Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, January 27, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 6.



Sekadar gambar hiasan.
 

Aku Anna.

Anna Maria.

Seorang penganut Kristian yang baik.

Dan dia Mr Salvatore aku.

Seorang Muslim.

Dia penganut Islam yang taat pada agamanya.

              Mencintai seseorang bermakna kau mencintai segala yang datang bersamanya. Kebaikan mahupun keburukan. Kerana mencintai Mr Salvatore, aku juga mencintai agama dan kepercayaannya.

“Here I am tonight to sleep,

I pray to Lord my soul to keep;

If I die before awake,

I pray to God my soul to take.”

-Amen-

               Sebelum tidur, aku dan rakan-rakanku diajar untuk berdoa oleh Sister Bertha. Kami akan berlutut beramai-ramai di sisi katil lalu menyebut doa dan mengaminkannya. Kata Sister Bertha, seorang penganut Kristian yang baik akan menyerahkan jiwanya kepada Tuhan untuk dijaga sebelum tidur agar nanti sekiranya Tuhan mahu mengambil nyawanya di dalam tidur, dia akan mengambilnya dengan cara yang paling lembut.

               Kata Sister Bertha kami harus percaya bahawa jiwa jiwa yang berada bersama Tuhan adalah jiwa yang baik, jiwa jiwa yang jahat akan dilemparkan ke neraka. Sebab itu kami harus berdoa sebelum tidur.

                Selepas mengulangi ayat yang sama setiap kali, dia akan memadamkan lampu lalu keluar dari bilik asrama kami. “God Bless,” ucapnya kepada kami dalam suara perlahan sebelum menutup pintu. Aku akan memejam mata dan tidur dengan tenang kerana aku percaya apa yang diberitahu oleh Sister Bertha.

                Selepas bertemu Mr Salvatore, aku sudah tidak berdoa lagi sebelum tidur. Malah aku juga telah tinggalkan amalan kebiasaan yang selalu aku lakukan. Semasa di meja makan, aku mengaminkan doa yang dibaca olehnya bukan lagi mengaminkan doa yang diajar oleh Sister Bertha. Kerana mencintai lelaki ini seluruhnya aku mahu mempercayai dia sepenuhnya.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat