Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, September 23, 2011

Kau Rasa Mereka Peduli?


Kau rasa mereka tahu?

Ya.Sudah tentu.

Tidak.Sebenarnya mereka tidak tahu.Kau rasa mereka peduli?

Sudah tentu mereka peduli.Mereka masih ada di sini bukan?

Mungkin.Mungkin juga mereka datang atas tiket lain.

Tiket?Maksud kau,alasan lain?

Ya.Alasan lain.

Mereka tentu sedang tertanya tanya.

Ayat yang sebetulnya adalah mereka yang peduli tentu sedang tertanya tanya.

Kau memang tidak mahu mereka tahu?

Mereka tidak perlu tahu.

Sungguh pesimis.

Kau,sungguh optimis.

Mereka mungkin akan mencari kau.

Ayat yang sebetulnya adalah mungkin ada yang peduli yang akan mencari aku.

Aku tidak akan menang berbicara dengan kau.

Aku tidak akan menang apabila berbicara tentang keburukan dengan kau.

Keburukan tidak pernah menang,kau sendiri maklum itu.

Kau betul.Dan orang yang kalah tidak sewajarnya berada di sini lagi.













May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

(the naked writer) said...

setiap keadaan boleh diperbetulkan bukan?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat