Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, February 27, 2011

Contest Entry Paling Best 2011.

 Contest Entry Paling Best By Nurul.


Nak join sila kelik gambar kat atas.Syaratnya senang je:
1- Digalakkan follow untuk memudahkan pengumuman pemenang nanti.

2- Letak header contest di atas dan link blog ni.

3- Buat entry bertajuk Contest Entry Paling Best by Nurul Lalala and copy paste entry paling best yg pernah korang buat sepanjang korang berblogging ni. [tak semestinya yg banyak komen]

4- Tag sekurang-kurang sorang blogger lain untuk join contest ni.

5- Linkkan entry tersebut pada ruangan komen.
 Aku dah follow Cik Nurul.Ni entry yang aku pilih.Ramai cakap best tapi bagi aku biasa je.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan...Mereka Semua Pandang Aku.


                      Hari tu.Dekat-dekat senjakala,aku dan mak pergi hospital untuk melawat pak sedara aku yang berehat kat sana.Pak cik aku tu...ehh...pak long aku,ughhh...abaikan saja.
               
                  Aku tak ingat.Otak aku bukan CPU komputer untuk ingat semua benda.Lagipun aku bukan pergi sana dengan niat untuk melawat beliau semata-mata.Yeah...aku bukan anak sedara yang baik.So,what?

                Beliau di CCU.Korang tahu apa itu?Cardiac Care Unit.Macam ICU jugak cuma ni tempat untuk pesakit yang ada masalah jantung.Dalam tu ada aircond.Sejuk.Aku masuk sekejap.

                Lepas tu aku keluar balik.Aku turun ke tingkat bawah dan merayau-rayau di lobi.Hospital pun ada lobi.Korang fikir hotel je yang ada?Aku dahaga sebenarnya.So,aku pergi ke vending machine yang jual kopi saja.Aku suka kopi berbanding minuman coklat tapi aku suka coklat.Faham tak....

                Machine tu yang boleh guna duit kertas punya.Canggihnya.Aku seperti orang hulu kat situ.Aku keluarkan duit kertas sehinggit.Dan masukkan ke dalam lubang yang ada.

              Duit tu keluar balik.Eh..?Apasal tak boleh masuk pulak ni?

                Mungkin duit tu tak rata.Aku gosok-gosok sikit bagi stabil.Masukkan lagi sekali.Tak boleh juga.Fuuu**king damn machine.

               Disebabkan aku dah nekad nak minum kopi,aku masukkan lagi sekali.Aku perlu mention kat sini yang setiap kali duit ditolak,mesin tu berbunyi macam..Teettt tettt.Bengang betul aku.Sapa yang buat ciptaan macam ni?

               Kali ni mesin tu bunyi lagi.Aku ambil balik duit kertas.Aku pandang machine tu dan duit kertas kat tangan silih berganti.

              Kemudian dengan setulus hati dan sekuat tenaga aku lempang machine tu dengan penuh kasih sayang.Baru puas hati aku.Dan aku masukkan duit sekali lagi.Ahhh..what a heaven.Kali ni baru machine tu terima selepas dapat sentuhan tulus dari aku.

                 Aku tekan button.Mocha,mocha..mocha.Time aku nak ambil cawan kopi tu,bahuku dicuit dari belakang.Terkejut jugak aku bila tengok mak aku dah ada kat situ.Eh...since when my mom becomes a stalker?Aku angkat kening isyarat tanya kenapa.

                 Mak aku sengetkan kepala dan buat isyarat mulut suruh aku tengok belakang kami.Aku tengok.

        Dan mukaku terasa panas seperti dalam oven tetiba.Ramainya orang sedang beratur.Dan...mereka semua pandang aku.Pandangan yang tak perlu aku explain di sini atas alasan privacy.

       Aku ambik cawan kopi dan terus blah.Fu***k the Fuu***king machine!
           
---------------------------------------------------------------------------------------------------

So best tak entry ni?Ada unsur riak dan takbur dalam soalan ini.

Aku nak TAG:

Faizah

Cik Puan Muda Nurul


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

Nurul Lalala said...

tahniah..kamu menang..hehe
sila tinggalkan no phone kat ruangan komen entry pemenang kontes ni ye~^^

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat