"Aku terpaksa mengundurkan diri,ini untuk kebaikan kita bersama."
"Kebaikannya hanya untuk kau.Beritahu aku,apa kebaikannya pada aku?"
"Kau tidak faham,aku hanya mahu melindungi kau."
"Melindungi aku dari apa?"
"Segalanya."
"Segalanya...Baiklah aku faham."
"Jadi..."
"Jadi selamat tinggal."
"Itu sahajakah yang ingin kau katakan?"
"Itu sahaja yang perlu kau dengar."
"Kau tahu,tidak ada orang lain yang lebih aku sayang selain dari kau."
"Aku tahu.Sebab itu kau terpaksa berkorban kononnya."
"Apa maksud kau?"
"Tidak ada apa.Pergilah."
"Kau perlu percaya aku.Aku lakukan semua ini untuk kau."
"Malangnya aku tidak mahu apa yang kau lakukan untuk aku."
"Kau fikir aku mahu lakukan ini?Tidak tapi aku terpaksa...."
"Ya kau terpaksa.Terpaksa selamatkan diri sendiri.Sebenarnya kau lakukan ini semua untuk diri kau seorang bukan aku.Kau hanya pentingkan diri sendiri."
"Seperti yang aku katakan,kau tidak mungkin akan faham."
"Aku akan faham kalau kau menjelaskannya."
"Semuanya akan jelas satu hari nanti."
"Aku akan jelas kalau kau terlebih dahulu bertanya kepada aku sebelum memutuskan apa-apa."
"I love you."
"Kau meletakkan cinta di tempat yang berbeza dari aku."
"Aku meletakkan cinta untuk kau."
"Jadi mungkin kau perlu mula letakkan diri kau di tempat aku.Dengan itu kau akan faham."
"Kau tidak percaya pada aku."
"Kau yang tidak yakin dengan cinta kau.Kau tidak yakin yang kalau kau jatuh,aku akan bangunkan kau semula.Kau tidak yakin kalau kau salah,aku akan betulkan kau.Kau tidak yakin kalau kau berduka,aku akan menggembirakan kau.Kau tidak yakin yang aku akan bersama kau waktu susah dan senang.Kau yang tidak yakin dengan cinta kau sendiri sebenarnya."
"Kalau sudah tertulis di takdir kita akan bersama maka kita akan berjumpa lagi,pastinya."
"Kalau pada hayat ini kau mengalah,pada masa-masa yang akan datang juga kau akan mengalah.Tidak ada gunanya seribu kali pertemuan kalau hasilnya tetap sama."
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
2 comments:
"Jadi mungkin kau perlu mula letakkan diri kau di tempat aku.Dengan itu kau akan faham."
i like that exact line. tak ramai yg meletakkan diri di tempat org lain sebelum mereka membuat kesimpulan. regardless of what the situation may be.
terkesan di lubuk hati.
dill.
Post a Comment