Inilah
pertama kali aku melihat ego seorang lelaki yang mengaku dirinya pemimpin
paling hebat jatuh berjuraian di hadapan mata. Lelaki yang mengepalai sebuah
impian untuk membina negara milik bangsanya dengan memusnahkan negara orang
lain. Lelaki yang berdegar-degar berbicara bahawa bangsa dan agamanya memang
dilahirkan untuk menjadi ketua. Semua yang lain harus tunduk dan mengikut
telunjuk mereka. Sebolehnya mereka harus diangkat ke tempat paling tinggi dan
dibiarkan menguasai dunia.
“Satu
pertiga,” dia mengulangi permintaan yang sama. Aku memandang muka Presiden
Israel, Bentayahu yang nampak tidak tahu ekspresi apa yang harus dipamerkannya
sekarang. Dia tersepit antara ketakutan dan keegoan sendiri.
“Semuanya,”
sekali lagi aku menolak. Bentayahu mengetap rahangnya. Geram dengan penolakan
itu mungkin. Lebih-lebih lagi egonya sedang cuba dipatahkan seorang perempuan.
“Satu
pertiga. Saya juga ada kepentingan dan negara sendiri yang harus dilindungi,”
ujarnya melapik kata. Negara sendiri? Aku bagai mahu ketawa berdekah-dekah
mendengar ayat itu. Bagaimana bangsa yang dilaknat di bumi sendiri dan dikutuk
sebagai bangsa yang paling sombong serta zalim mengakui mereka mempunyai negara
yang berdaulat?
Jawapannya adalah dengan
merampas negara orang lain, mencerobohi tanah penganut agama lain dan
menghapuskan pemilik sebenarnya. Itulah yang mereka lakukan selama ini dan
lelaki yang duduk bersetentang denganku sekarang ialah penggerak utamanya.
“Semuanya.
Saya tidak akan menerima sebarang tawar menawar selain apa yang saya sebutkan,”
tegasku memberi kata putus. Dia merenung aku tajam seperti helang yang sudah
mengecam mangsanya.
“Awak
benar-benar seorang perempuan yang tamak dan ego. Satu pertiga sahaja yang saya
boleh bagi. Kalau awak tidak mahu berkompromi saya juga tidak perlu berbuat
begitu. Saya sudah bawa perunding terbaik ke sini tetapi awak enggan
bekerjasama. Itu pilihan awak. Saya juga ada kuasa untuk buat pilihan sendiri.”
Bentayahu menempelak.
Ketawa aku terburai. Dia memerhati aku ketawa mengejek
dengan pandangan mencerlung. Bangsa yang paling tamak adalah bangsanya. Bangsa
yang bodoh sombong juga adalah mereka. Lantaran itu ianya menimbulkan perasaan
lucu di hatiku apabila dia sewenang-wenangnya melemparkan sifat buruk mereka
kepada orang lain.
“Dalam
banyak-banyak kejahatan yang awak sembunyikan dengan tipu muslihat serta
kelicikan otak awak, tidak mustahil untuk awak tersilap. Biar saya beritahu
awak apa yang awak silap kali ini. Terus terang saya cakap awak tersilap
menilai bahawa awak ada pilihan sedangkan sebenarnya tidak. Ya, saya tidak
memberi awak kuasa untuk memilih. Kuasa bukan lagi di tangan awak sekarang.
Jadi, sama ada awak bersetuju atau bersedia untuk mati,” provokku beserta
ugutan.
Presiden
Israel itu bingkas bangun dari kerusi. Dia menghentak meja kuat melampiaskan
ego bodoh yang dipendam sekaligus menandakan penolakan terhadap permintaan aku.
“Saya tidak
akan bersetuju sama sekali! Kita akan tengok siapa yang mati nanti!” tempiknya
kuat.
Suaranya bergema memenuhi segenap ruang bilik perbincangan kedap bunyi.
Mungkin kesombongannya menyebabkan dia bertindak demikian. Atau mungkin dia
benar-benar enggan menerima hakikat kuasa kawalan bukan lagi dalam tangannya
sekarang. Sedikitpun hatiku tidak gentar mendengar tempikannya. Ketawa sinisku
mengiringi langkahnya menuju ke pintu. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik itu.
“Baiklah.
Mari kita tunggu siapa yang akan merayu untuk nyawanya nanti.” Aku bercakap
pada diri sendiri. Senyuman sinis masih menguntum di bibirku.
* * * * * * * * *
Pen di
tangan kuputarkan seiring dengan pergerakan tangan Bentayahu mengesat peluhnya
menggunakan sapu tangan mahal. Sesekali matanya melirik ke arah skrin
televisyen dan kemudian kepada penasihatnya di luar cermin bilik perbincangan
itu. Paparan berita di kaca televisyen yang ditayangkan pasti menggoncangkan
kesombongannya lalu meruntuhkan ego dia terus. Malah kalau dia tidak
mengetahuinya dari televisyen pun, aku pasti sebagai seorang pemimpin kuasa
besar terhebat dia tentu sudah dikhabarkan apa yang berlaku.
“Saya
terpaksa kembali bertemu awak kerana keadaan memaksa. Jangan fikir yang awak
sudah menang. Kalau perkara sebegini tidak berlaku, mati hidup balik pun saya
tidak akan merayu meminta pertolongan awak,” dia membuka mulut setelah lama
membisu.
Inilah yang dikatakan bangsa paling sombong. Orang yang sangat angkuh
sehinggakan waktu-waktu seperti inipun masih mahu menunjukkan egonya. Orang
seperti ini tidak tahu apa itu erti kemanusiaan.
“Kalau awak
rasa sangat tidak selesa berada di sini, marilah kita percepatkan urusan supaya
kita tidak perlu bertemu muka lagi kelak,” bidasku seraya menghulurkan pen di
tangan kepadanya.
Dia menyambut dengan lagak kasar. Lagak yang selayaknya untuk
manusia yang bertuhankan sifat binatang. Lama Bentayahu terpaku menatap sehelai
kertas di hadapannya tanpa berbuat apa-apa.
“Satu
pertiga,” pintanya masih mahu mencuba nasib.
Tergeleng kepalaku melihat gelagat
lelaki ini yang tidak serik-serik. Egonya membukit sehingga tidak mengizinkan
dia akur begitu saja pada kehendak orang lain. Kerana sifat sombong dan enggan
mengalah ini jugalah yang membolehkan dia memusnahkan tempat tinggal orang lain,
merampas negara orang untuk dijadikan negara sendiri serta meragut ratusan ribu
nyawa manusia yang tidak berdosa.
“Turunkan
tandatangan awak sekarang atau rundingan ini terbatal sendiri,” aku beri kata
dua kerana sudah jelak melayani sikap keras kepalanya.
“Satu
pertiga,” tekan Bentayahu supaya aku mendengar dengan jelas.
Sekilas aku
membuang pandang ke arah wajah manusia yang paling membencikan ini. Setinggi
manapun egonya, setebal manapun kesombongannya dan sekuat manapun kedegilannya,
ianya tidak akan mampu menandingi aku. Kata Mr Salvatore, aku adalah perempuan
paling ego dan aku mempercayai dia. Justeru, Presiden Israel ini harus melutut
dan menyembah egoku bukan sebaliknya.
“Saya harap
awak berseronok dengan sisa-sisa hidup awak yang tinggal,” pesanku lantas
bangun dari kerusi. Tanpa menoleh ke belakang aku berjalan dengan yakin menuju
ke pintu keluar.
“Tunggu!”
suara kerasnya menghentikan langkah aku. Dari ekor mata, aku nampak dia
menurunkan tandatangan dengan tangan sedikit terketar. Ya, Mr Salvatore
sememangnya betul. Aku memang perempuan paling ego di dunia. Setelah
menyebabkan Presiden Israel sendiri tunduk pada permintaanku, tiada siapa yang
lebih layak untuk menyandang gelaran tersebut selain aku.
No comments:
Post a Comment