Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, June 30, 2013

Speechless Sunday: Breathe In Colors.








If there's this much colors in my life, then it wouldnt become so dull, but then I wont be here too.


May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, June 29, 2013

Tuhan Dan Bulan.


Malam itu hatinya biru
biar malam hitam pekat
sang gadis menjinjing pelita
berkaki ayam di lorong kedua
kerana lorong pertama
untuk yang berkasta.

Sesekali angin kencang menerpa
sang gadis kaget
mohonnya agar cahaya terus ada
mungkin dia lupa

dahulu dia pernah berlari
membelah sepanjang malam
tanpa sejalur cahaya.

Kepala yang tertunduk didongak
pabila sang bulan menyapa mata.

Langkahnya penuh yakin kini
pelita itu mungkin akan padam
dia mungkin berkaki ayam
tapi dia tahu bulan dan
tuhan sentiasa mengiringi.










May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, June 27, 2013

Sayang, Dunia Bukan Syurga.


 Untuk remaja belasan tahun yang meratap bagai nak gila di laman sosial akibat putus cinta, untuk adik-adik yang baru hendak belajar mengenal cinta (baik kenal dulu alif,ba,ta), untuk mereka yang merasakan hendak lompat dari tingkat tertinggi bangunan KLCC 5 minit lagi akibat tekanan kerja dan keluarga, kau tidak bersendirian, sayang.

Sayang, ketahuilah dunia ini bukan syurga yang menjanjikan bahagia semata. Sekolah akan mengajar kita dahulu kemudian baru kita akan diberi ujian. Tetapi kehidupan akan memberi kita ujian dahulu, dan kemudian baru kita akan diberi pelajaran.

 Bila kau rasa nak mati akibat stress melampau atau dosa terlalu banyak, ingatlah, You are not the sinner of the Universe. Orang lain pun melakukan kesilapan dan dosa juga. Dan tiada siapa yang boleh meletakkan kau di tempat kau sekarang melainkan diri kau sendiri. Jadi jika kau berasa teruk, maka kau sendiri yang memilih untuk merasa teruk.

Percayalah, kau tidak pernah merasai apa itu 'neraka dunia' dalam erti kata yang sebenar.

Dan kalau kau masih berhasrat untuk membunuh diri atau memasuki institut pemulihan mental, percayalah aku tidak akan menghalang, malah akan membantu kau. Aku memang baik hati orangnya, tahu?



Tidak semua bernasib serupa.





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat