Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, September 7, 2011

Pagar Itu Berkunci.


                 Gadis itu termangu di hadapan pagar yang hitam pekat.Pagar yang berjeriji tajam ditatapnya lama lama.Seakan mengharapkan satu keajaiban berlaku agar pagar yang terkunci itu terbuka sendiri.

                 Bukan sejam dua,juga bukan sehari dua,dia sendiri pun sudah lupa berapa lama dia berdiri di hadapan pagar itu.Menjadi penunggu yang setia,mungkin juga penjaga yang tidak berbayar.

                   Seorang perempuan hampir sebaya dengannya muncul tiba tiba.Serentak dengan itu juga,pagar yang diperbuat dari besi kukuh itu terbuka luas.Membenarkan perempuan muda tadi masuk tanpa perlu dia menunggu lama.

                 Gadis tidak bergerak waima seinci pun.Dia masih berdiri di situ.Bukannya sekali dua perkara seperti tadi berlaku.Malah mungkin sudah ratusan kali sehingga dia sendiri sudah tidak terkira.

                 Adakala kehampaan dan kekecewaannya seolah tidak dapat dibendung lagi apabila memikirkan betapa mudahnya mereka yang lain masuk ke situ tanpa perlu berbuat apa apa.Sedangkan dia?Sudah beribu detik dia menunggu.Sudah naik kematu tapak kakinya.Tetapi masih,setiap kali dia bergerak mendekati pagar,tiada apa juga yang berlaku.Pagar yang berkunci itu tidak bergerak sedikitpun.Pagar itu tidak terbuka atau mengalu alukan dia masuk ke sana.

                 Mungkin dia salah perhitungan.Mungkin dia tidak layak untuk memasuki pagar yang berkunci itu.Tetapi apa kurangnya dia dan apa lebihnya mereka?Mereka juga sama seperti dia.Tidak berbeza sedikitpun.Kenapa mereka dibenarkan masuk tetapi tidak dia?

                 Untuk kesekian kalinya,gadis mempertimbangkan kewajaran untuk dia terus menjadi penunggu.Mungkin dia perlu berhenti.Atau mungkin dia perlu memecahkan pagar itu.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

3 comments:

Dzarief Zuhdi said...

best.. mendalam kot.. emo habis bila baca nie.. hehe

AwieKashi said...

:')
langkah je...

(the naked writer) said...

"tok nenek, cucu tumpang kencing..."

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat