Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, February 4, 2011

Cara Baru Dapatkan Baby


Cara Dapatkan Baby Tanpa Perlu Hamil
 

         Wahh…topik ni mesti menarik perhatian ramai.Betul ke boleh dapat baby tanpa perlu susah payah merasai pengalaman muntah-muntah,pening,loya dan mengidam semua tu.Pendek kata tak perlu mengandung dan tak perlu bersalin.Bunyinya menarik dan senang.Tapi betul ke boleh ni(ragu-ragu lagi)…
          
         Memang betul pun!Gerenti 100% boleh dapat.Nak tahu caranya?Mudah je…Shopping la ape lagi!Kan ke kita sebagai pompuan ni suka berShopping.Jadi rasanya memang takde masalah pun untuk membeli belah nie.Tapi,bukan shopping kasut tumit tinggi(heels) ataupun baju-baju berjenama cuma kali ni kita shopping baby pulak.Aikk…tak caya ke?Betul nie…Cuba tengok kat bawah nie…Ha,comel kan?


         Siap ada name lg kat atas tu.Ailanah name dia…harganya mestilah mahal kn da comey cmnie.Eh…wait a minute!Harga?Yup…kn da cakap tadi shopping,mestilah ada harganya.Ingat dapat free ke hapa?

 
            Ni lagi satu.Tengok pon dah tahu yg nie baby girl.Ada tulis custom kat situ maknanya ni custom-made atau pun dibuat mengikut citarasa pelanggan yg menempahnya.Perhatian pada perkataan DIBUAT tu ya.Yes…it’s exactly what in your mind right now!Semua nie bukan baby betol pun.Anak patung je.Tak caya?Tengok betul-betul…8 kali tengok pun tetap nampak macam real@hidup kan?Comel tak?Cant believe your eyes?Better believe it…











             Kalau perhati betul-betul yang nie,bole nampak urat-urat darah(capillaries) kat kepala dia.Semua ni menunjukkan yg ianya dibuat dengan begitu teliti sekali.Setiap urat darah,kapilari2,lipatan,bulu2,liang roma,even bulu mata pun dibuat dengan sesempurna yang mungkin.Betul2 macam baby betul.Bukan tu saja ia dicat dengan banyak lapisan dengan cat terbaik yang kalis air untuk membolehkan ia dimandikan atau dilap dengan kain lembap.


         Nie pulak Jill.Custom made jugak.Siap bole gelak-gelak dan hisap puting lagi tu.





              Kat Malaysia mungkin benda-benda cenggini kita anggap pelik and menakjubkan sebab tak banyak lagi yang tahu tapi kat luar negara ia dah jadi satu kebiasaan.Digelar  ‘Baby Reborns’ ramai yang sudah memilikinya.Ada yang membeli sekadar suka-suka atau sebagai peneman di kala sunyi malah ada juga yang menjadi pengumpul baby nie.

            Walaupun sekor je harganya boleh mencecah ribuan ringgit.Yang paling murah kalau tak silap dalam $150 atau kira-kira RM500 lebih(tak termasuk kos penghantaran@shipping yer).Yang tu bukan custom made la sebab kalau yang exclusive made punya harganya ribu-ribu ringgit jugak.Sebab yg custom made nie ada pelbagai fungsi,kira special sikit dr yang biasa ni.Ada yg boleh mkn,minum,even ada yang terbaru bole bernafas(breathe) sebijik macam baby yg hidup.Ala…mcm dalam iklan Baby Alive dalam TV tu.Tapi yg tu untuk budak-budak,yg ni semua peringkat umur pun berminat nak beli.

            Orang yg buat baby-baby macam nie bukannya gila ataupun tamakkan duit(segelintir je yg camtu) mereka ni samada betul2 sukakn baby atau pernah lalui pengalaman pahit dengan baby dulu.Ada sorang pengukir baby nie yang pernah mengandung 7 kali tapi semua kandungannya tu gugur(sedihnyer).So,sebab itulah dia buat benda-benda macam nie untuk tenangkan fikiran n lupakan kekecewaannya.

           Baby Reborns ni jugak ada faedahnya yang tersendiri jika kita lihat melalui konsep perubatan.Menurut sebuah kajian yang dibuat di pusat jagaan orang tua-tua,ia membantu mengurangkan dementia(penyakit nyanyuk)yang biasanya dikaitkan dengan golongan warga emas ni sekaligus mengurangkan risiko mereka mendapat Alzheimer.Hebat kan?Ini terjadi kerana warga emas didapati teruja bila tengok baby2 macam nie dan mereka akan bercakap-cakap,bermain dan menceritakan sesuatu dengan baby ni.Perlakuan seperti ini didapati boleh mengurangkan penyakit nyanyuk selain menjauhkan kesunyian mereka.Oleh sebab itu,jangan terkejut jika tengok ada warga emas yang menggendong anak kecil ke mana-mana mereka pergi.Mungkin itu bukan cucu mereka sebaliknya baby reborns ni!
        
           Jadi,kalau ada ibubapa yang dah tua tu dan ada sindrom penyakit nyanyuk  bolehlah hadiahkan baby macam nie kepada mereka.Disarankan…itupun kalau mampu la…Kalau ada yang sudah memiliki baby sebegini tahniah saye ucapkan kpd anda.Cuma jgn pulak pergi buang dalam tong smpah bila dah jemu,takut nanti disangka kes buang bayi pulak.

           Dan tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana hendak dapatkan baby macam ni.Senang je,kebanyakan orang beli melalui internet sebab memang tak pernah nampak orang longgokkan baby macam ni kat tepi jalan macam kat pasar malam tu.Kat pasar malam ke,pasar pagi ke,nat ka…memang takde.Type je “Baby Reborns” atau cari kat Ebay@amazon kalau berminat nak beli.Rajin2lah bandingkan harga untuk dapatkan tawaran terbaik.Kalau tak kisah untuk berbelanja lebih dapatkan yg custom made dibuat mengikut citarasa anda sendiri di Babylove Reborns.com.(terasa cam promoter kt pasar malam pulak)

           Kepada wanita-wanita yang takut bersalin kat luar sana(rasanya semua pun takut termasuk diri sendiri…Hahaha) disarankan untuk beli baby ini jika anda tidak kisah menjaga baby yg takkan besar-besar.Hehehe…Sekian sahaja dari saya.




     P/s:Gambar2 seterusnya bole tengok kt FBku.
 


Live,Laugh,Die Emotionally.

2 comments:

Budak-budak Karang Esei said...

memang nampak cam real la..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@budak-budak:yes,kan,kan....rasa teruja pula tiba2..weee~~~ dalam perancangan nak beli.(:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat