Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, May 6, 2013

Hey Perempuan: Jangan Jadi Keldai, Sayang.


 
Hey Perempuan: Jangan Jadi Keldai, Sayang.


Ada kau lihat keldai itu bagaimana sayang? Bebalnya tidak dapat diajar. Degilnya tidak dapat dikawal. Suaranya pula adalah seburuk-buruk suara. Tetapi kau dan keldai ada persamaan. Tunggu, jangan marah dulu. Maksud aku, kau berdua sama-sama makhluk Tuhan bukan?

Kes keganasan rumahtangga adalah perkara biasa untuk dibincangkan tetapi apabila kes keganasan oleh teman lelaki dijadikan topik untuk forum, aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Lalu secara diam-diam, hatiku mula sangsi akan satu akal yang dikurniakan kepada kaum aku sendiri. Beritahu aku, adakah satu-satunya akal yang dikurniakan kepada kau telah kau hilangkan? Kalau begitu, bermakna kau dan kedai mempunyai lebih banyak persamaan sekarang.

Kenapa aku menuduh kau sebegitu hina?

Kerana kalau kau masih waras dan punya akal, kau tidak akan terlibat dalam kes keganasan teman lelaki (what-the-fuck eh?) kau. Belum ada apa-apa ikatan teman lelaki kau sudah mengangkat tangan? Bagaimana pula selepas ada ikatan nanti?

Ada kaum sejenis kita yang 5 tahun makan sepak terajang teman lelakinya masih sanggup bersabar. Ini aku tak tipu, perempuan tersebut yang menceritakan dalam forum apakenamanyantahtu. Bila ditanya sebab dia masih setia di sisi teman lelaki gilanya itu, kata dia, sebab sayang, sebab cinta. Jangan jadi keldai, sayang. Itu bukan cinta, itu kerja gila! Cinta yang benar-benar cinta tidak membunuh, ia memberi nyawa. Cinta tidak menyakitkan sebaliknya ia mengubati. Kalau cinta kau menyakitkan kau dan menyebabkan kau separuh mati dibelasah, itu bukan cinta lagi, itu tongang (sifat bodoh yang lebih teruk dari bangang) namanya.

Ada pula kejadian lelaki kurang ajar yang aku lihat dengan dua biji mata aku sendiri. Sepasang kekasih pergi ke restoran makanan segera (biasalah remaja sekarang, kalau bercinta mesti dating kat restoran yang popular tu). Sifat kurang ajar pertama yang aku ternampak tanpa disengajakan (atau disengajakan) adalah masa nak bayar harga makanan, si lelaki tu suruh awek dia bayar. Siap dia minta duit lagi depan mata aku. 

Okay, itu hal pasangan kekasih la kan, mungkin sebab sayang kau rasa tak perlu berkira dengan pakwe kau sendiri walaupun duit kau yang dia kopak hari-hari. Aku tak mau cakap apa dalam hal ini, duit kau kan, suka hati kaulah kalau kau nak sara pakwe kau macam bela biawak hidup pun. Nasib lelaki tadi baik sebab awek dia bukan Sarah Sayuri. Lepas tu, dah ambil makanan, sifat kurang ajar kedua yang aku nampak adalah si lelaki tak angkat dulang makanan, dia serah semua pada awek dia untuk bawa. Nasib lelaki itu baik sebab awek dia bukan Sarah Sayuri.

Aku ingat dah habis dah sifat kurang ajar dia tapi baru saja mereka berdua mula makan, lelaki ni macam tak puas hati pasal sesuatu. Ini sifat kurang ajar ketiga. Kalau kau tak puas hati apa sekalipun, prinsip aku, jangan bergaduh depan rezeki, jangan maki-maki depan makanan. Si lelaki ni tiba-tiba naik hantu, angin gila dia dah datang gamaknya. Dia mula marah perempuan tu, terkeluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya keluar. Bayangkan kau kena maki depan orang ramai yang tengah makan masa kau juga sedang makan, apa kau rasa?

Awek dia yang malu cuba sabarkan pakwe dia tapi lelaki kepala keldai ni tak mahu disabarkan, dia tak mahu beralah, tak mahu dengar apa-apa. Lagi disabarkan, lagi dia naik hantu. Akhir sekali, kau tahu apa dia buat dalam restoran tu? Dia tendang kerusi yang dia duduk, kemudian dia angkat kerusi tu (aku ingat dia nak smackdown awek dia pakai kerusi ni tapi rupanya tak, hampa jugala aku yang jadi tukang pemerhati...) lalu dia hempas ke lantai sekuat hati (mungkin sebab orang ramai dia hempas ke lantai, kalau tak ada orang tak tahu aku apa jadi kat awek dia). Kemudian dia terus saja blah dengan lagak poyo dan muka serius kononnya. Awek dia ditinggalkan seorang diri dengan makanan yang masih penuh atas meja.

Satu saja aku nak komen pasal kejadian di atas, nasib lelaki itu betul-betul BAIK sebab awek dia bukan Sarah Sayuri. Lelaki tu patut balik buat SUJUD SYUKUR sebab tak dapat awek seperti aku. Pertama sekali kes siapa kena bayar makanan tadi, bagi aku walaupun kau rasa sekaya mana pun kau, jangan bayar makanan teman lelaki kau. Jangan, jangan, jangan sesekali bayar, okay? Bukan aku nak ajar kau sifat kedekut, tapi aku nak kau ajar teman lelaki kau sifat tanggungjawab. 

Okay fine bagi aku kalau pakwe aku tak nak bayar, aku bayar sendiri tapi hanya untuk makanan aku. Cakap pada teman lelaki kau, kalau tak ada duit, tak payah makan makanan mahal-mahal, makan je kat warung mamak kan senang? Kalau tak nak bertanggungjawab untuk awek dia pun, aku rasa sekurang-kurangnya lelaki patut bertanggungjawab untuk makanan yang dia nak makan.

Kedua kes angkat dulang makanan. Walaupun dulang tu taklah berat mana tapi tolong jangan jadi keldai. Jangan jadi lebih bangang dari keldai. Keldai pun tak akan bergerak kalau dipaksa buat perkara yang ia tak mahu, kau tahu? Biar teman lelaki kau yang bawa dulang tu untuk kau. Cakap kat dia, “Kalau Bi (panggilan manja, Babi untuk pakwe) tak nak bawa, ayang pun tak nak bawa. Kita biar jelah kat sini, kita makan kat kaunter ni je.”

Kalau pakwe kau degil tahap kepala konkrit, kau cakap macam tu pun, dia masih tak nak angkat. Tak apa, jangan panik. Kau beritahu penjaga kaunter tu, cakap kat dia kau nak bungkus semua makanan. Lepas tu kau bawa balik dan makan dengan keluarga kau atau dengan kawan-kawan kau. Jangan bagi secebis pun kat pakwe kau yang kepala batu tu. Puas hati kan? Dari makan dengan pakwe bangang kau, lebih baik kau makan dengan orang-orang yang betul-betul sayangkan kau.

Ketiga, kes kena maki dan terbalikkan kerusi. Satu saja aku nak nasihatkan kau, kalau pakwe kau terbalikkan kerusi, kau terbalikkan meja sekali. Biar dia tahu yang dia tak boleh buat sesuka hati batu dia saja. Kalau pakwe kau angkat tangan, kau angkat tangan sekali. Kalau dia angkat kaki, kau kena angkat kaki sama. Kalau dia baling apa saja objek berdekatan kepada kau, kau jangan tunggu macam tunggu kayu bodoh, kau capai pisau, kau baling balik kat dia. Jahat? Tak, ini bukan jahat. Ini hanya mengikut teori fizik. Each action will give off reaction. Setiap tindakan akan ada tindakbalasnya. Teman lelaki kau perlu belajar mengenai teori ni walaupun dia tak ambil subjek fizik.

Oh, kau rasa marah dan tak puas hati dengan aku sebab aku tulis ini? Sebagai lelaki kau rasa aku tidak adil dan kurang ajar kerana mengajar ini? Dan kau rasa nak buat SUJUD SYUKUR sebab kau boleh belasah awek kau sesuka hati sebab dia bukan Sarah Sayuri? Fikirlah apa kau nak fikir selagi kau belum bertemu aku. Sebab selepas berjumpa aku, kau tak akan ingat pun apa yang aku tulis di sini. Selepas mengenali aku, kau akan mengakui apa sahaja yang keluar dari mulut aku betul. Dan selepas menjadi pakwe aku, kau akan buat apa yang aku mahu dengan rela hati biarpun sekarang kau bermati-matian cakap tak mahu. You don’t believe me? Believe it sayang or I dare you to give it a shot. 

Aku hanya cakap saja ya, aku tidak mahu pun kau (in case kau lelaki) sebab aku dah ada ‘teman lelaki’. Dia takkan marah pasal apa yang aku tulis sebab dia tak baca pun. Dan dia lebih bahagia dari kau. Ini fakta okay. Okay? Bye.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

halioceguera said...

Hard Rock Hotel and Casino, Tunica, MS - Dr.MCD
Find out more about Hard Rock 영주 출장샵 Hotel and 삼척 출장마사지 Casino, Tunica and 충주 출장마사지 other things to do 김포 출장안마 in Tunica, MS. 경기도 출장마사지 Hotel information, maps, photos,

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat