Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, February 6, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 7.





 
            Mata dia mencari mataku meminta kepastian. Aku angguk tanda aku betul-betul memaksudkan apa yang aku cakap tadi. Dia menarik sesuatu yang tersadai di tepi katil. Aku melonjak naik ke atas katil dengan lagak teruja seperti kanak-kanak yang mahu mendapatkan gula-gula lalu bersandar di sebelahnya.

             "Bising nanti." Dia memandangku separuh setuju.

              "Mana ada bising, janganlah kuatkan suara, perlahan-lahanlah," balasku. 

              "Kita buat nanti sajalah."

              "Tak boleh." Protesku cepat-cepat.

               "Tak boleh tunggu nanti?" Dia nampak teragak-agak.

               "Tak boleh tunggu. Buat sekaranglah..."rayuku terus menerus.

               "Susahlah dapat perempuan degil macam awak ni," dia merungut.

               "Perempuan degil ni juga yang awak sayang," aku mematikan hujah dia dengan kata-kata itu. Dia tersenyum nipis.

              “Kita di hospital sekarang, Anna.” Sempat lagi dia mengingatkan aku walaupun gitar sudah diletakkan di pangkuan.

              “Satu lagu saja, bolehlah,” aku menunjuk isyarat satu menggunakan jari telunjuk.

               “Awak benar-benar seorang doktor yang teruk. Awak tahu itu?” Dia mengutuk aku setelah tidak dapat mencari alasan untuk menolak permintaanku. Aku tersengih lebar sambil mengangguk-angguk.Kutukan itu tidak menyakitkan hati sebaliknya mengocakkan rasa lucu.

                “Saya bukan seorang doktor. Dan sekalipun saya seorang doktor, awak tetap perlu dengar cakap saya sebab awak pesakit saya,”tingkahku memberi sebab permintaan aku perlu ditunaikan.

                “Nasib awak baik sebab saya sayang awak. Kalau tidak dah lama saya minta tukar doktor lain.” Dia menepis sebabku dalam gurauan. Aku ketawa kecil. Sedikitpun kata-kata lelaki ini tidak terkesan di hatiku. Memang tabiatnya suka mengusik, aku maklum itu.

                “Nyanyilah satu lagu. Awak sayang saya kan?” sengaja aku meleretkan ayat terakhir itu biar terdengar lunak di pendengarannya. Senyumannya tidak dapat disembunyikan lagi. Terlihat jelas di mataku dia sedang tersenyum lebar sekarang.

                 “Saya sentiasa sayang awak Anna. Dari dulu sampai sekarang. Awak nak lagu apa?” soalan itu membuatkan aku mahu bertepuk tangan gembira. Lelaki ini telah termakan pujukan aku.

                 “Sing me one of your favourite songs.”

                  Dia termenung sejenak memikirkan sesuatu. Kemudian dia geleng kepala tidak setuju dengan kemahuanku.

                  “I’ll sing something else. A song that you would love to hear.”

                   Dalam kebingungan aku mengangguk, “okay.”

                  Dia membetulkan kedudukan gitar di pangkuan. Gitar itu ditarik supaya lebih hampir dengannya. Aku memerhatikan dia memetik tali gitar sekali dua seperti sedang menguji bunyinya. Kemudian sekali lagi. Dan lagi. Beberapa ketika kemudian dia berhenti. Agaknya dia telah dapat menyusun irama yang betul untuk lagu yang bakal dinyanyikan.

                  “This guitar is my soul, Anna. But you my world, this song is for you,” ucapnya seraya menoleh sekilas ke arahku. Sempat lagi dia membuai perasaanku sebelum mula bernyanyi. Rasanya dia tidak perlu berbuat begitu kerana apa yang dinyanyikan selepas itu sudah cukup untuk membuatkan hati aku berbuai sendiri.

When I look into your eyes it’s like watching the night sky

Or the beauty for sunrise

There’re so much they hold

And just like them all stars

I see that you’ve come so far to be right where you are

How old is your soul?

I won’t give up on us even if the skies get rough

I’m giving you all my love

I’m still looking up

And when you need your space to do some navigating

I’ll be here patiently waiting to see what you find

Even the stars they burn some even fall to the earth

We got a lot to learn, God knows we worth it

No I won’t give up

I don’t want to be someone who walks away so easily

I’m here to stay and make the differences that I can make

I won’t give up on us even if the skies get rough

I’m giving you all my love, I’m still looking up


                “How can you fall asleep when I’m singing you something romantic? How can a doctor sleep on her patient’s bed? You’re really a terrible doctor Anna.”

                 Suaranya sayup-sayup menerjah ruang pendengaranku. Aku tidak pasti apa yang dikatakannya. Mungkin juga aku sedang bermimpi.

                 “Nasib awak baik sebab saya sayang awak,” dia membisikkan sesuatu di telingaku tetapi mindaku tidak dapat menyimpan maklumat yang dihantar ketika sudah separuh sedar. Apa yang aku pasti, dia menyelimutkan aku dengan selimut pesakit miliknya selepas itu.Aku benar-benar seorang doktor yang teruk.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

Anonymous said...

Damon,uweeek!!!!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@the not so anonymous: ehhh? pembawakan budak ke?
hahahaha...

Anonymous said...

Am I forgotten?

Mr. Salvatore

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ Mr Salvatore: how can u ever be forgotten?

no lah mehh...i know la it's u.

don't be emo mehh...

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat