Pertelingkahan
mereka membingitkan telingaku.Aku memerhatikan satu persatu raut wajah
presiden-presiden serta ketua-ketua negara yang berada di hadapanku.Mereka yang
cukup matang untuk mengepalai negara masing-masing kini berkelahi macam
budak-budak tadika.
Aku pandang Presiden Amerika yang sedang bertekak dengan
Presiden Korea. Pandanganku beralih kepada Presiden China yang
bersungguh-sungguh berhujah menentang Perdana Menteri Jepun. Kemudian pada Presiden
Israel yang cuba menonjolkan kekuasaannya bagi mengetuai semua ketua-ketua
negara yang ada. Terakhir pandanganku jatuh pada Perdana Menteri kita yang
duduk dengan tenang sambil membicarakan sesuatu dengan Pengerusi PBB.
Tanganku
menghempas meja bulat besar itu tanpa sedar.Semua mulut berhenti bercakap.Semua
mata menghala ke arahku.
“What is
wrong with all of you?!”soalku marah.Aku tidak peduli lagi dengan siapa aku
bercakap sekarang.Kelakuan mereka menjengkelkan hatiku.
“Miss
Anna?” Presiden Filipina yang bingung cuba mendapatkan sebab aku bertindak
begitu.
Aku
memerhatikan mereka yang kelihatan tercengang memandangku. “This is not the
time to fight with each other.”
“But we
must find a plan. A very good plan. There must be something that we can do.”
Presiden Amerika menjelaskan tindakan dia beradu lidah dengan yang lain.
“Someone
needs to do something about this,”tingkah Presiden Israel bongkak.
“You do not
understand, don’t you? There’s no need to find a plan. There’s no need to do
anything.” Aku bertegas.Cuba membuatkan mereka faham. Masing-masing melemparkan
pandangan tidak puas hati.Mereka tidak bersetuju dengan kata-kataku.
“We have
responsibilities for our countries and for our citizens. We can’t just sit here
doing nothing.” Presiden Rusia bersuara dalam bahasa Inggeris pelatnya.
“I’m sorry
to say this but you can’t do anything about it,”ujarku sejujur mungkin.
Walaupun mereka semua enggan percaya, biar seluruh dunia meragui,namun inilah
hakikatnya. Aku hanya memberitahu mereka perkara yang benar. Sama ada mereka
mahu terima atau tidak,inilah kebenarannya. Presiden Israel merenung aku tajam.
Aku sangat benci melihat lelaki ini. Jika tidak kerana keadaan kecemasan
sebegini, mati hidup balik pun aku enggan berjumpanya.
“And why
can’t we?” soalnya dengan nada mencabar.
“Because
this world is going to die. We all are going to die.”
* * * * * * * * *
“You are my
world, Anna. I’ll never let anybody hurts you.” Mr Salvatore membisikkannya di
telingaku. Spontan senyumku terukir.Perasaan aku ketika ini sangat bahagia.
Seperti seseorang telah meletakkan bumi dan segala isinya dalam genggamanku.
Aku
memusingkan tubuh ke belakang. Menghadap Mr Salvatore, menatap matanya
dalam-dalam sebelum membalas, “And you
are the king of that world.”
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment