INI TENTANG CINTA DAN
LELAKI.
Kehadapan saudara perempuanku,
Aku tahu topik ini memang agak kekok dan membencikan lagi menyakitkan
hati. Tetapi sama ada kau mahu atau tidak, hari ini kita akan berbincang pasal
kaum Adam. Bukan Adam Mukmin. Bukan Adam Mikhail. Bukan Adam & Hawa. Ini
tentang kaum lelaki. Jangan berpura-pura tidak suka padahal kau melompat
gembira di belakang aku. Jangan terkinja-kinja ya, itu sifat beruk di hutan.
Biar aku seorang saja terkinja-kinja tak apa sebab aku yang bercakap, kau pula hanya
mendengar. Dengarlah dan bacalah dengan baik. Jangan jadi sudu lebih dari kuah.
(Suara-suara sumbang di belakang: Eh, jadi Sarah
Sayuri terkinja-kinja macam beruk!) Ada aku kisah? Cakap
sekali lagi dan lepas ini kau akan hirup sudu bukannya kuah.
Mari kita mulakan dengan lafaz nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Kerana lelaki juga adalah makhluk Tuhan, jadi kita perlulah
banyak-banyak bersabar dan tidak terlalu emosional dalam membicarakan soal
mereka (padahal mereka yang lebih banyak bersabar dengan emosi kita yang jarang
menentu).
Aku tahu mungkin kau memikirkan tidak perlu untuk aku membazirkan masa
untuk menulis dan kau menyiakan masa untuk membaca tentang ini. Aku tahu
mungkin kau ada menyimpan harapan untuk tidak memperjudikan seluruh masa depan
kau di tangan seorang lelaki (berkahwin) dan lebih rela bersendirian seumur
hidup kau. Aku juga tahu mungkin kau rasa dari sudut agama yang ekstremis, aku
tidak sepatutnya bersikap terlalu terbuka lalu sewenang-wenangnya menjadikan ini
bahan tatapan umum. Tetapi di sebalik semua itu, takdir dan pertemuan adalah di
tangan Tuhan. Mungkin ya, jodoh kau tidak ada, namun kau masih akan ditemukan
dengan salah seorang dari kaum Adam di bumi yang luas ini. Untuk itu, bacalah
ini dan siap-siapkan mental dan fizikal kau.
First thing first. Biar kita jadi perempuan yang nampak murah asal
jangan jadi perempuan yang betul betul murah. Tak faham kan? Sini aku fahamkan
kau.(Ambik ni pelempang sedas, meh aku bagi penyepak pulak,meh...)
Okey, seperti yang kau sedia maklum, ini bukan sesi nak mengajar kau
berpurdah, berniqab macam muslimah sejati. Dan bukan pula sesi menghasut kau
memakai baby tee atau bikini. Aku tidak mahu kau nampak seperti muslimah sejati
pada luaran sahaja sedangkan hati kau masih seperti perempuan sundal. Ya, kau
tahu kan. Kau lihat kan di sekeliling kita bagaimana perempuan-perempuan
bertudung labuh dan berpura-pura menjadi wanita solehah paling baik di dunia
tetapi hakikat sebenarnya jauh menyimpang dari apa yang kau nampak.
Jadilah perempuan yang ada harga diri dan tahu di mana dia patut
berdiri. Kata orang, pakaian kau mencerminkan keperibadian kau. Itu pepatah
orang dulu-dulu. This is a modern times, dear. There’s no room for such things.
Sebab itu di jalanan kau akan nampak 80 warna di sehelai baju yang dipakai
seorang kaum kita, ya kaum Hawa. Color block la katakan...ikut trend. Di masa
depan aku harap kau bersedia dan tidak terkejut biawak untuk melihat 320 warna
di tubuh kaum kita. 80 warna untuk tudung, 80 untuk baju, 80 untuk seluar atau
skirt dan 80 selebihnya untuk kasut. Ini kiraan rambang aku sahaja belum
termasuk warna aksesori lagi. Pandai-pandailah kau kira sendiri ya.
Kerana itu, aku katakan biar kita jadi perempuan yang nampak murah,
pakai baju warna senada, sama. Putih semua atau hitam semua pun tak apa, asal
kau tahu apa warna nilai dan peribadi yang hati kau pakai. Jangan kau
terkinja-kinja nak ikut trend terkini sangat, nak pakai tujuhratuspatpuluh
warna untuk sehelai baju konon nak nampak mahal, ekslusif lagi bergaya. Jadah
otak onyang (mak kepada opah kau) kau warna macam itu kau katakan mahal. Beruk
di hutan pun lari bila nampak kau sayang. Jangan kata beruk, ungka, monyet,
kera, lotong semua pun cabut lari. Tapi ini berguna juga sebab kau akan selamat
bila masuk hutan.
Tapi kalau kau nak pakai juga tak apa. Seperti yang aku katakan, asal
kau tahu warna hati dan peribadi kau, tidak kisahlah kalau aku nampak kau
berbikini di jalan raya pun, bagi aku kau tetap nampak sopan lagi baik.
Pedulikan kata-kata orang lain. Orang yang baik tidak akan mencaci dan orang
yang tidak baik tak perlulah kita peduli.
Apa kaitan semua ni dengan lelaki? Err... tak ada kot. Oh... ada sikit!
Lelaki akan jatuh cinta dari matanya. Jadi bagi mereka apa yang kau pakai itu
penting. Tapi kau tak perlu risau kalau kau nampak lelaki-lelaki moden mengejar
perempuan yang memakai patratuswarna tadi atau bila kau terlihat lelaki-lelaki
alim mengejar perempuan yang bertudung labuh. Tidak perlu gusar, tidak perlu
iri hati. Kau adalah kau. Kau tidak perlu memakai lapanratuswarna untuk menarik
perhatian lelaki yang buta warna (sebab mereka tak lari macam ungka tadi jadi
mereka buta warna la kot), kau tidak perlu bertudung labuh mencecah tanah
dengan harapan dapat suami lulusan Universiti al-Azhar. Kau adalah diri kau.
Kau pakai apa yang kau mahu.
Saudara perempuanku, jadilah perempuan yang murahnya tak dapat diminta
dan mahalnya tak dapat dibeli. Sekalipun
lelaki melihat kau sebagai perempuan murah, tetapi semurah-murah kau, mereka
tidak akan dapat meminta atau memujuk rayu kau supaya tidur dengan mereka.
Sekalipun lelaki melihat kau sebagai perempuan mahal, tetapi semahal-mahal kau,
mereka tidak akan dapat membeli kau dengan wang ringgit, rupa paras macam Brad
Pitt, kad kredit atau segulung ijazah Tahfiz. Pegang kata-kata aku ini :
Nilai
kita sebagai seorang perempuan adalah lebih tinggi dari semua itu.
To be continued....
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment