Nota Kepala:Okay ini filem lama.Tahun 2006.Aku tak suka review filem yang baru,aku suka review filem yang dah dilupakan or yang aku rasa aku patut share.Lama itu sejarah.Sejarah itu berharga.Siapa yang membenci sejarah adalah orang yang bodoh.
                    The Wicker Man lakonan berkesan Nicolas Cage dengan pelakon wanita yang korang dan aku pun tak berapa kenal.Ini filem psiko.Really pscho.Aku suka filem yang macam ni sebab ia memberi ruang untuk kita berfikir dan meningkatkan adrenalin tanpa perlu ada adegan hantu putih menyeret kaki di jalan sepertimana dalam kebanyakan filem Melayu.Aku benci filem Melayu seriously.Kecuali filem Yasmin Ahmad.
                    Filem ini bermula dengan tenang.Menyoroti kehidupan seorang pegawai polis bernama Edward Malus yang memboringkan.Satu hari dia terlibat dalam kemalangan dan sejak itu dia mula melihat seorang budak perempuan yang hanya dia boleh nampak.Ini amat menakutkan.Dan dia mula perasan yang lebah selalu mengekorinya di mana-mana pun.Semasa sedang bercuti untuk menenangkan fikiran,dia mendapat sepucuk surat dari bekas tunangannya mengatakan mereka sebenarnya sudah mempunyai seorang anak dan anak mereka kini telah hilang tanpa dikesan.
                   Terkejut dengan berita itu,dia mengambil keputusan untuk ke kampung tunang lamanya,Willow dan mencari anak mereka.Kampung yang terletak di pesisir pantai Washington itu amat pelik.Lebih-lebih lagi bila ketibaan Edward disambut dengan kehadiran dua orang penduduk kampung yang sedang mengusung guni yang bercucuran darah dan tersenyum kepadanya.
                 Apabila Edward memulakan pencarian anaknya,dia mendapati ada sesuatu yang cuba disembunyikan penduduk kampung daripadanya.Malah,bekas tunangnya juga kelihatan takut-takut dan sering hilang.Perlu aku tegaskan di sini yang penduduk kampung itu kelihatan aneh sebab semuanya perempuan...88% adalah perempuan.Lelaki pula hanya menjadi hamba dan mengikut segala perintah mereka.Lelaki biasanya tidak keluar kalau tidak ada apa-apa urusan so 100% yang berkeliaran di kampung tu adalah perempuan.Semuanya cantik-cantik,berambut panjang dan memakai gaun panjang warna putih.Terpikat tak?Sekor-sekor nampak macam bidadari dengan rambut panjang ketak-ketak sikit.


                   Setakat itu saja aku bagi sinopsisnya.Sila tengok sendiri untuk maklumat lanjut.Aku tak faham kenapa filem ini disisihkan dan tidak mendapat sambutan box office padahal jalan ceritanya awesome.Banyak bermain psikologi dan kita takkan dapat expect apa yang akan berlaku pada setiap scene.Malah Nicolas Cage sendiri menyesal kerana pernah membintangi filem ni.The Wicker Man sebenarnya filem yang dikitar semula.Filem dengan tajuk yang sama pernah dihasilkan pada tahun 1973 lebih kurang.Cuma dalam filem 1973 tu ada banyak adegan porno dan tak sesuai untuk tontonan keluarga.Yang baru ni takde adegan lucah langsung.Sangat best.Kenapa tak popular eh?
                  Twist kat hujung filem ni langsung tak dijangka.Ianya lebih awesome dari melihat Stephen Rahman Hughes menayangkan bodynya dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Owhhh...by the way,Hikayat Merong Mahawangsa adalah hikayat negeri Kedah.Ada KRU mention ke dalam filem tu?Aku tak menyesal tengok filem The Wicker Man sebanyak 8 kali berbanding menghabiskan duit untuk tengok filem yang tak bermutu.Even filem ni tak box office dan dibenci pelakonnya sendiri.But lakonan Nicolas Cage dalam ni sangat bagus even dia benci filem ni.
Nota Kaki:Tengoklah.Sure korang takkan menyesal or rasa rugi.Kalau menyesal jugak itu bukan masalah aku.Sila pergi tengok sendiri trailernya kat YouTube.Aku malas nak tempek kat sini.Korang jangan jadi malas macam aku juga.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!