Lemparkan sebakul nista,akan aku sambutnya.
Curahkan sebaldi caci,tidak aku peduli.
Usunglah nanah amarah kau yang membusung,aku akan menutup hidung.
Koyakkan langit,biar darah berjejeran dari atap biru lembut itu
Biar setiap titis lautan bertukar merah
Hanyir.
Cukuplah sekiranya Dia tahu
dan aku tahu
pohon hijau itu masih tegak berdiri
akalnya masih mencengkam tanah
daunnya masih bernyawa
sekalipun diterjah taufan ganas
atau angin menggila
Ia masih menggenggam setia.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
7 comments:
Masih ttng mereka yg brkata2?biarkan mereka trus bicara..Asalkan Dia tahu siapa kita yg sebenarnya...
termenung seketika ... 0.0
@aiEz:bukan.ini tentang yang lain :)
@AwieKashi:tongkat dagu seketika O_O
kerana kau percaya...
dia tahu. jangan risaulah
mana kau tahu aku buat mcm tuh ?? ngee
Post a Comment