Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, January 24, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 5.





              Suasana jadi kelam kabut apabila siren kebakaran dibunyikan. Orang ramai yang sedang enak menikmati keindahan selat Johor dari atas Danga Bay Cruise bertempiaran lari. Mereka yang berada di dalam kapal meninggalkan makanan masing-masing lalu berlari keluar ke dek.Hanya aku seorang berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa. Aku membiarkan  orang ramai berlari di kiri dan kananku seperti membiarkan angin lalu.

              “Keluar cepat!Keluar!” seorang lelaki menjerit memanggil teman wanitanya yang berada dalam tandas. 

              Aku memerhatikan lelaki itu berlari menyelamatkan dirinya tanpa menunggu kekasih hati. Ketika keadaan kecemasan sudah tentu manusia akan mengikut naluri sendiri iaitu menyelamatkan nyawa masing-masing dahulu sebelum memikirkan orang lain waima orang tercinta sekalipun. Ada satu hal yang bagus mengenai peristiwa ini iaitu kita boleh tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita dan siapa yang cuma menggerakkan bibir untuk menipu.

              “Anna!!Anna?!” suara Mr Salvatore hilang di celah-celah bunyi keriuhan orang ramai yang panik. Aku nampak dia menyusup ke sana ke mari untuk mencari aku. 

              Antara lelaki ini dan lelaki yang meninggalkan teman wanitanya tadi, bezanya tentu seperti langit dan bumi. Kerana perbezaan itu juga, aku tidak seculinpun ragu bahawa dia akan mencari aku. Dengan tenang aku menapak ke arahnya. Dia yang gagal menemui aku dalam kalangan mereka yang berteriakan meminta tolong kelihatan cemas benar. Aku menghulurkan tangan lalu memegang tangannya ketika dia masih melilaukan pandangan ke merata kawasan kapal.

              Spontan dia menoleh. Pandangan kami bertaut. Dia memandang aku seolah olah dia sudah menemui harta karun yang tertanam selama seribu tahun. 

              “Kau ke mana? Kau mau kasi aku kena sakit jantung?” soalnya bernada marah tetapi aku tahu dia bukan benar-benar marah. Soalan itu kubiarkan dibawa angin selat Johor. 

              Aku tidak bersuara dan cuma merenungnya. Sekarang aku yakin kalau langit jatuh menghempap aku sekalipun, aku tidak perlu melarikan diri selagi lelaki ini ada bersamaku.

              “What would I do if anything happen to you?” Mr Salvatore menyoal diri sendiri ketika aku sudah dibawa ke dalam pelukannya. Saat ini, aku pasti dia sudah lupa terus pertengkaran kami dan rasa marah menggilanya tadi. Baru aku mahu menghayati bunyi degupan jantungnya, dia tiba-tiba meleraikan pelukan kemas.

             “Kita perlu tinggalkan kapal ini.Sekarang,” beritahu dia dengan cemas.

             Aku melihat sekeliling.Hampir separuh dari penumpang sudah terjun ke dalam air laut walaupun petugas kapal cuba menghalang.Ada yang berpaut di tepi badan kapal dalam usaha menyelamatkan diri. Ada juga yang berlegar-legar macam orang hilang akal kerana sudah buntu mencari jalan keluar. Di satu sudut lain, sekumpulan penumpang berebutkan pelampung dan jaket keselamatan dengan petugas kapal.Apa yang kulihat sekarang mengingatkan aku kepada sesuatu.

              “Kau tak rasa yang kita macam berada dalam Titanic sekarang?” Aku ketawa di hujung soalan. Mr Salvatore merenung aku dalam-dalam. Ada rasa tidak percaya dalam renungannya. 

              “Don’t tell me that you...” kata-katanya dibiarkan berhenti separuh jalan. Dia seakan dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Mr Salvatore sentiasa tahu apa yang aku mahu dia tahu walaupun aku tidak memberitahunya.

              Aku keluarkan sepuntung rokok miliknya yang kuambil tanpa kebenaran tadi. “Ini bahan bukti. Orang lain tak boleh jumpa.” Rokok itu kucampakkan ke dalam laut. Dia memerhati tindakanku sambil menggeleng kepala tidak percaya.

             “Kau benar-benar akan buat aku mati sebab sakit jantung.”

             “Jangan risau, sayang. Aku tidak akan benarkan kau mati. Kau tidak lupa yang aku boleh buat CPR dengan baik bukan?” 

             Kata-kataku tidak berjaya mengambuskan pelbagai rasa yang menggusarkan hati Mr Salvatore. Dia mempamerkan kekesalan terhadap tindakan gilaku lewat tatapan mata.

             “Mari, aku mahu tunjukkan kau sesuatu. Kau pasti suka.” Aku menarik tangannya untuk memaksa dia bergerak ke dek paling hujung. Mr Salvatore melangkah bersama hati yang berat.

             “Nampak tak Abe We (Abang Wan)tadi kat sana?” Aku menuding jari ke arah sesusuk tubuh manusia yang sedang berhempas pulas berenang menyelamatkan diri dari kebakaran yang disangkanya benar-benar berlaku. Lelaki yang tadinya begitu gagah mengajak Mr Salvatore beradu tenaga kini bagai seekor kucing ketakutan yang dicampak dalam air.

              “Sayang, kau nda perlu...”

              “Puas hati sekarang?” Pintasku cepat-cepat sebelum dia membuka mulut. Mr Salvatore geleng kepala.Aku ulang soalan yang sama.

              “You don’t need to...” dia masih tidak puas hati. Mungkin tidak bersetuju dengan tindakanku.

              “Puas hati sekarang?” Mataku mencari matanya. Memaksa dia bersetuju. Ketika dia mengunci mataku dengan pandangannya, aku biarkan sahaja. Apalah sangat sekadar mengunci mataku kerana kunci hati aku pun sudah berada dalam tangannya.

              “Ya, puas hati,” akhirnya lambat-lambat Mr Salvatore mengangguk.

              “Maaf sebab tadi. Bukan aku tak percaya kau akan menang tapi tak ada gunanya kita rosakkan makan malam versi Titanic kita sebab Abe We tu,” aku menghamparkan sebab logik untuk tindakanku apabila Mr Salvatore kembali memandang aku dengan pandangan biasanya.

              “I’m sorry too. I’ve ruined your romantic Titanic candle-light dinner sayang.”

              Aku senyum. Sebenarnya kerana dialah makan malam kami benar-benar menyerupai makan malam di Titanic. “It’s okay. Now let’s say hi to Abe We, shall we?” 

              Aku melambaikan tangan ke arah lelaki yang terkapai-kapai cuba kekal terapung. Mr Salvatore menangkap tanganku lalu menggerakkannya sekali. Kami melambai bersama-sama. Masuk lambaian kali ketiga aku ketawa.

              “Nda bagus buat urang(orang) macam ni sayang. Kau tahu bukan?” Mr Salvatore berhenti melambai sekaligus menghentikan tangan aku dari terus bergerak. Dia menatap aku lama-lama agar tegurannya aku lekatkan dalam ingatan. Lelaki ini sentiasa tahu bila dia perlu menegur dengan cara yang baik. Aku angguk. Sebab dia Mr Salvatore aku. Dan Mr Salvatore selalunya betul. Aku tidak perlu menimbang baik dan buruk dahulu kerana semua nasihatnya adalah untuk kebaikanku.

               “Kau nda buat begini pun, aku tetap sayang kau. Kau tahu bukan?” Melihat aku sudah tertunduk macam pesalah, Mr Salvatore mencuit hidungku. Spontan bibir aku mengukir senyum.

               “I know. I love you too.” 

               Aku meletakkan kepala di dadanya. Mahu sambung menghayati bunyi degupan jantung Mr Salvatore. Dia memelukku dengan sebelah tangan. Jika didengar menggunakan stetoskop, setiap jantung yang berbeza punya degupan tersendiri. Dan untuk pemilik jantung ini, aku tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam laut bersamanya walaupun aku tidak tahu berenang.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

AwieKashi said...

okay,menantikan seterusnya wlpn sekian lama tak bukak..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@awieKashi: okay jugak. menantikan komen seterusnya

Anonymous said...

Kau ada d johor ka skg ni?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@mr salvatore: lain kali bila jalan tu tgok sekeliling sama,sayang.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat