Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, May 16, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 16.



 
         Muka perempuan berkulit putih gebu itu kutatap sarat dengan rasa benci. Bergantungan rasa itu di segenap penjuru hati dan dapat dilihat dengan jelas pada pandanganku biarpun aku belum membuka mulut. Aku menarik nafas panjang supaya rasa marah berganjak sedikit untuk membolehkan aku bercakap dengannya.

          “Kau pasti tak pernah rasa macam mana makan nasi berlaukkan air mata kan?” soalku dalam nada mengugut. Perempuan itu cuba mempamerkan riak wajah tenang biarpun aku dapat menangkap rasa cuak dan gentar yang bermukim di hatinya.

          “Dengar baik-baik sebab aku akan beritahu kau cuma sekali dan aku tidak akan ulang balik. Aku benci mengulangi benda sama dua tiga kali. Lepas ini, tangan aku yang akan bercakap bukan mulut aku lagi. Jadi dengar sini,” aku bersuara rendah tetapi penuh dengan rasa marah. Dia kelihatan takut tetapi masih cuba bersikap berani. 

“Siapa kau mahu bercakap begini dengan aku?!” bentaknya . 

           Suara dia yang sepatutnya keluar bernada kuat kedengaran tersekat-sekat akibat perasaan takut. Mungkin dia bimbang aku akan bertindak luar kawalan kerana dia sedar aku boleh berbuat apa sahaja apabila dikuasai rasa marah. Aku menuding satu jari tepat ke arah mukanya. Spontan dia mengunci mulut dan seperti berharap dia boleh menarik balik kata-katanya tadi.

            “Dengar baik-baik. Aku tak mahu tengok muka kau lagi berada dekat dengan dia. Kalau aku nampak kau cuba kacau dia lagi, kalau aku dapat tahu kau sentuh dia dengan satu jari pun kau akan tahu bagaimana rasanya nasi berlaukkan air mata sendiri. Pendek kata kalau aku nampak kau tengok dia lama-lama sekalipun dengan mata jijik kau ni, percayalah kau tak akan berdiri dengan dua kaki kau lagi,” satu persatu kata ugutan itu aku ungkapkan dengan wajah serius. Sarat dengan rasa benci yang amat. 

              Perempuan di hadapanku tergamam. Lama dia terpaku memandang jari telunjuk yang kutudingkan satu inci dari mukanya.

“Kau faham kan? Aku pasti kau faham. Kau pun pasti berharap kau faham.” Aku menyudahkan ugutan. 

         Sebenarnya aku ingin mengugut lebih banyak tetapi perempuan itu terus saja berlari terkocoh-kocoh macam dikejar anjing gila sebaik semangatnya yang terbang kembali. Sebaik dia menghilang dari pandangan, rasa marah aku berterbangan entah ke mana. Serta merta aku ketawa terbahak-bahak akibat rasa lucu melihat gelagatnya ketakutan. 

            Aku bukan gila untuk bertindak membabi buta akibat cemburu. Aku juga tidak sejahat mana untuk mengugut dia sehingga ketakutan. Hati aku pun tidaklah sebusuk hatinya untuk mempergunakan orang lain demi kepentingan sendiri. Aku buat semua ini kerana perempuan itu memang layak menerima rasa marahku. Dia memang tidak wajar dikasihani. Dia akan terus mendampingi lelaki itu sekiranya tidak diugut olehku. Sebab yang lebih utama adalah kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku tidak akan membiarkan lelaki itu disakiti lagi.

             “What are you doing here Anna? I’ve been looking around for you,” suara seseorang mengalihkan ingatanku dari tertumpu kepada perempuan tadi. Aku menoleh. Kelihatan dia sedang memandangku dengan riak wajah gusar. Lambat-lambat aku menghampirinya.

           “I got bored so I thought I’ll just go for a sightseeing,” jawabku seraya mengukir senyum. Dia membalas senyumanku sekaligus menyingkirkan riak wajah bimbangnya.

            “Sightseeing? Here? Is there anything interesting to see?” tanyanya bukan kerana tidak percaya tetapi lebih kepada mahu menyakat.

          “Yes. You,” sengaja aku memberi jawapan yang boleh membuai perasaan. Dia tersenyum tidak percaya. 

           “Are you bluffing with me?”

            “No. I’m honestly serious. Just now, you said you are hungry didn’t you?” soalku cuba mengingatkan dia tentang perkara lain. Dia memandang aku sejenak sebelum mengangguk.

             “Let’s eat something. Shall I feed you?” aku menawarkan dia tawaran yang tidak akan dia tolak. Tercengang dia mendengarnya.

              “You want to feed me? Remember when you said that I wasn’t a baby?”

               “This is once in a lifetime offer. Accept or reject it, the choice is all yours.” Dalam cuba memberi pilihan, aku menyelitkan sedikit perasaan rugi dalam hatinya yang pasti mendesak dia menerima.

“I’m going to accept it but do you think there is any luck for me to turn this into a lifetime offer?” soalnya sungguh sungguh dengan muka berharap. Ketawa aku lepas. Adakah semua lelaki memang dijadikan begini? Sudah diberi betis mahu minta paha pula.

           Aku meletakkan tangan di belakangnya. Memaut pinggang dia sepertimana dia selalu lakukan pada aku. “As you wish sayang.” Aku bersetuju dengan senyuman terukir di bibir. Dia juga tersenyum tetapi senyumannya lebih lebar dari aku. 

            Walaupun dia rasa benar-benar gembira sekarang namun sebenarnya aku lebih gembira darinya. Kerana mendapat peluang berada di sampingnya sekali lagi adalah keajaiban terhebat yang pernah terjadi pada aku. Makanya aku sudah berjanji pada seisi dunia yang mendengar untuk melindungi dia bukan sehabis mampu tetapi lebih dari itu.

             Mencintai dia lebih banyak biarpun aku tahu cinta aku tidak akan dapat menandingi cintanya. Dari melihat dia berada dalam kesakitan seperti itu lagi aku lebih rela mati. Sebab lelaki ini adalah dunia aku sekarang. Dan aku akan melindungi dunia aku walau apapun taruhannya.






May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

Anonymous said...

I have read so many posts about the blogger lovers except this piece of writing is really a nice piece of writing, keep
it up.

My weblog; discount codes

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat