Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, August 10, 2011

Cerita Seorang Anak Yang Menyentuh Perasaan.


             Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tidak berkahwin lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh sahaja.

             Lepas tadika, sementara rakan-rakannya lain dah ada basikal,dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya,"Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan?Dia tak ada basikal sedangkan tuan mampu membelinya,apa tuan tak segan?" Lantas si bapa memanggil si anak,ditawarkan basikal yang paling mahal dan paling canggih tapi si anak membalas, "Tak payah susah-susah la papa, belikan saja saya bola hitam dan bola putih."Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit,belikan itu sahaja."Bila teringatkan si anak tak pernah meminta apa-apa, so bapanya terima saja. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih,ditambah dengan bola hitam dan bola putih.
 
                Masa berlalu kemudian si anak masuk sekolah rendah. Masa itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap-tiap petang dia cuma duduk bersendirian sahaja. Basikalnya disimpan di dalam stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi."Anakku,kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan-kawan kamu? Apsal tak bagitau kat Papa? No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.Kalau boleh papa beli la lagi,tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda,kan papa?" Si bapa berasa geram. walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

              Selang beberapa tahun, si anak masuk sekolah menengah. Cerita sama berulang. Sekarang kawan-kawannya main permainan lain- main roller blade.Musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggalnya.Sementara tu,budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya.Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat-sangat.Teruk betul,rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak,perniagaan sudah berkembang ke luar negara tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya,dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Supaya kamu tidak berasa malu nanti".

               Ketika di sekolah menengah yang jaraknya agak jauh,si anak masih berulang-alik dengan bas,rakan-rakannya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.Suatu hari,ketika bapanya ada di rumah,si anak dihantar pulang oleh kawannya dengan motor Harley Davidson color biru laut.Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh dibawa berbincang. Akhirnya tercapailah keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!!

               Tetapi si bapa masih kesal.Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih tetapi tidak pernah tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih!Dan si anak pula tidak pernah memberitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam dan bola putih.
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

                Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor. Sehingga aweknya juga turut bingung- bukan kah dia ada ferrari? Kenapa naik motor lagi?Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: Sebab bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Bapanya tidak faham perasaan anak sendiri!

                   Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dengan bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kepada si bapa, "Kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?" Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola-bola itu."Huh,sampai awek anak aku pun tanya?"Bila si bapa menanyakan awek anaknya semula kenapa soalan itu yang di tanya.Si awek tadi pun bagitahu,anak lelakinya tidak akan sekali-kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam dan bola putih!

               Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam dan bola putih. Nak buat apa lagi fikir si bapa.
Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam dan bola putih buat anaknya

                 Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar.Yelah,anak muda kan,ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah
dan terus accident!!!Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkara tersebut.Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt.
Si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.Si bapa tiba di hospital."Macammana doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu-waktu terakhir bersama anak encik."

               Perlahan si bapa masuk,mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya.Saya tidak berhati hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia.Akrablah dua
manusia itu beberapa saat.Sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

              "Nak,maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

                Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam-macam.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA-BOLA ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan
...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....
"sebabnya .........saya.. saya....
saya...."
Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam dan bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!





Nota Kaki:Terima kasihlah kerana membaca.Marah ke?Sabar..sabar...kan bulan puasa ni.




So damn CUTE!!!






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, August 9, 2011

Resepi Jus Istimewa Untuk Berbuka Puasa.


Warning:Never Believe This.



               Jus istimewa untuk berbuka puasa(dan juga mungkin untuk sahur sekali).So,I listed this among my favourite juices.This is one (very) special juice that are made from cuttlefish or squid.What?You dont believe it?Oh really...you have to believe me.I never tell lies(actually I lied that I never lie).So firstly kita memerlukan bahan-bahannya.Macam mana nak buat juice tanpa bahan-bahan kan?Bahan-bahannya tersangatlah simple sehinggakan budak berusia 5 tahun pun boleh buat(kalau dia tahu cara untuk menggunakan machine of course).

               Jadi mula-mulanya kita memerlukan squid(sotong).Tak kisahlah sotong jenis apa tetapi lebih baik guna sotong faveret masing-masing.Tak banyak,bergantung kepada berapa orang yang nak minum.Kalau dua orang,guna 500g pun dah cukup.Kalau 4 orang silalah keluarkan kalkulator anda dan congak sendirilah ya.Bahan kedua pulak adalah susu pekat manis jenama F&N sahaja.Jangan guna jenama lain pulak nanti tak lemak berkrim rasanya.See people...dua bahan sahaja yang kita perlukan di sini.That's why aku cakap budak 5 tahun pun boleh buat kalau dia tahu gunakan machine sebab kita akan gunakan blender di sini ya.

              Selepas kita dah ada kedua-dua bahan tersebut,keluarkan blender anda (yang mungkin dah berkarat akibat jarang digunakan) dan terus masukkan sotong ke dalam blender itu.Perhatian di sini:JANGAN BASUH sotong yang telah anda beli di pasar ataupun kedai runcit berdekatan anda.Jangan basuh langsung,dah beli tu terus je bawak balik masukkan dalam blender.Sebab apa?Sebab kita nak kekalkan kesegaran dan bau busuk menusuk kalbu sotong tersebut supaya bila kita nak minum nanti baunya masih kekal ada dan tidak hilang.Kemudian bila sotong dah ada dalam blender tu,kita blendlah tunggu apa lagi.Tetapkan kelajuan pada 1 dan blendlah selama 4 setengah minit.Kenapa kena blend lama?Sebab dah resepi ni pun namanya jus kan jadi sudah tentulah kita mahukan sotong tu mengeluarkan jusnya habis-habisan.

             Selesai blended sotong,kita keluarkan sotong tu,masukkan dalam mug atau jug atau apa-apa bekas yang anda ada.Besen pun boleh kalau dah miskin sangat sampai tak reti-reti nak beli jug.Okay.Langkah seterusnya yang juga langkah terakhir adalah untuk mencampurkan susu pekat manis jenama F&N ke dalam sotong blended kita tadi.Pastikan susu tersebut sudah dibuka terlebih dahulu.Next masukkan 5 sudu besar susu pekat manis dan kacau sampai sebati.5 sudu untuk 500g sotong ya,kalau guna lebih,pandai-pandailah congak sendiri mengikut formula yang aku bagi ni.Kalau anda yang jenis suka makan manis(memang tak sabar lagi nak kena kencing manis),bolehlah tambahkan 3 sudu besar lagi susu pekat manis jenama F&N.

               Selepas itu...selepas itu apalagi,minum jelah(kalau dah masuk waktu berbuka,kalau belum,sila tunggu dengan penuh kesabaran).Kalau suka sejuk,boleh tambahkan 8 ketul ais.Tapi perlu diingatkan di sini risiko-risiko yang mungkin dihadapi setelah anda meminum jus istimewa ini.Ada dua risiko di sini.Pertamanya,setelah minum buat kali pertama mungkin anda akan dapat melalui pengalaman istimewa bersahur dengan staf-staf di ED(Emergency Department) hospital berdekatan rumah anda.Kedua,anda mungkin tidak dapat menonton kartun SpongeBob Squarepants lagi(kalau anda seorang yang suka menonton SpongeBob) kerana anda akan merasai satu feeling yang dipanggil rasa-teruja-nak-makan-sotong-lagi atau lebih senang kita sebut terliur apabila melihat watak Squirdward dalam kartun tersebut.Jadi itulah sahaja risikonya.Setakat ini tiada risiko lain yang berjaya dikesan.Sekian sahaja resepi dari aku untuk kali ini.Semoga kita berjumpa lagi di resepi yang lain.Selamat berpuasa dan selamat berbuka.




Nota Kaki:Selepas minum,jangan lupa update status FB anda yang berbunyi seperti "Woahhh bestnya dpt makan jus sotong hari ni.Shedapp hingga menjilat jari kaki!!"




Saya sedang menunggu anda untuk dibuat jus.Belilah saya.





 MAAF KEPADA SESIAPA YANG MUNTAH.JANGAN RISAU KALAU BELUM CUKUP SEBALDI MUNTAH TAK BATAL PUASA.JANGAN MENGADA NAK BUKA PUASA GUNA ALASAN TU YA.





May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, August 8, 2011

Once A Bimbo Always A Bimbo.


                 Once a gay always a gay.Oh..sorry.Tiada kaitan dengan gay sebenarnya.But do you know that gay sebenarnya ada maksud lain selain dari gay?What I mean is selain dari lelaki gay,gay juga membawa maksud happy,gembira,riang dan seumpamanya.So if somebody tells you that he or she is so gay,janganlah pulak berfikir yang bukan-bukan.It carries double meaning you know.

               So everybody,let's get back to our main topic.Once a bimbo always a bimbo.Agreed?Not agree?It's better for you to agree la mehh.Lend me your eyes and mind,my beloved readers.See...If you(or somebody that you know) are a bimbo(stupidly stupid)then there's nothing that you can do to stop or cover it.You just cant help yourself from acting like one.


                Kau boleh beli DSLR yang terbaru dan tercanggih,boleh tukar bermacam-macam kitlens but if you dont know how and you dont got talent(tangan tak bedung)to capture beautiful pictures then the pictures turn out to be uglier than usual.And you end up have to use Photoshop to fix it.Once a bimbo always a bimbo.

                Kau boleh beli iPhone 4 tercanggih or Galaxy Tab termahal or Blackberry dan berbangga dengan aplikasi di dalamnya tetapi kalau kau tidak tahu untuk memaksimumkan fungsi dan aplikasi handphone canggih itu maka tidak ada apa yang kau lakukan selain menayang-nayangkannya di hadapan member dan khalayak ramai.Sekadar bermain game Angry Bird dan update status via blablabla on Facebook sahajalah.Once a dummy always a dummy.

                 Kau boleh tempek make up tebal 8 inci dan dress up cantik-cantik di hadapan pakwe kau dan lelaki lain.Boleh ubah bermacam-macam style pashmina and shawl,boleh bersejadah melilit-lilit di kepala,berpakaian berwarna-warni.Striking colours kononnya.Tetapi kalau kau tidak ada kecantikan dan daya tarikan semulajadi kau tidak akan kelihatan hot sebaliknya akan tampak seperti a desperate-slut-seeking-for-attention.Once a slut always a slut.

                 Kau boleh berpurdah,berjubah,bertudung litup serta tidak lupa setiap hari asyik meng"update" status keagamaan,nasihat,puasa dan sebagainya di Facebook.Tetapi dengan lovebites penuh di leher kau,kau akan dipandang tidak ubah seperti perempuan di Lorong Haji Taib.Once a faker,always a faker.

                 Kau boleh bercakap gampang di hadapan member-member kau,boleh mengutuk perempuan itu dan mentertawakan perempuan ini kononnya mereka itu sluts,boleh meng"update" status di Facebook semata-mata untuk memberitahu kau lapar tetapi kau tetap berpuasa kerana kononnya "iman" kau kuat.Tetapi cuba lihat diri kau sendiri.Dengan berseluar pendek(shorts)kononnya kau cool,dengan game futsal sana sini kononnya kau aktif,dengan upload gambar muka kau bersepah di Facebook kononnya kau pandai bersosial,dengan bermanja-manja dengan awek kau kononnya kau hebat.Tetapi tahukah kau yang bapa ayam pun pandai berfutsal?Dan tidak terkecuali mereka juga ada awek.Once a gay,always a gay(ni gay yang betul-betul gay,not gay yang bermaksud riang gembira eh).

              Kau boleh mengambil degree or even PhD.Kau boleh memasuki kursus BioTechnology di Universiti Nottingham atau mana-mana universiti terkenal kononnya kau bukan sahaja pandai bergaya tetapi juga bijak dalam pelajaran.Kau boleh menguar-uarkan kepada semua yang kau akan menjadi seorang doktor atau psychiatrist untuk kedengaran hebat.Tetapi sekalipun kau menggenggam segulung PhD dan menjadi doktor,once a bimbo,always a bimbo.Orang bodoh yang pandai menipu dan memutarbelitkan fakta akhirnya akan berjaya dalam penipuannya.Yang penting adalah usaha untuk menipu itu perlu ada.Do you get it?Do you even know how to spell psychiatrist correctly without referring dictionary?



Dalam hidup,manusia tidak boleh lari dari bersifat hipokrit.Tetapi janganlah sampai aku menyentuh kau dan merasai bahawa kau tidak ubah seperti mannequin(patung or dummy) yang akan berkecai bila dilemparkan.At least you should preserve what should be preserved.



This is one beautiful dummy.













May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat