Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, January 31, 2013

Kepada Saudara Perempuanku (Surat 1).


 
INI TENTANG DIRI DAN KEHIDUPAN KAU.


Kepada saudara perempuanku,

Kalau kau rasa kau bukan orang yang disebut di atas dan nak baca juga, silakanlah baca. Dah mata kau takkan aku nak halang pula, ya dak? Pfftttt...Okay, mari kita mulakan.

Ini bukan satu nasihat, peringatan, amaran taufan Sonamu atau apa jadah lagi. Ini hanya untuk bacaan kau saja, tak lebih dari itu dan tak kurang dari itu. Ambillah apa yang kau mahu dan tinggalkan apa yang kau tak mahu di sini.

First thing first. Pertama sekali aku nak beritahu kau. Jadilah diri kau sendiri. Pakailah apa yang kau mahu.

 (Suara-suara sumbang di belakang: jadahnya nasihat gila apa ni?) Dah aku cakap ini bukan nasihat, bodoh. Itu baru maksud tersurat, ada lagi maksud tersiratnya ni. Jangan nak serbu tembok jak, bagi Firewall sebiji baru tahu.

Okay, jadilah diri kau sendiri maksudnya buatlah apa yang kau suka, yang kau betul-betul rasa nak buat. Jangan sebab kau nak jaga hati orang lain, kau jaga pak turut dan kau selalu takut nak cakap sesuatu. Kalau kau rasa perlu maki, kau maki dan hamun serta caci sekali. Jangan simpan lama-lama perasaan marah dalam hati, takut bertukar jadi dendam lagi susah nanti. Lagi banyak dosa yang kau perlu tanggung. 

Kalau kau tengah berbincang atau buat tugasan berkumpulan, mesti ada salah seorang dari kawan-kawan(kononnya kawan kau) akan buat dajal. Selesaikan semua masalah dan perasaan tak puas hati di situ juga. Kalau kau rasa kau betul, semua orang lain setuju tapi dia seorang yang membangkang, pastikan kau ada segelas minuman sejuk di hadapan kau ketika itu.

Curah ke atas dia? Oh tidak...tidak. Aku bukan mengajar kau jadi jahat sangat, jahat sikit-sikit lebih afdal. Habiskan dulu minuman sejuk kau. Membazir itu amalan syaitan tahu. Lepas dah habis baru baling ketul-ketul ais ke mukanya. Sambil baling, sambil sebut ayat-ayat yang dibaca masa para jemaah haji rejam syaitan (lupa apa nama tempat tu). Lepas tu, apa jadi kau pandai-pandailah tanggung sendiri. Yang penting hati kau puas. Hahahaha...

Kedua, mengenai kawan perempuan kau. Biar aku beritahu kau sesuatu yang kau perlu ambil sama ada kau mahu atau tidak. Jangan percaya seratus peratus kawan perempuan kau, kalau kawan lelaki kau boleh percaya selagi dia bukan teman lelaki kau. Biar aku beritahu kau sesuatu yang benar tetapi tak ramai perempuan tahu. Tiada istilah BFF dalam persahabatan antara perempuan dan perempuan okay? Faham maksud aku? Bukan bermaksud tiba-tiba kawan kau bertukar jadi lesbo ke apa, bukan itu yang aku mahu sampaikan. 

Sekuat mana pun persahabatan kau, setinggi mana pun kau percayakan dia, sebanyak mana pun dia kata kaulah kawan baik dia dunia akhirat, dengar apa aku kata, jangan percaya 100%. Perempuan memang makhluk yang dijadikan tamak dan tak pernah puas, maklumlah kita kan 9 nafsu, akal cuma satu. Jadi berkawan dan bergaullah sekadar yang perlu sahaja supaya suatu hari nanti bila kawan perempuan kau mengkhianati kau, menikam belakang kau, kau takkan tersungkur menyembah bumi dan tak bangun-bangun lagi (apa kau cacat ke tak nak bangun lagi?)

Saudara perempuanku, sedalam manapun tali persahabatan kita, kita takkan mampu menyaingi ikatan persahabatan lelaki yang lebih kukuh. Ya, ini kenyataan yang menyedihkan, aku tahu. Tetapi inilah hakikatnya. Walaupun kita kata lelaki makhluk yang ego, tak guna, pengotor, pemalas, jijik dan hina dina tetapi mereka adalah sahabat yang paling baik dan paling setia. They are those who will reach their friends in need although it requires them to travel 10 million miles away. Yes, this is true. Sadly, this isn’t the same for us, girls. So bear it in your minds. Always.

(Melainkan kawan kau bernama Latifah, okay tak dak kaitan.)

Saudara perempuanku yang diingati,

Kita perlu belajar untuk hidup tetapi kita juga perlu hidup untuk benar-benar mendapatkan ilmu.

Kau masuk universiti, belajar untuk mendapatkan kelulusan, diploma, ijazah, Master, PhD dan lagi(ada lagi ke?). Kau lakukan itu kerana kau perlu kelulusan untuk bekerja dan kau perlu bekerja untuk mendapatkan duit. Tidak ada cara mudah untuk dapatkan duit. Okay ada, minggu depan kita pergi rampok(rompak) bank, kita ambil plat emas yang lebih berharga dari duit barulah kita kaya raya. Okay, set? Nanti kita calling calling ya.

Belajar sungguh-sungguh, bekerja keras-keras, itu adalah rutin hidup manusia. Ia bukan lagi pilihan sekarang, ianya adalah mandatori,  tidak ada jalan lain  untuk kau mengelak bila ini sudah jadi trend serta keperluan. Aku beritahu ini bukan sebab mahu suruh kau tak ikut trend remaja masa kini dan tiba-tiba jadi pengemis atau penghibur jalanan sebab nak lari dari kebiasaan walaupun kau ada sikit bakat nak jadi dramatis over-tapi-tak-laku atau suara standard penyanyi YouTube. Bukan, bukan.

Hidup untuk benar-benar belajar maksud aku adalah menikmati hidup kau dan bergembira dengan apa yang kau buat sekalipun kau membencinya. Tiada maknanya kau belajar sampai mampos di universiti kalau kau tidak mendapat ilmu tapi sekadar mata( pointer). Pencapaian terhebat yang boleh kau peroleh bukanlah pointer 4.00 supaya kau dianugerahkan Anugerah Naib Canselor tetapi adalah belajar mencintai sesuatu pelajaran yang kau benci. Kerana bila kau cinta, kau akan mempunyai minat yang mendalam(passion) terhadapnya dan bila kau punya minat sebegitu, segala-galanya akan jadi lebih mudah. Pendek kata kau tak perlu mengulangkaji pelajaran 25 jam sehari, kau boleh duduk goyang kaki minum dan bersosial di pub, clubbing, bar hopping, dancing dan sebagainya namun kau tetap dianugerahkan Naib Canselor dengan pointer 4.00++. Terbeliak biji mata Naib Canselor kau nanti.

Saudara perempuanku yang kadangkala dikasihi,

Hidup ini singkat dan ia mungkin lebih singkat dari apa yang kau sangkakan. Jadi belajarlah menghargai dengan sebenar-benar penghargaan. Belajarlah menikmati dengan sebenar-benar kenikmatan. Belajarlah untuk bernafas dengan benar-benar bernafas bukan sekadar menyedut udara. Hiduplah dengan sebenar-benar kehidupan bukan hidup tetapi bagaikan zombi atau robot yang bergerak tetapi tiada jiwa serta hati.

Buatlah sesuatu yang benar-benar lahir dari jiwa kau. Ucaplah terima kasih dengan sebenar-benar keikhlasan. Ketawalah sepuas-sepuasnya. Menangislah sepuas-puasnya. Hiduplah sepuas-puasnya. Jangan hidup dalam pura-pura, jangan jadi manusia yang hipokrit. Biarlah kita jadi perempuan yang dibenci dari menjadi antara perempuan-perempuan yang dicintai kerana ke “hipokrit”an mereka.

Lakukanlah apa yang hati kau mahu kerana kadangkala kau tidak akan mendapat kedua untuk melakukannya. Hiduplah sepuas-puasnya supaya kau boleh bergembira dengan sebenar-benar kegembiraan. Supaya kau boleh tersenyum apabila semua orang menangisi kematian kau nanti. Itupun kalau kau masuk syurga la, kalau kau masuk neraka, mungkin kau akan menangis dari hebat dari orang yang melawat jenazah kau. (Lintang pukang mereka semua lari nanti)

Jangan berhenti hidup, jangan berhenti berusaha, jangan berhenti percaya selagi kedua-dua belah kaki kau belum selamat memasuki syurga.

Saudara perempuanku,

Akhir kata sebelum kita bertemu lagi di lain lembaran,

Do not live bowing down,

You must die standing up.

Jangan hidup menekur tanah,

Matilah dengan berdiri megah.

Jangan hidup dengan ketakutan sehingga kau terpaksa berjalan menunduk kepada manusia lain, kau mesti hidup dengan berani sehingga kau tidak takut menghadapi maut sekalipun dengan berdiri tegak.



Jangan setakat baca ja.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

silent said...

awww....terharu

Sarah Sayuri Hartnett said...

@silent: awww...you are most welcome.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat