Suasana
jadi kelam kabut apabila siren kebakaran dibunyikan. Orang ramai yang sedang
enak menikmati keindahan selat Johor dari atas Danga Bay Cruise bertempiaran lari.
Mereka yang berada di dalam kapal meninggalkan makanan masing-masing lalu
berlari keluar ke dek.Hanya aku seorang berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa.
Aku membiarkan orang ramai berlari di
kiri dan kananku seperti membiarkan angin lalu.
“Keluar
cepat!Keluar!” seorang lelaki menjerit memanggil teman wanitanya yang berada
dalam tandas.
Aku memerhatikan lelaki itu berlari menyelamatkan dirinya tanpa
menunggu kekasih hati. Ketika keadaan kecemasan sudah tentu manusia akan
mengikut naluri sendiri iaitu menyelamatkan nyawa masing-masing dahulu sebelum
memikirkan orang lain waima orang tercinta sekalipun. Ada satu hal yang bagus
mengenai peristiwa ini iaitu kita boleh tahu siapa yang benar-benar menyayangi
kita dan siapa yang cuma menggerakkan bibir untuk menipu.
“Anna!!Anna?!”
suara Mr Salvatore hilang di celah-celah bunyi keriuhan orang ramai yang panik.
Aku nampak dia menyusup ke sana ke mari untuk mencari aku.
Antara lelaki ini
dan lelaki yang meninggalkan teman wanitanya tadi, bezanya tentu seperti langit
dan bumi. Kerana perbezaan itu juga, aku tidak seculinpun ragu bahawa dia akan
mencari aku. Dengan tenang aku menapak ke arahnya. Dia yang gagal menemui aku
dalam kalangan mereka yang berteriakan meminta tolong kelihatan cemas benar. Aku
menghulurkan tangan lalu memegang tangannya ketika dia masih melilaukan
pandangan ke merata kawasan kapal.
Spontan dia
menoleh. Pandangan kami bertaut. Dia memandang aku seolah olah dia sudah
menemui harta karun yang tertanam selama seribu tahun.
“Kau ke
mana? Kau mau kasi aku kena sakit jantung?” soalnya bernada marah tetapi aku
tahu dia bukan benar-benar marah. Soalan itu kubiarkan dibawa angin selat
Johor.
Aku tidak
bersuara dan cuma merenungnya. Sekarang aku yakin kalau langit jatuh menghempap
aku sekalipun, aku tidak perlu melarikan diri selagi lelaki ini ada bersamaku.
“What would
I do if anything happen to you?” Mr Salvatore menyoal diri sendiri ketika aku
sudah dibawa ke dalam pelukannya. Saat ini, aku pasti dia sudah lupa terus
pertengkaran kami dan rasa marah menggilanya tadi. Baru aku mahu menghayati
bunyi degupan jantungnya, dia tiba-tiba meleraikan pelukan kemas.
“Kita perlu
tinggalkan kapal ini.Sekarang,” beritahu dia dengan cemas.
Aku melihat
sekeliling.Hampir separuh dari penumpang sudah terjun ke dalam air laut
walaupun petugas kapal cuba menghalang.Ada yang berpaut di tepi badan kapal
dalam usaha menyelamatkan diri. Ada juga yang berlegar-legar macam orang hilang
akal kerana sudah buntu mencari jalan keluar. Di satu sudut lain, sekumpulan
penumpang berebutkan pelampung dan jaket keselamatan dengan petugas kapal.Apa
yang kulihat sekarang mengingatkan aku kepada sesuatu.
“Kau tak
rasa yang kita macam berada dalam Titanic sekarang?” Aku ketawa di hujung
soalan. Mr Salvatore merenung aku dalam-dalam. Ada rasa tidak percaya dalam
renungannya.
“Don’t tell
me that you...” kata-katanya dibiarkan berhenti separuh jalan. Dia seakan dapat
mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Mr Salvatore sentiasa tahu apa yang aku
mahu dia tahu walaupun aku tidak memberitahunya.
Aku
keluarkan sepuntung rokok miliknya yang kuambil tanpa kebenaran tadi. “Ini
bahan bukti. Orang lain tak boleh jumpa.” Rokok itu kucampakkan ke dalam laut.
Dia memerhati tindakanku sambil menggeleng kepala tidak percaya.
“Kau
benar-benar akan buat aku mati sebab sakit jantung.”
“Jangan
risau, sayang. Aku tidak akan benarkan kau mati. Kau tidak lupa yang aku boleh
buat CPR dengan baik bukan?”
Kata-kataku tidak berjaya mengambuskan pelbagai
rasa yang menggusarkan hati Mr Salvatore. Dia mempamerkan kekesalan terhadap
tindakan gilaku lewat tatapan mata.
“Mari, aku
mahu tunjukkan kau sesuatu. Kau pasti suka.” Aku menarik tangannya untuk
memaksa dia bergerak ke dek paling hujung. Mr Salvatore melangkah bersama hati
yang berat.
“Nampak tak
Abe We (Abang Wan)tadi kat sana?” Aku menuding jari ke arah sesusuk tubuh
manusia yang sedang berhempas pulas berenang menyelamatkan diri dari kebakaran
yang disangkanya benar-benar berlaku. Lelaki yang tadinya begitu gagah mengajak
Mr Salvatore beradu tenaga kini bagai seekor kucing ketakutan yang dicampak
dalam air.
“Sayang,
kau nda perlu...”
“Puas hati
sekarang?” Pintasku cepat-cepat sebelum dia membuka mulut. Mr Salvatore geleng
kepala.Aku ulang soalan yang sama.
“You don’t
need to...” dia masih tidak puas hati. Mungkin tidak bersetuju dengan
tindakanku.
“Puas hati
sekarang?” Mataku mencari matanya. Memaksa dia bersetuju. Ketika dia mengunci
mataku dengan pandangannya, aku biarkan sahaja. Apalah sangat sekadar mengunci
mataku kerana kunci hati aku pun sudah berada dalam tangannya.
“Ya, puas
hati,” akhirnya lambat-lambat Mr Salvatore mengangguk.
“Maaf sebab
tadi. Bukan aku tak percaya kau akan menang tapi tak ada gunanya kita rosakkan
makan malam versi Titanic kita sebab Abe We tu,” aku menghamparkan sebab logik
untuk tindakanku apabila Mr Salvatore kembali memandang aku dengan pandangan
biasanya.
“I’m sorry
too. I’ve ruined your romantic Titanic candle-light dinner sayang.”
Aku senyum.
Sebenarnya kerana dialah makan malam kami benar-benar menyerupai makan malam di
Titanic. “It’s okay. Now let’s say hi to Abe We, shall we?”
Aku melambaikan
tangan ke arah lelaki yang terkapai-kapai cuba kekal terapung. Mr Salvatore menangkap
tanganku lalu menggerakkannya sekali. Kami melambai bersama-sama. Masuk
lambaian kali ketiga aku ketawa.
“Nda bagus
buat urang(orang) macam ni sayang. Kau tahu bukan?” Mr Salvatore berhenti
melambai sekaligus menghentikan tangan aku dari terus bergerak. Dia menatap aku
lama-lama agar tegurannya aku lekatkan dalam ingatan. Lelaki ini sentiasa tahu
bila dia perlu menegur dengan cara yang baik. Aku angguk. Sebab dia Mr
Salvatore aku. Dan Mr Salvatore selalunya betul. Aku tidak perlu menimbang baik
dan buruk dahulu kerana semua nasihatnya adalah untuk kebaikanku.
“Kau nda
buat begini pun, aku tetap sayang kau. Kau tahu bukan?” Melihat aku sudah
tertunduk macam pesalah, Mr Salvatore mencuit hidungku. Spontan bibir aku
mengukir senyum.
“I know. I
love you too.”
Aku meletakkan kepala di dadanya. Mahu sambung menghayati bunyi
degupan jantung Mr Salvatore. Dia memelukku dengan sebelah tangan. Jika
didengar menggunakan stetoskop, setiap jantung yang berbeza punya degupan
tersendiri. Dan untuk pemilik jantung ini, aku tidak teragak-agak untuk terjun
ke dalam laut bersamanya walaupun aku tidak tahu berenang.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
4 comments:
okay,menantikan seterusnya wlpn sekian lama tak bukak..
@awieKashi: okay jugak. menantikan komen seterusnya
Kau ada d johor ka skg ni?
@mr salvatore: lain kali bila jalan tu tgok sekeliling sama,sayang.
Post a Comment