Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, December 30, 2011

Aku Tak Ajar Kau Untuk Jadi Pengemis.


               Ini untuk followers dan readers and for those who concerns.

               Setahun sudah kita bersama...errr maksud aku secara literalnya iaitu bersama di sini.Di belog ini.Untuk yang masih setia di sini,aku ucapkan terima kasih.



Terima kasih kerana terus mengunjungi aku walau terkadang aku tidak mengunjungi kau semula.

Terima kasih kerana membaca biarpun kau boleh terus menjerit di Kotak Jerit tanpa perlu melakukan apa apa.

Terima kasih kerana mengikut(Follow) walaupun kau tahu aku takkan follow kau balik.

Terima kasih kerana mengambil berat biarpun kadang kala kau tidak memahami apa yang aku sampaikan.

Dan untuk komen komen itu,terima kasih kerana sudi menaip sepatah dua kata.Aku menghargai setiap yang kau tulis biarpun ianya tidak semestinya satu pujian.

                   Kalau ada yang bertanya mengapa aku tidak banyak berinteraksi atau memFamouskan diri sendiri,maka jawapan aku ialah aku tidak mahu mengajar dan membiasakan followers dan readers aku menjadi pengemis.Faham maksud aku?Pengemis di sini bermaksud kau follow orang lain dengan mengharapkan orang akan follow kau balik.Dan kau singgah di belog orang lain dengan harapan mereka akan mengunjungi belog kau.Atau kau komen dengan harapan orang akan perasan kewujudan kau.

No,no,no....my dear readers,itu tidak betul.Sangat tidak betul.Bila kita melakukan sesuatu atau memberi sesuatu untuk orang lain,sentiasalah ingatkan diri kita yang kita melakukan itu kerana kita mahu melakukannya bukan mengharapkan balasan.


Kalau suka,Followlah.

Kalau mahu,bacalah.

Dan kalau sudi,singgahlah ke sini.


Tidak ada paksaan dari aku tetapi kalau kau melakukan mana mana dari di atas,maka ingin sekali aku mencurahkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kau.

Terima kasih kerana berada di sini dan membaca ini.




Ini untuk kau.







May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

3 comments:

FaiZaH Fyn said...

oho kadang2 aku tension jugak bila orang paksa aku folo blog diorang haih..

sNoe~ said...

Selamat tahun baru.. :)I folo who I want to follow..

tieykah said...

HAHA

aku memang abandon terus manusia yang menagih simpati supaya aku follow mereka

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat