Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, February 15, 2013

Aku Bukan Sebiji Epal.


 
Macam karangan autobiografi pula aku rasa. Contohnya macam aku sebuah kereta. Aku sebuah jam tangan. Aku sekaki payung dan seumpamanya. Tapi ini bukan karangan seperti itu, jangan salah faham. Sebab utamanya tentulah kerana aku bukan sebiji epal. Hahahaha...kau tak rasa lawak ke? Okay...okay...Sebelum kau baca, mari aku bawa kau berjumpa seseorang dahulu sebagai permulaan kepada kisah ini supaya kau lebih faham.

Ada suatu hari kawan bertudung labuh ala-ala muslimah sejati aku pernah bertanya pada aku. Tanyanya, “Kau rasa perempuan ini diibaratkan apa?” 

Aku merenung dia lama kemudian menjawab, “Perempuan ialah perempuan. Kenapa perlu diibaratkan dengan benda lain?” Sambil tangannya sibuk mengasingkan video ‘blue’ pilihan dalam laptopnya, dia tersenyum sinis pada aku. “Itulah, kau tak tahu,” ulasnya sebaris dengan nada menyindir kononnya aku jahil amat.

Tetapi sekurang-kurangnya aku tahu 2 per 4 dari memori laptopnya penuh dengan video porno walaupun dia sering beralasan dia menonton itu untuk kebahagiaan suami masa depannya. Jika Ariel Peterpan aku ( my poor sweetheart!) terpaksa meringkuk dalam penjara kerana video lucahnya, aku enggan membayangkan apa kemungkinan yang mungkin kawan bau-bau kacang aku ini hadapi sekiranya dihadapkan ke muka pengadilan (walaupun dia bukan pelakon dalam video itu aku rasa la). 

Secara seriusnya aku tidak tahu mengapa dia perlu menonton video-video tersebut walaupun batang hidung suami masa depannya teramatlah kabur. Sudahlah kabur diselaputi kabus pula tu. Jujurnya, aku bukan perempuan baik sepertinya dan aku tidak akan sesekali mengakui bahawa aku ini suci lagi naïf atau mengatakan sesuatu seperti, “Eh, I tak tengoklah semua tu you all. Dosa tau, dosa, I ni naïf tau, I tak tahu apa-apa!” What the fuuuuck... 

Tetapi bila perempuan baik tahap ustazah macam dia tengok benda-benda macam tu, aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena, something is wrong here, something slack, kau tak rasa macam tu ke? Baiklah, aku faham. Aku faham. Fikiran kau tak jahat macam aku.

Okay, berbalik kepada cerita epal kita tadi. Kata kawan ustazah aku, “Perempuan ni macam epal. Ramai lelaki berebut-rebut nak ambil epal yang berada pada dahan paling rendah atau lebih senang mereka akan ambil yang sudah jatuh kat tanah supaya ianya tidak menyusahkan mereka. Tetapi mereka tak tahu yang sudah jatuh kat tanah sudah berulat dan yang di dahan paling rendah adalah buah epal yang tidak elok.” Panjang lebar dan penuh semangat dia memberi tazkirah kepadaku. Kerana kasihan aku mengangguk tanda memberi perhatian kepada apa yang dikatakannya.

“Kalau kau nak tahu epal yang berada pada dahan paling tinggi adalah epal yang paling sedap dan elok. Ramai lelaki tak tahu ini. Aku rasa hanya lelaki bodoh yang berebut-rebut nak capai epal paling bawah. Sebab tu aku tak kisah kalau pakwe aku nak minta putus dengan aku pun. Hanya lelaki yang betul-betul berani akan panjat ke atas untuk dapatkan epal yang paling tinggi. Kau pun kena jadi epal yang paling atas juga,” dia mengakhiri tazkirahnya dengan secebis nasihat yang memang aku rasa tidak berguna lagi meloyakan. 

Sungguh selepas itu, aku campak terus nasihat dia dalam tong sampah. Sebab pertama adalah kerana dia menipu dengan mengatakan dia tidak kisah pakwenya minta putus padahal setiap minggu dia nangis bila tahu jantan tu ada betina lain. Kami semua di sini tahu yang pakwenya itu kaki betina. Sebab kedua kerana aku rasa dia bukan berada di tempat paling tinggi tetapi dia adalah epal yang sudah tergolek di tanah. Kononnya dia mahu tunggu lelaki yang berani panjat ke atas tapi dia sendiri yang terdesak akhirnya menggugurkan diri dari tangkai untuk jatuh ke bawah supaya diberi perhatian.

Tidak sampai seminit selepas itu, aku meninggalkan dia dengan video-video kesayangannya lalu segera kembali ke bilik kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi penghayatannya. Epal di dahan paling tinggi ya? Aku tidak mahu menjadi epal itu. Sebenarnya aku tidak boleh sekalipun aku mahu. Kerana aku sekarang sudah berada di bawah. Aku adalah epal yang jatuh ke tanah. Tetapi aku bukan epal yang busuk juga bukan yang berulat. Aku sudah berubah menjadi lebih baik, lebih tinggi daripada epal di atas awan. Sebabnya aku sekarang adalah sepohon pokok epal yang kecil. Anak pokok epal yang baru mahu tumbuh.

Aku tidak perlukan lelaki yang paling gagah atau paling berani untuk panjat ke atas mencapai aku. Lantaran itu aku tidak meletakkan kedudukan aku di tempat paling atas. Lagipun prinsip aku adalah untuk tidak menyakiti orang yang aku sayangi. Sekiranya kau terjatuh semasa cuba mencapai aku, bukankah itu bermakna kau akan cedera sekaligus aku telah menyakiti kau? Bagi aku, lelaki yang kau sayang, kau perlu melindunginya sepertimana dia melindungi kau.

Sebab utama aku tidak mahu menjadi epal biarpun di dahan paling tinggi adalah kerana aku memberikan kau lebih dari apa yang mampu diberikan sebiji epal. Buat apa kau bersusah payah mencederakan diri semata-mata demi sebiji epal cuma? Sebiji epal yang hanya mampu memberikan kau kekenyangan dan kenikmatan yang sementara dan selepas itu kau akan lapar kembali lalu terpaksa mencari epal yang lain. Kau terpaksa memanjat lagi dan mencederakan diri kau sekali lagi. 

Aku mahu menjadi pokok epal yang berbuah lebat supaya kau tidak akan pernah berasa lapar, aku mahu menjadi pokok epal yang rendang yang dapat melindungi kau dari terik mentari dan memayungi kau ketika hujan.

Definisi aku bagi perempuan yang hebat adalah seperti sepohon pokok epal bukan sekadar buahnya. Dan perempuan yang hebat bukanlah yang berada di dahan paling atas, atau yang bertudung paling labuh mahupun yang kelihatan paling baik di antara yang baik. 

Perempuan yang hebat adalah seperti sepohon pokok epal yang kecil.Yang kau memang tidak pernah perasan ketika dia masih lagi pokok kecil. Yang kau memang tidak mahu pandang kerana bagi kau ianya tidak berguna lalu kau berusaha sehabis daya untuk mencapai epal di dahan yang tinggi. Tetapi kalau kau membawa anak pokok itu balik, menyiraminya setiap hari dan membajainya dengan kasih sayang tentu ia akan memberi kau balasan yang lebih baik dari apa yang kau kerjakan. Walaupun kau terpaksa menunggu lebih lama dan pastinya memberi lebih komitmen daripada sekadar memanjat untuk sebiji epal namun pulangannya adalah berbaloi dengan apa yang kau beri. Jika kau menjaganya sehabis baik, tentulah dia akan membalas sehabis baik juga. 

Bila kau lihat pokok epal kau sudah besar dan berbuah lebat nanti, kau boleh berdiri megah sambil melaung kepada lelaki-lelaki lain yang masih terlompat-lompat macam beruk untuk mencapai buah epal mereka, 

“Nah lihatlah, ini hasil penat lelah aku selama ini. Sekarang ia sudah membuahkan hasil. Setiap titik keringat aku tidak sia-sia dan setiap masa yang aku luangkan berbaloi. Dan kau semua masih lagi melakukan perkara yang sia-sia. Alangkah baiknya kalau kau semua juga tersedar seperti aku bahawa yang perlu kita cari bukan buah epal sebaliknya pohonnya. Sepohon epal yang mampu menemani kita hingga ke hari tua. Sepohon epal yang mampu mengenyangkan kita sampai bila-bila.”

 Sekarang sudah jelas kan mengapa aku tidak mahu menjadi sebiji epal biarpun di tempat paling tinggi. Sekarang memandangkan kau sudah tahu, berjanjilah kau akan memandang bawah untuk mencari aku dan tidak lagi memandang epal-epal yang berada di atas dahan semata-mata. Berjanjilah kau akan membawa aku pulang dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Dan kalau kau melakukan itu maka aku memberikan janji aku untuk membalas balik setiap titis kasih sayang yang kau curahkan. Setiap titisnya. Dan mungkin lebih dari itu. Kau boleh berjanji dengan aku kan? Janji ya?



Be a tree not just an apple.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

3 comments:

Sunah Sakura said...

fuhh..penuh pengertian entri kali ni...

Sofinah Lamudin said...

Salam satu Malaysia..

Epal yang dikaitkan dengan perempuan. Cukup membingungkan. hehehe...apa pun, ignore saja perkara negative yang kita dengar. peace. :)

Saya datang blogwalking..
Jemput lah ke blog sy juga...

http://www.sofinahlamudin.com/

atau

http://www.mohdnasyit.com/

Entry terbaru :

1.Team Jana Wang Percuma bersama Sofinah Lamudin : http://goo.gl/hm0qm
2.Fotografi by Mikoe Namiey : http://goo.gl/5kY2e
3.Perbezaan Bergantung, tidak bergantung dan saling bergantungan : http://goo.gl/N3zKS
4.Its Thursday and i should do something GREAT! : http://goo.gl/ua71R
5.Just let they know and compare which one better : http://goo.gl/A632k

Thanks! sama-sama kongsi entry ye. :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@sunahsakura: penuh pengertian bagi orang yang mengerti... :)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat