Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, September 6, 2011

Aku Sudah Buat Keputusan Untuk Jadi Jahat.


              Cuba untuk berbaik baik dengan semua orang pun tidak berhasil.Cuba untuk berlemah lembut aku tidak pandai.Aku tidak mempunyai sifat gadis Melayu terakhir barangkali.Cuba untuk bercakap dengan bersopan santun orang akan balas dengan cacian.Cuba untuk menasihati mereka pekakkan telinga.Cuba untuk memberi pertolongan ditolak mentah mentah.Membangunkan yang terjatuh,akhirnya aku sendiri dipijak pijak.

               Cuba untuk menjadi baik,mereka di sekeliling berbuat jahat.

                Susah juga kalau berterusan macam ni.Oleh itu aku akhirnya memutuskan untuk menjadi jahat.Lebih senang begini.Kalau kau pijak aku,aku akan potong kaki kau.Kalau kau maki aku,aku akan kerat mulut kau.Kalau kau cakap bukan bukan pasal aku,aku akan bakar rumah kau.Kalau kau buat jahat dengan aku,seribu kali aku akan berbuat jahat dengan kau.Sekalipun kau tikam aku sampai mati,aku akan bangun dan tikam kau balik bertubi tubi.

              Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan.Ya,seharusnya begitulah.






















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

3 comments:

aiEz said...

Pergh,ini betul2 emosi...sabar ye..;)

mendatak hijau said...

ya
kadang2 perlu jadi begitu

Silent said...

koyakkan!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat