Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, February 8, 2011

Warna & Emosi 1


                    Hari ni rasa cam nak membebel pasal warna dan pengaruhnya kpd emosi kita.Lebih2 lagi kalau warna tu slalu sangat kita nampak.Contoh terbaik adalah cat kat rumah korang sendiri.Sebelum cat tu,fikir2 dan timang2la dulu.Jangan ikut sedap selera je kang kalau rumah tu tak bertukar jadi rumah Playdoh ia akan dijadikan Muzium Warna pertama di kawasan perumahan korang.Bukan ape,aku memang suke tekankan topik2 yg melibatkn emosi kita nie.Jd,sebelum aku ckp byk2 hingga ada yg emo plak,jom kita baca sama2 fakta2 ni:

MERAH
  • ·         Ramai mengatakan merah merupakan warna yang amat positif.Ia dipercayai dapat memberi pertambahan energi,keberanian,keyakinan,percaya diri,rasa cinta dan punyai daya penarik yg kuat.
  • ·         Warna ini dikatakan dpt memberi kehangatan.Oleh itu,ia amat sesuai diterapkan dlm ruang keluarga di setiap kediaman.
  • ·         Merah juga efektif digunakan sebagai warna dasar pada lorong dan dinding yg membosankan.
  • ·         Warna ini dpt menaikkan seri serta mempunyai fungsi menampakkan ruang yg besar agak kecil dan sederhana.
  • ·         Hati-hati!Warna ini tidak sesuai diterapkan di ruang dapur kerana akan menimbulkan energi yang terlalu agresif(Boleh terbalik periuk belanga atau terbakar dapur nanti jika memasak dgn agresif).
  • ·         Pakar menyarankan warna merah dipadankan dgn biru@hijau utk seimbangkan warna merah yg diterapkan dan menimbulkan keserasian.

HIJAU
  • ·         Dapat mencipta suasana yg harmoni dan menyeimbangkan energi.
  • ·         Memberi pengaruh yg kuat pada perjalanan darah  dan terhadap hati.
  • ·         Hijau dpt menyingkap perasaan kita terhadap diri sendiri dan menampakkan kita serasi terhadap alam,kedamaian dan kesegaran.
  • ·         Sesuai diguna di ruangan keluarga memandangkan ia dapat menggambarkan erti kasih sayang,kemesraan dan kebahagiaan keluarga.Sekiranya diguna terlalu banyak(over the dose) mungkin menimbulkan rasa CEMBURU!
  • ·         Selain itu,boleh diterapkan di ruang meditasi kerana dapat memberi kesan nyaman dan tenang.
  • ·         Di kamar mandi,hijau dpt menimbulkan perasaan nyaman dan cintakan alam.Mampu menghilangkan tekanan dan mengembalikan energi.
  • ·         Sesuai dijadikan warna dasar di bilik tidur kerana dpt menyejukkan perasaan,memberi suasana harmoni dan menghilangkan sakit kepala.
BIRU
  • ·         Seringkali dikaitkan dgn aspek spiritual kerana mampu mencipta suasana yg menenangkan lebih-lebih lagi setelah melakukan pelbagai aktiviti yg memenatkan.
  • ·         Membantu untuk melahirkan rasa rileks seolah-olah kita sedang merehatkan diri sambil melihat langit yg membiru atau laut yg luas.
  • ·         Antara fungsi lainnya ialah mampu meredakan tekanan,menurunkan tekanan darah,menurunkan demam dan membuatkan kita  bernafas lebih lega.Jadi warna ini amat digalakkan diletak di ruang beradu atau bilik mandi.
  • ·         Biru dapat meningkatkan ekspresi,keyakinan,kesetiaan, tanggungjawab dan kebebasan berkomunikasi.
  • ·         Sekiranya mempunyai masalah dgn teman atau pasangan,belajarlah untuk mencintai warna biru memandangkan warna ini mampu meredakan perasaan marah.
  • ·         AWAS! Terlalu banyak biru membuatkan  kita menjadi pemalas dan tahap motivasi akan menurun.
  • ·         Warna turquoise merupakan campuran biru dan hijau.Boleh digunakan untuk tujuan terapi.
KUNING (My Favourite Colour)
  • ·         Secara emosi,warna kuning dapt menghilangkan rasa sedih dan letih.
  • ·         Sifat naturalnya yg positif dan neutral membuatkan warna ini mudah diadaptasi dan fleksibel hingga sesuai diterapkan di mana-mana ruang sekalipun(Yahoo….rasanya nak cat seluruh rumah warna kuning!).
  • ·         Dipercayai dpt meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.
  • ·         Warna ini dapat memberikan idea dan mengaktifkan otak kiri untuk berfikir dan sesuai diterapkan di ruang kerja.
  • ·         Uniknya,energi dari warna kuning dpt membersihkan pori-pori kulit.Justeru sesuai diguna di ruang mekap dan kamar mandi.
  • ·         Warna ini mampu mengurangkan sembelit dan gangguan pencernaan.(Banyaknya kelebihan warna kuning!Membuatkan aku lebih mencintai warna ini.Tunggu kuning,aku datang….!!)

Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

c'dila said...

quite an info... wrna tekoise 2 pown ada bad effect cam biru ker??

Sarah Sayuri Hartnett said...

@c'dila:turqoise?rasanya tak...coz tekoise cmpuran hijau and biru.ada sumber cakap slalu dorang guna wat terapi warna...

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat