Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, February 27, 2013

Aku Tetap Sambut Krismas Walau Masuk Neraka.



Hari tu aku ingat lagi, aku post pasal benda ni. Krismas and Santa Claus.

Teruk juga la aku kena hentam sampai dah tak tahu mana nak letak Shampoo Schwarzarkoff aku.

Memandangkan aku buat tajuk yang panas, jadi aku sudah menjangkakan reaksi yang 'panas' dari pembaca.

Tapi aku tak kisah sangatlah sebab aku tahu siapa yang hentam aku. Biasalah adat dunia, orang kutuk kau sebab orang sayang kau kan? Kalau orang benci, orang tak ambil peduli.

Bagi aku Krismas adalah tentang berkumpul bersama-sama ahli keluarga. Macam satu majlis makan malam yang besar juga. Santa Claus adalah orang gemuk yang pakai baju warna merah putih. Itu saja. Tiada apa yang nak 'dikafirkan' atau 'dikhurafatkan'. Malah, bagi orang yang mengatakan itu haram, ini haram, sebenarnya dia tidak sedar dia lebih banyak buat perkara haram. Ya, ya manusia memang lumrahnya begitu. Kuman di seberang laut juga yang mahu dilihatnya.

Tetapi jangan risau, aku tidak menyambut Krismas sepertimana yang kau fikir atau sangkakan aku menyambutnya. Sejahat-jahat aku, aku tidak jahil agama tahu. Kalau ada ceramah Ustaz Don di TV ketika aku sedang membaca komik Lawak Kampus, aku akan berkejar mendapatkan Ustaz Don dahulu (mendapatkan ni dalam maksud literal sahaja, maksud sebenar adalah pergi mendengar ceramah dia dahulu).

Suara-suara sumbang di belakang: Sarah Sayuri memang nak masuk neraka bila mampos nanti!

I've been there, you know. It's scary as hell! Dan neraka bukannya satu playground untuk kau bermain-main dengan suka hati. Jadi jangan sebut jika kau tak memaksudkannya.

Jadi jangan risau tentang syurga dan neraka aku. Aku tahu betapa teruknya kehidupan di neraka lebih dari yang kau tahu. Dan aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak ke sana lagi. Tidak sekali-kali. Daripada risaukan aku, lebih baik kau risaukan diri kau dahulu.

Oh dan tolong jangan ambil hati atau terasa sebab aku tidak mengatakan semua ini kepada kau. Aku hanya bermonolog sendiri.

Untuk meyakinkan kau aku tidak memaksudkan kau dalam hal ini, aku juga tidak mengizinkan kau komen di bawah. Nah, lihatlah betapa tulus lagi suci hati aku!

Sekarang beritahu aku, apa hadiah yang akan kau bagi pada aku untuk Krismas nanti?

Oh, aku terlupa yang kau tidak boleh komen. Maaf ya...

Ciao.

Eh, kenapa gambar gembira ni ada kat sini pula? Sumpah bukan aku ni.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, February 25, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 8.


 

 
Legan menatap aku. Tajam pandangan mata biru besarnya menagih jawapan. 

“Manusia selalu memungkiri janji untuk kepentingan sendiri , Anna. Bangsa awak satu satunya makhluk yang merosakkan planet tempat tinggal mereka dan mereka sedar mereka sedang rosakkannya.”

Aku angguk kecil. Mengakui kebenaran kata-katanya. “Saya tahu.”

“Saya selalu anggap awak berbeza dari mereka , Anna. Tapi hari ini awak membuktikan andaian saya salah. Aku dan bangsa awak adalah makhluk pemusnah yang gemar pada kerosakan. Bangsa yang sanggup memusnahkan apa saja untuk kepentingan diri mereka. Awak berjanji untuk tidak mengkhianati saya tetapi hari ini awak berada di pihak mereka. Awak memungkiri janji awak Anna.”

 Legan tidak menengking atau memarahi aku. Dia cuma mengingatkan aku pada janji yang pernah aku buat.Inilah kali pertama aku nampak dia sebegini serius.

“Harith,” Kapten Ikhwan mengisyaratkan sesuatu kepada Harith yang sudah sedia menanti. 

Lelaki itu mengangguk tanda faham. Pistol berisi ubat pelali di tangannya disasarkan ke arah Legan. Aku mendekati Legan sebelum picu pistol ditarik. Melekapkan kedua belah telapak tangan ke pipi dia sepertimana yang selalu dilakukannya kepadaku. Aku memaksa mukanya menghadap aku namun dia enggan menuruti kehendakku. Reaksi penolakan itu sedikit mengejutkan aku sekaligus menimbulkan rasa aneh. Biasanya manusia yang selalu bertindak demikian didorong oleh rasa marah akibat dikhianati.

“Legan, awak boleh lihat apa yang ada dalam diri saya. Beritahulah jika benar saya telah mengkhianati awak,” saranku berdiplomasi apabila dia enggan memandang aku. 

Caraku ternyata berhasil. Legan berpaling, meletakkan kedua belah tapak tangan di atas pipiku lalu memejamkan mata. Sebentar kemudian, dia membuka semula matanya. Legan menatap aku dengan mata biru besarnya seperti biasa. Renungannya tidak lagi tajam.

“Saya tidak pernah memungkiri janji saya kepada awak Legan. Saya tidak akan mengkhianati awak. Awak mesti mempercayai saya,” ujarku sambil menatap tepat ke dalam mata birunya.

Legan mengangguk. “Saya percayakan awak Anna...” seusai mengucapkan itu dia memejamkan mata. 

Harith yang berada tidak jauh dari kami mengisyaratkan kepadaku bahawa dia mahu melaksanakan tugasnya sekarang. Aku angguk sekali tanda membenarkan. Peluru berisi ubat pelali ditembak. Tepat mengenai leher Legan. Aku menyambutnya untuk menahan dia dari jatuh terus ke tanah. Harith bergegas mendapatkan kami ketika aku sudah melutut di atas tanah dengan memeluk Legan. Dia dan rakannya menarik Legan menjauhi aku. Pelukan kemas aku terlerai.

Aku memerhatikan Legan dibawa pergi dengan perasaan yang berat. Bukan separuh malah seluruh hati ini enggan membenarkan mereka membawanya pergi tetapi aku tidak punya pilihan lain. Dibandingkan dengan mereka, sebesar manalah kekuatan yang aku punya. Lebih dari itu seluruh dunia yang menetapkan keputusan ini, maka wajarkah aku mendepangkan tangan di hadapan Legan untuk melindungi dia lalu menentang seisi dunia?

“Berjanjilah yang awak tidak akan mengapa-apakan dia,” pintaku menagih janji yang ditawarkan oleh Kapten Ikhwan. 

Lelaki itu mengangguk. “Don’t worry. He’s in good hands. You can sit back and relax now.” 

Dia mengukir senyum sekilas sebelum mengarahkan pasukannya beredar dari situ. Walaupun mereka telah hilang dari pandangan, aku masih berdiri kaku di situ.Entah mengapa naluriku meragui senyuman lelaki itu.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, February 23, 2013

Fire and Ice.

 
Fire and Ice


Some say the world will end in fire,

Some say in ice.

From what I've tasted of desire

I hold with those who favor fire.

But if it had to perish twice,

I think I know enough of hate

To say that for destruction ice

Is also great

And would suffice. 

a poem by Robert Frost.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, February 21, 2013

Noah Band-Separuh Aku.


This is a lyric too.

Nota Kepala: Grup baru Peterpan yang diberi nama baru tapi ahli kumpulannya masih yang lama terutama sekali Ariel aku.
 
*****************************************************************************

 
Dan terjadi lagi kisah lama yang terulang kembali

Kau terluka lagi dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa

Kamu mengerti aku mengerti kamu

Aku ingin kau sadari cintamu bukanlah dia

Dengarlah aku

Suara hati ini memanggil namamu

Kerna separuh aku, dirimu

Ku ada di sini

Fahamilah kau tak pernah sendiri

Kerna aku selalu di dekatmu saat kau terjatuh

Aku ingin kau merasa

Kamu mengerti aku mengerti kamu

Aku ingin kau fahami

Cintamu bukanlah dia

Dengarlah aku

Suara hati ini memanggil namamu

Kerna separuh aku, dirimu

Dengarlah aku

Suara hati ini memanggil namamu

Kerna separuh aku menyentuh laramu

Semua lukamu tlah menjadi milikku

Kerna separuh aku, dirimu...


*          *          *          *          *          *          *          *          *

Nota kaki: Ahhh suara Ariel yang seksi membuatkan aku dah ulang lagu ni hampir lapanratostujuhpuluhkali...I love you la Ariel! Tak kisahlah bumi atau langit tunggang terbalik sekalipun, still I love you mehh...:-* :-* XOXOXOXOXOXO. Maaf ya semua, I tak dapat kawal diri bila nampak lelaki seseksi Ariel. Fufufufufu... (gelak dengan maksud mendalam yang aku sendiri saja tahu maksudnya).

Oh ya dalam kalangan pembaca aku, ada juga somebody yang hampir hampir macam Ariel (bagi aku la mungkin sebab aku dah fall head over heels towards Ariel jadi nampak semua orang macam dia saja). 

So, to that-almost-Ariel human being, hi to you...! How are you doing anyway?


Oh sayang, maaf kerana aku terpaksa melepaskan kau pergi...



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, February 18, 2013

AntiGraviti.


 This is just a lyric.

Tips sebelum membaca:Untuk lebih feeling, sila pasang lagu sambil baca liriknya.

****************************************************************

 
Saat graviti lepaskan ku pergi meninggalkan semua

Terbangku tinggi

Ku mula semua baru

Deras berlalu waktu yang takkan menunggu

Walau jauh ku tetap milikmu

Mahuku satu, mahu kau senyum selalu

Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Anti-graviti, aku

Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi meninggalkan semua

Terbangku tinggi

Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu

Bintang berlegar di kiri kanan aku

Tetap pulang ku padamu

Jangan bimbang waktuku tamat di sini

Kan bermula episod baruku

Mahuku satu, mahu kau senyum selalu

Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Anti-graviti, aku

Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi meninggalkan semua

Terbangku tinggi

Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu

Bintang berlegar di kiri kanan aku

Tetap pulang ku padamu

Berdegup laju menunggu saat bersatu

Nantikan aku kembali ke pangkuanmu

Dapatkah kamu menerima aku

Mampukah waktu mengubati segala pilu yang lalu?

Aku pulang, aku pulang padamu...

Kembaliku, kembali padamu...

Biarkan bulan bersandarkan bahu

Bintang berlegar di kiri kanan aku

Tetap pulang ku padamu...


Anti gravity. Seriously?



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat