kami boleh jumpa Sarah kat sini?

Aku:(Ketawa besar dan ada adegan malu-malu kucing di sini)...Yes exactly! Macam mana awak boleh jumpa saya ni?Itu yang saya fikirkan memandangkan saya bukan artis atau selebriti terkenal.I mean saya hanya blogger,itupun blogger picisan saja.

WM:Jangan risau.Kami ada banyak mata yang memerhati.My first impression terhadap diri awak adalah awak seorang yang ceria,a very bright girl,full of vibrant and colors.Jadi adakah awak tak risau yang impression ini akan mempengaruhi fikiran pembaca setia belog awak?Maksud saya mungkin mereka menganggap Sarah Sayuri seorang gadis emo yang penuh dengan sifat hitam dan suram.

Aku:Oh...ye ka?Itu first impression awak terhadap saya?Thanks sebab memuji.Bagi saya,ini bukanlah satu masalah besar sebab apa yang awak nampak cuma luaran saya sahaja.

WM:Jadi adakah Sarah ingin mengatakan di sini yang dalaman Sarah sebenarnya gelap,suram dan penuh emosi or sifat sebenar Sarah berlainan dengan apa yang orang nampak dari luarannya?

Aku:Untuk mengenali saya rasanya awak perlu mula membaca belog saya.Saya rasa perkara ini tidak akan membawa sebarang kesan or impact terhadap pembaca setia belog saya sebab mereka lebih kenal siapa Sarah Sayuri sebenarnya.

WM:Dan pihak kami juga sebenarnya mengambil banyak masa untuk mencari Sarah Sayuri malah saya juga hampir tidak kenal awak sebab awak di luar dan di dalam foto amat banyak perbezaannya.Ada apa-apa rahsia yang ingin dikongsikan bersama?

Aku:Ya tentu sekali.Botox amat berkesan.(Ketawa besar)Okay..sori,sori just kidding.Tidak ada apa-apa rahsia.Actually gambar tu semua gambar lama dan even bukan gambar lama memang saya di dalam gambar dan di alam realiti agak berbeza.

WM:Awak kelihatan sangat gembira dan berseri-seri.Malah boleh bergurau sambil menjawab soalan saya.Adakah kegembiraan ini sebenarnya ada kaitan dengan sesuatu peristiwa besar or khabar-khabar angin yang pihak kami dengar sebelum ni?

Aku:Errr...khabar-khabar angin apa ya?Maaflah saya tidak mendengar khabar-khabar angin ni sebab...ya dah nama pun khabar-khabar angin kemungkinan besarnya ia tidak benar sama sekali.

WM:Tiada peristiwa yang lebih gembira dan lebih besar dalam hidup seorang perempuan selain perkahwinan.Sebelum ini,kononnya ada pihak yang menguar-uarkan Sarah Sayuri akan berkahwin dalam masa terdekat.Jadi pihak kami ingin mendapatkan pernyataan Sarah sendiri mengenai berita ini.Adakah ianya benar?

Aku:(Menjauhkan diri dan ketawa lagi)....

WM:(Mengekori)Eh..nak ke mana pula tu?Jawablah soalan dulu.Adakah Sarah akan berkahwin dalam masa terdekat?Atau adakah itu hanya khabar-khabar angin sahaja?

Aku:Hahaha....aduhh...soalan cepumas ni.Bikin orang cemas.Saya sebenarnya lebih suka jika ditanya soalan yang tidak berkaitan dengan my personal life.Sebab bagi saya hal-hal seperti ni terlalu peribadi untuk digembar-gemburkan kepada umum.

WM:Umum.Umum itu merangkumi semua termasuk juga pembaca setia dan peminat belog Sarah Sayuri sendiri.Tidakkah anda rasa bahawa mereka ini berhak untuk mengetahui serba sedikit tentang personal life orang yang mereka minati?

Aku:Okay....Berkahwin,ya memang saya akan berkahwin.Someday,suatu hari nanti.Semua orang juga mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dan melalui fasa perkahwinan itu,begitu juga saya.Itu sahaja yang dapat saya katakan buat masa ni.

WM:Bila dah timbul isu berkahwin ni maka mesti dah ada calon dalam hati.Pihak kami mendapat tahu yang sebelum ni Sarah ada menjalinkan hubungan dengan 'seseorang' yang dirahsiakan dari pengetahuan umum.Jadi,adakah hubungan itu masih kekal dan bertambah utuh sekarang memandangkan dah timbul isu ingin naik pelamin?

Aku:(Senyum lebar dan diam sebentar.Speechless)...Hahaha...dari mana pihak awak dapat tahu mengenai 'seseorang' itu?

WM:Dari mana kami mendapat tahu itu bukan persoalan utamanya di sini.Kami semua cuma ingin tahu adakah hubungan itu akan ditingkatkan ke tahap yang lebih jauh atau tidak?

Aku:Ditingkatkan ke tahap lebih jauh...Sebenarnya saya masih keliru dengan 'seseorang' yang awak maksudkan di sini.

WM:Seseorang yang saya tahu awak tahu siapa orangnya.Namanya tidak ingin saya sebutkan di sini atas alasan ingin menjaga privacy.Adakah hubungan yang terjalin itu akan berkekalan atau dah bergoyang dihempas badai?Maklumlah seperti kata pepatah,sekali air bah,sekali pantai berubah.

Aku:(Senyum)Bergoyang dihempas badai.Sekali air bah,sekali pantai berubah.Banyaknya kata pepatah sampai saya pun dah tak tahu apa yang harus dijawab.

WM:Ini memandangkan status masing-masing di laman sosial terkenal juga dah berubah jadi pihak kami cuba mendapatkan penjelasan ini dari pihak Sarah Sayuri sendiri supaya lebih jelas.

Aku:Perubahan status di laman sosial itu bagi saya adalah perkara biasa.Malah sekarang ramai yang dah tidak percaya lagi dengan status yang tertulis di situ.Status yang tercatat di situ tidak penting asalkan kami masing-masing tahu apa yang kami mahukan.

WM:Kami?Kami di sini merujuk kepada Sarah dan 'seseorang' itu bukan?Jadi dengan ini awak mengaku menjalinkan hubungan dengan si dia?

Aku:(Gelak besar)....Aduhhh...wartawan Melodi memang pandai memerangkap orang.

WM:Itu memang kerja kami.Jadi apakah status Sarah Sayuri sekarang?Single atau bagaimana?

Aku:Status...Single or not itu sesuatu yang saya rasa tidak perlu saya hebohkan kepada orang ramai.Something that I should keep it for myself.

WM:Kenapa awak rasa ianya tidak patut dihebohkan sedangkan bukankah lebih baik kalau umum tahu awak dah berpunya supaya si dia tidak akan rasa kedudukannya tergugat?

Aku:Kerana menghormati dia saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa statement buat masa sekarang.

WM:Jawapan itu bunyinya lain macam.Adakah ada sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang perlu disembunyikan dari orang ramai?

Aku:(Senyum)Hidup kita ada turun naik.Kadang-kadang kita gembira,kadang-kadang kita menangis.Begitu juga dengan hidup saya.Kalau nak gembira selalu memang sesuatu yang mustahil.

WM:Adakah awak cuba mengatakan yang sekarang ini awak sedang menangis?Atau awak sedang melalui detik penurunan dalam hidup?

Aku:No comment.
  
WM:Apakah awak dan dia masih berhubungan lagi sehingga sekarang atau masing-masing sudah membawa haluan sendiri?And please jangan jawab no comment.
 
Aku:Setakat ini saya belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dari pihak saya dan dia pun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Jadi tunggu sajalah statement dari mana-mana pihak yang lebih cepat nanti.
  
WM:Adakah dengan itu bermakna Sarah Sayuri sekarang ini single?
 
Aku:Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkannya.Banyak hati yang saya perlu jaga.Hati orang-orang yang tersayang.Kalau saya kata jawapannya A,yang satu lagi kata B nanti akan mengelirukan banyak pihak.So lebih baik saya diam.
  
WM:Dengan mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan si dia kepada umum,adakah itu langkah yang dirasakan perlu dan yang terbaik?
 
Aku:Ya,bagi saya itu yang terbaik.Bagi dia juga ini adalah yang terbaik.Sebab dia adalah someone yang humble and down-to-earth person jadi saya rasa dengan mendedahkan dia kepada dunia yang penuh publisiti dan glamor ini adalah sesuatu yang tidak wajar.Dia juga lebih suka jika namanya tidak dijaja kepada umum.Lagipun saya tidak mahu mencampur adukkan hal peribadi dan hal-hal lain.
  
WM:Dengan tidak mendedahkan dia,maka ramai yang tidak tahu.Mungkin ada yang menyimpulkan bahawa dia adalah kekasih gelap Sarah Sayuri?
 
Aku:Kekasih gelap?Tak...sebenarnya ada yang tahu dan ada yang tidak.Bagi yang tahu tu,tahulah.Bagi yang tidak tahu,mungkin mereka akan mengambil tahu selepas ini.Tidak mendedahkan bukan beerti menyembunyikan dia dari sesiapa.Lebih-lebih lagi dari famili saya.Apa yang lebih penting ialah famili saya tahu,bagi saya itu sudah cukup.

WM:Last question,apa yang ingin Sarah Sayuri katakan kepada pembaca dan peminat setia baik belog mahupun peminat tuan empunya belog ini sendiri?

Aku:Okay...Kepada semua pembaca and peminat belog saya,or yang minat saya pun tak kisah,so to them,thanks a bunch sebab tanpa anda siapalah saya bukan.Teruskan menyokong Sarah Sayuri biarpun dalam keadaan dia emo atau tidak.Thanks again.



im vogue.huhuhu








Nota Kaki:Sila jangan percaya pada interview di atas.Sebab belog aku telah dihack oleh Anonymous semalam.Huhuhuhu.....








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

Dzarief Zuhdi said...

haha..
semua soklan hangit2 jer

Sarah Sayuri Hartnett said...

@dzarief::DD

thanks for dropping by

Headmaster said...

naik gila aku baca.dah macam artis.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:thanks sebab baca jugak even smpai naik gila :))

Iqin said...

hebak!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@sis iqin othman:hahaha...thanks :))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat