Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, January 4, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 2.



Damon Stefan.Tiada motif.


 
                 Surat di tangan aku koyakkan sekuat hati. Aku carik-carikkan sekeping kertas itu sehingga menjadi cebisan halus. Aku campakkannya ke dalam tong sampah lalu kutendang tong kecil itu kuat. Tong sampah terbalik. Habis cebisan kertas tadi bertaburan di lantai bilikku. Ya,ini perbuatan bodoh dan sia-sia. Melepaskan kemarahan pada benda tidak bernyawa memang tidak berguna. Tapi ada yang lagi bodoh dari ini. Ianya adalah mempercayai seorang penipu tidak akan menipu kau. Atau mengambil janji seorang pengkhianat yang mengatakan dia tidak akan mengkhianati kau. Dan kedua-dua perkara di atas telah dilakukan oleh aku. Jadi, itu menjadikan aku manusia paling bodoh di muka bumi.

               “Anna,” suara seseorang menghentikan aku dari menjadikan benda lain sebagai sasaran buat meredakan kemarahan. Suara dia menyalakan api marahku hingga ia menjulang tinggi. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Berpura-pura meneliti tilam yang sudah dibogelkan cadarnya, buku-buku yang tersusun kemas dalam kotak dan almari pakaian yang telah kosong. Hati yang marah menghalang aku dari menjamah wajahnya. Mendengar suara dia pun hatiku terasa pedih bagai disiat-siat.

               Bagi seorang pengkhianat,untuk berhadapan dengan orang yang sudah dikhianatinya pasti sangat sukar. Tetapi dia sedang berdiri di muka pintu dengan selamba. Reaksi di wajahnya tenang tidak terusik seperti air tasik. Berani betul dia untuk bersemuka denganku. Muka temboknya tentu berlapis-lapis tebal sampai dia tanpa rasa malu datang mencari aku.

               “Berambus dari sini. Aku tak mahu tengok muka kau,” aku bersuara keras tanpa sebarang emosi. Sekalipun aku hempapkan segunung kemarahan di kepalanya itu masih belum cukup untuk menyingkirkan waima segaris rasa marah yang terkumpul. Sungguh tidak boleh dipercayai bagaimana dia boleh berdiri di sini dengan megah selepas apa yang dilakukan. Kalau tidak melihat dengan mata sendiri aku tidak akan percaya manusia sepertinya wujud di atas muka bumi. 

               “Aku tiada pilihan lain,” dia beralasan. Dari mana datangnya keyakinan dia untuk bersemuka denganku hanya untuk menabur alasan rapuh sebegini? Pasti dia menggunakan alasan bodoh ini untuk menghapuskan rasa bersalahnya. Sewenang-wenangnya dia melambakkan alasan bukan untuk meminta kemaafan tetapi pemahaman dan mungkin simpati aku. Apakah selama ini aku belum cukup memahaminya atau belas kasihan yang diterima dia kurang dari apa yang diharapkan?

              “Aku tidak akan muncul di depan kau selepas ini.Dan aku harap aku tidak perlu tengok muka kau lagi.” Aku pandang dia. Dia membalas pandanganku tanpa ragu.

“Anna...”

“Kita tidak perlu bertemu biarpun sebagai orang asing,”putusku bersama hati yang tinggal separuh.

“Anna...”

               Aku benci dengar dia mengulangi namaku dengan yakin tanpa sedikitpun rasa bersalah. 

               “Get lost.Even in hell, I hope I wouldn’t meet you.”

              Sedih bukan jadi aku?Kau hanya perlu mengatakan yang kau menyayangi aku maka aku akan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan kau. Bagi seseorang yang tidak pernah ada apa-apa ikatan dengan orang lain, bagi seseorang yang pertama kali diberi peluang menyentuh rasa sayang yang selama ini didengarnya dari mulut orang sahaja, bagi seseorang seperti itu, jika dia boleh memiliki suatu hubungan,dia akan bersetuju biar apa pun harga yang harus dibayarnya. Manalah aku tahu inilah harga yang perlu kubayar untuk sebuah persahabatan.




                                             END OF EXCERPT 2. 


 


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat