Legan
menatap aku. Tajam pandangan mata biru besarnya menagih jawapan.
“Manusia
selalu memungkiri janji untuk kepentingan sendiri , Anna. Bangsa awak satu
satunya makhluk yang merosakkan planet tempat tinggal mereka dan mereka sedar
mereka sedang rosakkannya.”
Aku angguk
kecil. Mengakui kebenaran kata-katanya. “Saya tahu.”
“Saya
selalu anggap awak berbeza dari mereka , Anna. Tapi hari ini awak membuktikan
andaian saya salah. Aku dan bangsa awak adalah makhluk pemusnah yang gemar pada
kerosakan. Bangsa yang sanggup memusnahkan apa saja untuk kepentingan diri
mereka. Awak berjanji untuk tidak mengkhianati saya tetapi hari ini awak berada
di pihak mereka. Awak memungkiri janji awak Anna.”
Legan tidak menengking atau
memarahi aku. Dia cuma mengingatkan aku pada janji yang pernah aku buat.Inilah
kali pertama aku nampak dia sebegini serius.
“Harith,”
Kapten Ikhwan mengisyaratkan sesuatu kepada Harith yang sudah sedia menanti.
Lelaki itu mengangguk tanda faham. Pistol berisi ubat pelali di tangannya
disasarkan ke arah Legan. Aku mendekati Legan sebelum picu pistol ditarik.
Melekapkan kedua belah telapak tangan ke pipi dia sepertimana yang selalu
dilakukannya kepadaku. Aku memaksa mukanya menghadap aku namun dia enggan
menuruti kehendakku. Reaksi penolakan itu sedikit mengejutkan aku sekaligus
menimbulkan rasa aneh. Biasanya manusia yang selalu bertindak demikian didorong
oleh rasa marah akibat dikhianati.
“Legan,
awak boleh lihat apa yang ada dalam diri saya. Beritahulah jika benar saya
telah mengkhianati awak,” saranku berdiplomasi apabila dia enggan memandang
aku.
Caraku ternyata berhasil. Legan berpaling, meletakkan kedua belah tapak
tangan di atas pipiku lalu memejamkan mata. Sebentar kemudian, dia membuka
semula matanya. Legan menatap aku dengan mata biru besarnya seperti biasa.
Renungannya tidak lagi tajam.
“Saya tidak
pernah memungkiri janji saya kepada awak Legan. Saya tidak akan mengkhianati
awak. Awak mesti mempercayai saya,” ujarku sambil menatap tepat ke dalam mata
birunya.
Legan
mengangguk. “Saya percayakan awak Anna...” seusai mengucapkan itu dia
memejamkan mata.
Harith yang berada tidak jauh dari kami mengisyaratkan
kepadaku bahawa dia mahu melaksanakan tugasnya sekarang. Aku angguk sekali
tanda membenarkan. Peluru berisi ubat pelali ditembak. Tepat mengenai leher
Legan. Aku menyambutnya untuk menahan dia dari jatuh terus ke tanah. Harith
bergegas mendapatkan kami ketika aku sudah melutut di atas tanah dengan memeluk
Legan. Dia dan rakannya menarik Legan menjauhi aku. Pelukan kemas aku terlerai.
Aku
memerhatikan Legan dibawa pergi dengan perasaan yang berat. Bukan separuh malah
seluruh hati ini enggan membenarkan mereka membawanya pergi tetapi aku tidak
punya pilihan lain. Dibandingkan dengan mereka, sebesar manalah kekuatan yang
aku punya. Lebih dari itu seluruh dunia yang menetapkan keputusan ini, maka
wajarkah aku mendepangkan tangan di hadapan Legan untuk melindungi dia lalu
menentang seisi dunia?
“Berjanjilah
yang awak tidak akan mengapa-apakan dia,” pintaku menagih janji yang ditawarkan
oleh Kapten Ikhwan.
Lelaki itu
mengangguk. “Don’t worry. He’s in good hands. You can sit back and relax now.”
Dia
mengukir senyum sekilas sebelum mengarahkan pasukannya beredar dari situ.
Walaupun mereka telah hilang dari pandangan, aku masih berdiri kaku di
situ.Entah mengapa naluriku meragui senyuman lelaki itu.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment