Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, March 16, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 11.




 
Naik pening aku memerhati susunan cakera video digital (DVD) dan pelbagai lagi cakera muzik yang berada di kedai itu. Satu jam sudah aku mencari tetapi masih gagal menemui apa yang membuatkan aku datang ke sini. CD Rama, Speedy, MPD VideoStore, SW Big Films dan pelbagai lagi kedai menjual cakera padat dan video digital sudah aku kunjungi namun benda yang aku cari enggan menunjukkan diri. 

Rata-rata pemilik kedai memberi alasan bahawa mereka tidak lagi menjual cakera video tersebut kerana filemnya sudah lama ditayangkan. Tambah mereka, ianya akan merugikan mereka kalau mereka jual juga kerana orang sudah tidak mahu beli jadi tidak laku. Ada kebenaran dalam alasan mereka. Siapa mahu menonton filem yang ditayangkan 4 tahun lepas? Lebih-lebih lagi apabila ianya filem Melayu.

“Jumpa tak?” suara seseorang mengejutkan aku yang sedang merungut seorang diri.

“Tak jumpa,” balasku kecewa. Bukanlah kecewa sangat pun sebenarnya tapi sengaja aku tarik muncung panjang sedepa di hadapannya untuk mendapatkan perhatian.

“My poor sweetheart...” dia menghampiri aku. Untuk memancing simpati dialah, aku keluarkan muncung sedepa aku.

“ Filem apa yang awak cari sebenarnya? Beritahulah Anna dan saya akan dapatkan untuk awak.” Dia sudah berdiri di hadapan aku.

 Dalam gerak perlahan tangan aku dicapai lantas diletakkan atas kedua telapak tangannya. Dia memandang aku menunggu jawapan. Menatap mata coklat jernihnya, tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran aku. Serentak dengan itu juga aku menyedari betapa bodohnya aku kerana tidak meminta bantuan dia dari awal. Lelaki ini peminat setia filem Melayu jadi sudah tentulah dia boleh mendapatkan apa yang aku cari.

“Saya cari filem Sekali Lagi. Filem Melayu. Awak tentu tahu kan?” soalku dengan rasa tidak sabar. Dia mengangguk tanpa perlu berfikir lama sekaligus membungakan harapan dalam hati aku.

“Awak boleh dapatkan filem tu untuk saya?”

Dia merenung aku sejenak. Renungan yang penuh tanda tanya. “Kenapa awak nak cari filem itu? Setahu saya, teman wanita saya bukan peminat filem Melayu.”

Aku mengenggam tangannya. Menggenggamnya rapat-rapat sekejap harapan aku agar dia bersetuju untuk mencarikan apa yang kumahu. “Saya nak tahu sebab watak utama dalam filem tu tinggalkan kekasihnya.”

“Kenapa awak nak tahu? Adakah perlu untuk awak tahu?” soalan dia kali ini berbaur resah. Tidak seperti tadi, kali ini dia menyoal bukan lagi kerana didorong rasa ingin tahu.

“Ya, saya perlu tahu. Tapi kenapa awak tanya macam ni? Tak bolehkah saya tahu?” aku menyoal dia kembali. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggamanku.

“Boleh, saya boleh ceritakan untuk awak. Saya boleh beritahu awak sebabnya.”

“Maksudnya awak tak mahu tolong saya cari?” tanyaku hampa. Sebentar tadi lelaki ini yang beria –ria menawarkan pertolongan tanpa aku minta. Kenapa sekarang dia mahu menarik kembali bantuan yang ditawarkan?

“No, it’s not like that sweetheart,” balasnya dengan nada memujuk. Tangannya melingkari pinggangku lalu dia menarik aku supaya berhadapan dengannya sehampir mungkin.

“Awak tak perlu buat benda yang awak tak suka. Awak tak perlu tengok filem yang awak tak suka. Kalau awak sekadar mahu tahu sebabnya, saya boleh beritahu awak.  Malah, saya akan ceritakan satu persatu tentang filem itu untuk awak, dari mula sampai akhir.”

 Dia menghamparkan alasannya begitu berhati-hati.  Dari tidak mahu menyebabkan aku kecil hati, aku rasa dia mahu menyembunyikan sesuatu. Aku melarikan pandangan darinya ketika dia menatap aku. Ditekan perasaan hairan, aku cuba mencari sebab yang kukuh untuk dia berahsia.

“Sweetheart, look at me,” pintanya seraya mencuit pipiku apabila aku terpaku lama dengan pandangan menembusi dinding. 

“I’m sorry if I offend you but I just want you to know that I’ll do anything to make you happy.”

“I know.” Aku tahu itu walaupun dia tidak mengatakannya. Dia mungkin menipu tetapi matanya tidak menipu. Lelaki ini akan buat apa sahaja untuk melihat aku gembira. Aku percaya itu.

“I’ll find that film for you if that can make you happy, okay?”

“No,” aku geleng tanda tidak mahu. Dia tidak perlu lagi mencarinya. 

“Saya lebih suka dengar awak bercerita. Awak akan ceritakan untuk saya kan?”

“Awak akan percaya semua yang saya cerita?”

Aku tidak perlu berfikir pun sebelum mengangguk. Aku percayakan lelaki ini jadi aku juga akan percaya apa saja yang dia ceritakan. Sama ada ianya kebenaran atau penipuan itu semua tidak penting. Kerana kebenaran adalah apa yang kita percaya. Kalau kita percayakan sesuatu, penipuan pun boleh bertukar jadi kebenaran.

“Saya akan percaya semua yang awak cerita,”jawabku sungguh-sungguh. Dia tersenyum seakan berpuas hati dengan jawapanku. 

“Jadi, mari kita lupakan dulu pasal tu dan pergi tempat lain,” tangannya yang memaut pinggangku memaksa aku bergerak mengikut langkahnya.

“Pergi mana?” aku mahu memprotes tidak setuju.

“Kita pergi tengok filem alien. Awak cakap nak tengok filem Predators Finale kan?” bisiknya di telingaku. 

Hampir saja aku melompat akibat teruja. Dari minggu lepas aku ajak dia pergi tetapi pelbagai alasan dilambakkan kepadaku. Hakikatnya bukan dia sibuk tetapi dia tidak tahan menonton adegan ngeri serta dipenuhi darah yang mengisi kebanyakan plot dalam filem tersebut.

“Tapi awak tak suka filem alien,” aku sengaja menduga. 

“Cepat setuju sebelum saya ubah fikiran,” ugutnya menepis kata-kataku. Lekas-lekas aku angguk sambil tersenyum lebar.

“Jom pergi!” aku menarik tangannya. 

Memaksa dia berlari denganku seolah-olah filem alien itu akan habis dijual macam pisang goreng panas. Fikiranku hanya tertumpu pada alien saja sekarang. Terlupa langsung aku pada filem yang aku cari separuh nyawa. Terlupa juga aku pada janji dia yang mahu menceritakan filem itu kepadaku.





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat