Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, September 8, 2011

Ujian.


               Lihat sekeliling.Mereka semua tertawa gembira mengapa masih kau juga bersalut luka?Jalan orang lain semuanya lurus dan lancar mengapa jalan kau seorang yang penuh duri dan ranjau?Berbengkang bengkok,bersimpang siur,berliku liku seakan tiada penghujungnya.Tangisan mereka tangisan yang sekejap mengapa juga tangisan kau berpanjangan?Luka mereka sembuh mengapa kau seorang masih berdarah?

               Sabar yang cuma tinggal secupak tidak bertambah.Kewarasan yang tinggal sesudu teh makin terhakis.Rasa percaya yang kini seakan akan seurat benang mula mereput.
 
               Dalam kalut,iman yang rabak mulai menyoal.Benarkah?Benarkah Dia tidak akan menguji kau melebihi kemampuan kau?Dalam gelisah,hati mulai memberontak.Kalau hidup ini satu ujian,maka bolehkah kau menarik diri dari ujian ini?Bolehkah kalau kau tidak mengambilnya?Sebab kau yakin dan kau seakan sudah pasti akan keputusannya nanti.














May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

(the naked writer) said...

entri2 emo kau menjelma kembali...=)

dill said...

semoga tabah.

dill.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat