Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 25, 2013

Manusia...Begitulah.



 
Bila kau bercakap pasal lampu Krismas saja, ramai orang yang datang menerpa menaburkan bermacam-macam nasihat, kiasan, makian, sindiran dan fatwa-fatwa entah dari mana.

Tetapi bila kau hilang cahaya, sendiri dalam gelap, tiada siapa pula yang peduli atau sudi meminjamkan waima sebatang lilin. Manusia...begitulah.

Bila kau mampu membuatkan orang di sekeliling kau gembira, mereka akan berkumpul bersama kau untuk ketawa sekali.

Tetapi bila kau ditimpa celaka dan menangis, maka kau akan mendapati kau menangis seorang diri. Manusia...begitulah.

Bila kau berdiri di tangga paling tinggi, semua orang berebut-rebut dan merayu supaya kau membawa mereka ke atas sedikit biarpun cuma satu anak tangga.

Tetapi bila kau tersungkur menyembah bumi, mereka semua yang sudah berdiri di atas tadi hanya melihat kau tanpa simpati. Manusia...begitulah.

Bila kau dimahukan seorang lelaki, dia akan menaburkan seribu satu janji dan bersumpah setia sampai hujung nyawa.

Tetapi bila kau sudah tidak dimahukan lagi, dia akan berlari meninggalkan kau tanpa pamitan pun seperti dikejar anjing gila. Manusia...begitulah.

Bila kau dikurniakan sedikit kebaikan, semua berlumba-lumba menadah tangan.
Tetapi bila kau dikurniakan sedikit keburukan, semua berlumba-lumba memberi makian. Manusia...begitulah.

Bila kau hodoh macam zombi, tiada siapa sudi memandang.
Tetapi bila kau dah cantik macam bidadari, semua tidak putus-putus datang. Manusia...begitulah.

Dan kerana manusia begitu, maka aku sudah tidak mahu ambil kisah apa yang berlaku. Cuma satu aku nak cakap, “From now on here, if you want to walk out of my life, just fucking get lost. Frankly, I don’t give a fuck anymore.”






May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

Anonymous said...

http://eekshop.com
Do try an having to do with going to be the many of the new soft cup bras that offer construction also a multi function smaller breast (Soft cup means sans at less than cable television

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat