Saudara perempuanku
yang adakalanya dirindui,
Lelaki adalah makhluk
yang ringkas. Kalau mereka katakan A, maka mereka maksudkan A. Berlainan benar
dengan kita. Kalau kita kata A, kita maksudkan B dan kalau kita katakan B, kita
maksudkan C. Jadi, kalau kau mahu mengatakan sesuatu atau meminta sesuatu, maka
ringkaskanlah ia dan jelaskan ia sejelas-jelasnya.
Lelaki selalu katakan
mereka tidak memahami kita lalu kita pun memutuskan untuk merajuk 48 jam. Apa
yang sebenarnya ingin mereka katakan adalah pemikiran kita berbeza oleh itu
mereka tidak faham mengapa kadangkala kita terlalu emosi. They would give up an
arm and perhaps even a leg to know what is going on in this mind of ours (even
if it was only for one day).
Lelaki akan berbuat
apa saja untuk mendapatkan perhatian kita. Diulangi, apa saja. Telefon 699
kali, SMS 666 kali, poke dan message kat Facebook 25 jam sehari. Apa saja yang
membuatkan mereka fikir akan berkesan. Jika gagal, mereka akan cuba lagi
keesokan hari dan esok lagi dan lagi dan lagi dan lagi lagi lagi....Tetapi ni
masa mula-mula proses memikat dan kalau mereka betul-betul mahukan kita. Ingat
lagi kata-kata ni : If a guy wants you, nothing can keep him away. Jangan
melompat gembira dulu, lihat pula kata-kata seterusnya: If a guy doesn’t want
you, nothing can make him stay. Ya, kau dah berhenti melompat kan? Jadi jika
kau tahu seorang lelaki sudah tidak mahukan kau, tak perlulah kau
terhegeh-hegeh memujuk atau merayunya. Lelaki bukan seperti kita, boleh kalah
dan cair dengan pujuk rayu serta kata-kata manis. Jika mereka sudah menetapkan
dalam fikiran bahawa mereka tidak mahukan kita lagi, maka mereka akan berpegang
pada itu.
Saudara perempuanku,
perkara terutama tentang lelaki yang kau perlu maklum adalah kau tidak akan
boleh mengubah mereka dan tabiat mereka (sekalipun tabiat buruk). Jika teman
lelaki kau merokok 8 kotak sehari, suka kentut tidak kira masa, suka korek
hidung merata-rata dan apa-apa lagi yang tidak berkenan di mata kau lalu kau
tekadkan hati untuk mengubahnya, maka dengarlah kata aku ni; lupakan saja. Ya,
lupakan saja hasrat kau sebab lelaki tidak dapat diubah. Melainkan mereka yang
mahu berubah sendiri.
Lelaki miang tidaklah
segatal yang kita sangka. Terkejut kan? Tetapi biar aku beritahu kau sesuatu
yang lebih mengejutkan: Lelaki alim juga tidaklah sebaik yang kita sangka.
Ternganga mulut kau kan? Lelaki mungkin akan menggatal, flirting sepanjang
hari, tengok perempuan sini sana (sebab mereka punya imaginasi yang tidak
terbatas, jadi mata juga susah nak kawal) dan kadangkala dalam sehari, ada
waktunya mereka terlupa langsung pasal kita. Tetapi sewaktu mereka nak tidur,
mereka hanya akan fikir pasal orang yang mereka betul-betul sayang (aku rasa
fakta ni menipu sebab lelaki letak kepala atas bantal terus saja tidur mana ada
masa nak fikir lagi).
Saudara perempuanku
yang diingati,
Lelaki adalah makhluk
yang sukakan cabaran. Mereka belajar dari pengalaman bukan dari pembacaan.
Kerana itu, mereka perlu merasai dan berada dalam sesuatu situasi untuk
benar-benar memahami( sebab ini juga tangan mereka tak boleh duduk diam asyik
nak pegang dan raba sana sini). Tetapi ini adalah sifat semulajadi mereka, kita
tak boleh salahkan mereka seratus peratus. Lelaki dari sekolah Maahad Mahadi
pun lelaki, lelaki lulusan al-Azhar pun lelaki, lelaki di Universiti Harvard
pun lelaki, lelaki bekerja di pejabat berhawa dingin pun lelaki, lelaki buruh
kasar pun lelaki. Kerana mereka semua ini lelaki, tak kira betapa alim, pandai,
kuat, ego, atau baik pun mereka, mereka masih manusia biasa yang bergelar
lelaki.
Kita boleh buat mereka
sibuk dengan belajar, bekerja, bersukan, beribadat tetapi mereka tetap akan
merasa kosong dan kembali kepada tuntutan fitrah yang telah Tuhan tanamkan
dalam diri mereka. Kerana akal mereka sembilan (untuk menipu) dan nafsu mereka
cuma satu (untuk “itu” ). Oh ya tak perlulah kau buat-buat polos lagi naïf
dengan berpura-pura tak faham apa yang aku maksudkan dengan “itu” di sini. Dan
tak perlu juga kau terlebih-lebih faham sampai kau bersetuju menyerahkan harga
diri kau kepada seorang lelaki.
Lelaki adalah makhluk
yang sukakan cabaran tetapi pantang dicabar. Berilah cabaran kepada mereka
untuk terus mengejar kau tetapi jangan sesekali mencabar mereka. Ini bukan
beerti kau perlu buat jual mahal sampai mereka fed up atau menyampah, ini
maksud aku, kau perlu buatkan mereka rasa yang kau adalah perempuan yang
berbaloi untuk mereka berusaha mendapatkan kau dan kau adalah perempuan yang
mereka perlu pegang dan tidak sekali-kali dibiarkan terlepas. Jangan jadi
perempuan yang membosankan. Jika lelaki kau (suami kau atau pakwe kau) berhenti
mengejar kau, itu bermakna kau adalah perempuan yang membosankan. Ciptalah
alasan dan binalah sebab agar mereka yakin mereka tidak membuat pilihan yang
salah dengan mengejar kau. Apa alasan itu? (Eh semua kau mau tanya sama aku ka?
Apa yang kau tahu? Merajuk dan emo je kan?)
Ingat lagi rancangan
X-Factor dimana peserta-pesertanya semua hebat-hebat belaka? Di antara yang
hebat itu, mereka mahu mencari yang terhebat. Apa yang membuatkan seseorang
dinobatkan sebagai pemenang? Pemenangnya adalah dia yang memiliki Factor X.
Faktor yang istimewa, ciri-ciri yang unik, daya tarikan yang tidak ada pada
yang lain, sesuatu yang membuatkan orang mahu mengangkat kau sebagai yang
terbaik antara terbaik. Inilah faktor dan alasan yang perlu ada untuk
menjadikan seseorang lelaki rasa : “Hey, I must hold this girl tightly, I must
keep her by my side no matter what, this is the girl that I can’t afford to
lose. The girl whom I’ve decided to spend the rest of my life with.”
Saudara perempuanku,
lelaki adalah makhluk Tuhan yang lemah dan rapuh walau mereka terlihat kuat,
ego, kental, ampuh, berkeyakinan dan penuh semangat pada luaran. Apabila
berlakunya situasi yang buruk atau sesuatu yang tidak diingini, mereka akan
menyalahkan diri mereka lebih banyak dari kita. Mereka juga sering diburu rasa
tidak selamat (insecurity) terhadap perhubungan percintaan mereka dan rasa
khuatir kehilangan perempuan yang mereka sayangi.Jika kita mudah cemburu,
mereka lebih mudah cemburu daripada kita. Kerana itu biarpun dia menceritakan
tentang bekas teman wanitanya kepada kau kadangkala, namun jangan kau pernah
membicarakan perihal bekas-bekas teman-teman lelaki kau kepada dia. Lelaki
adalah makhluk Tuhan yang mudah marah. Sekalipun kau lihat lelaki kau sangat
penyabar, jangan gatal-gatal sengaja nak menguji kesabaran dia.
Saudara perempuanku
yang sesekali dikasihi,
Seorang lelaki pernah
mengatakan kepadaku (kalau kata-kata ini tidak benar, maka dia yang menipu dan
bukannya aku), katanya berbunyi lebih kurang seperti ini , “Seorang perempuan
bila mencintai lelaki, dia akan mencintainya sepenuh hati. Tetapi seorang
lelaki bila mencintai perempuan, jika dia benar-benar mencintai perempuan itu,
dia mencintainya lebih besar dari bumi dan seluruh alam semesta ini.” Kebesaran
cintanya itu dikatakan tidak ada tolok bandingnya (melainkan cinta Tuhan, itu
sudah tentu). Aku pun kurang pasti sama ada kata-kata lelaki tadi benar atau
sekadar satu lagi penipuan yang tercipta dek bibir mereka yang pandai
berkata-kata.
Lelaki adalah spesies
yang kita lihat seperti tidak punya masalah padahal mereka punya lebih banyak
masalah dari yang dilihat mata kasar kita. Mereka sering dianggap suka
mengambil mudah sesuatu perkara, gemar bersikap happy-go-lucky, dan selalu
terlupa tarikh-tarikh keramat dan hari-hari penting. Namun di sebalik semua
ini, mereka sebenarnya akan mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang
yang mereka betul-betul sayang. Malah, (ini mungkin hiperbola) ada yang
mengatakan bagi lelaki, untuk melupakan seseorang perempuan yang betul-betul
dicintainya mungkin akan mengambil masa lebih dari seumur hidup.
Saudaraku, jika
seorang lelaki memberitahu yang dia benar-benar mencintai kau, maka pandanglah
ke dalam matanya dalam-dalam kerana mata adalah jendela hati. Mulut lelaki
mungkin boleh menipu apa sahaja tetapi matanya tidak akan ikut sama menipu. Dan
perlu kau ingat lelaki adalah makhluk yang selalu kalah dalam bab menyimpan
rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyembunyikan rahasia dari seseorang yang
penting dalam hidup mereka. Jika ternyata seorang lelaki itu tulus mencintai
kau, maka kau akan menjadi perempuan paling bahagia dalam dunia.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment