Sungguhlah gadis itu bodoh
kasih sejengkal dikatakan sedepa
sayang sehari disimpannya setahun.
Sungguhlah gadis itu bodoh
seuntai bicara pun dia percaya
janji sehidup dibawanya mati.
Sungguhlah gadis itu bodoh
berpisah sehari setianya seribu tahun
sakit secupak dirawatnya segantang.Sungguhlah gadis itu bodoh
jatuhnya disambut tawa
luka dirasanya bahagia.
Sungguhlah gadis itu bodoh
kerana sekali cinta disangka selamanya.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
2 comments:
Misteri,siapakah gadis tu...@,@
*terasa
Post a Comment