Hari tu aku ingat lagi, aku post pasal benda ni. Krismas and Santa Claus.
Teruk juga la aku kena hentam sampai dah tak tahu mana nak letak Shampoo Schwarzarkoff aku.
Memandangkan aku buat tajuk yang panas, jadi aku sudah menjangkakan reaksi yang 'panas' dari pembaca.
Tapi aku tak kisah sangatlah sebab aku tahu siapa yang hentam aku. Biasalah adat dunia, orang kutuk kau sebab orang sayang kau kan? Kalau orang benci, orang tak ambil peduli.
Bagi aku Krismas adalah tentang berkumpul bersama-sama ahli keluarga. Macam satu majlis makan malam yang besar juga. Santa Claus adalah orang gemuk yang pakai baju warna merah putih. Itu saja. Tiada apa yang nak 'dikafirkan' atau 'dikhurafatkan'. Malah, bagi orang yang mengatakan itu haram, ini haram, sebenarnya dia tidak sedar dia lebih banyak buat perkara haram. Ya, ya manusia memang lumrahnya begitu. Kuman di seberang laut juga yang mahu dilihatnya.
Tetapi jangan risau, aku tidak menyambut Krismas sepertimana yang kau fikir atau sangkakan aku menyambutnya. Sejahat-jahat aku, aku tidak jahil agama tahu. Kalau ada ceramah Ustaz Don di TV ketika aku sedang membaca komik Lawak Kampus, aku akan berkejar mendapatkan Ustaz Don dahulu (mendapatkan ni dalam maksud literal sahaja, maksud sebenar adalah pergi mendengar ceramah dia dahulu).
Suara-suara sumbang di belakang: Sarah Sayuri memang nak masuk neraka bila mampos nanti!
I've been there, you know. It's scary as hell! Dan neraka bukannya satu playground untuk kau bermain-main dengan suka hati. Jadi jangan sebut jika kau tak memaksudkannya.
Jadi jangan risau tentang syurga dan neraka aku. Aku tahu betapa teruknya kehidupan di neraka lebih dari yang kau tahu. Dan aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak ke sana lagi. Tidak sekali-kali. Daripada risaukan aku, lebih baik kau risaukan diri kau dahulu.
Oh dan tolong jangan ambil hati atau terasa sebab aku tidak mengatakan semua ini kepada kau. Aku hanya bermonolog sendiri.
Untuk meyakinkan kau aku tidak memaksudkan kau dalam hal ini, aku juga tidak mengizinkan kau komen di bawah. Nah, lihatlah betapa tulus lagi suci hati aku!
Sekarang beritahu aku, apa hadiah yang akan kau bagi pada aku untuk Krismas nanti?
Oh, aku terlupa yang kau tidak boleh komen. Maaf ya...
Ciao.
Eh, kenapa gambar gembira ni ada kat sini pula? Sumpah bukan aku ni. |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!