Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, April 10, 2013

Kepada Saudara Perempuanku (Final Letter).



 
Saudara perempuanku yang selalu kuhormati,

Ingatlah kata-kata aku ini; Apapun yang dikatakan oleh mereka tentang Tuhan mereka, hakikat sebenar adalah kita semua berTuhankan Dia yang satu. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan kau, Tuhan aku dan Tuhan kita semua adalah sama biarpun mereka enggan mengakui dan bermati-matian menafikannya. Dialah Tuhan bagi langit dan bumi. Dialah pemilik jiwa hambanya dan Penguasa bagi tiap-tiap yang bernyawa. DaripadaNya semua datang dan kepadaNya juga semua akan kembali. Biar aku beritahu kau sesuatu yang ironi di sini : Mereka yang tidak mengakui hakikat bahawa Dia adalah Tuhan mereka sebenarnya tahu bahawa Dia adalah Tuhan mereka. Kau pening dengan kata-kata aku ini? Biar aku ringkaskan dalam ayat mudah. Maksud aku adalah, mereka yang kufur tetap akan memilih neraka biarpun mereka nampak dengan jelas laluan menuju ke syurga dibentangkan di hadapan mereka. Pesanan aku, janganlah kau termasuk dalam golongan yang sungguh rugi dan bodoh seperti mereka.

Sesungguhnya hidup itu benar, mati itu benar. Hari pembalasan itu benar, syurga itu benar dan neraka itu pun benar. Siksaan kubur itu benar, soalan Munkar dan Nakir itu benar. Jika nikmat-nikmat Tuhan itu benar, maka seksaan dan azabNya pun benar. Dan jika semua itu benar, maka Yang Maha Pemurah itu pun benar. Janganlah kau jadi seperti kaum-kaum kafir yang kononnya sangat bijak tetapi IQ 280 mereka masih tidak mampu berfikir mengenai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Kebijaksaan mereka menjadikan mereka sangat sombong sehingga mereka memutuskan teori yang mengatakan kejadian bumi dan alam semesta adalah proses semulajadi. Sekalipun kau hanya punya satu akal, aku yakin kau masih mampu menggunakan akal kau untuk membuktikan bahawa mereka itu salah.

Janganlah hati kau mempunyai penyakit ragu-ragu sepertimana mereka yang kufur. Satu bukti yang amat mudah bahawa kita semua dijadikan Tuhan yang satu adalah dengan melihat diri kita sendiri. Kalaulah terdapat banyak Tuhan di bumi ini, tentulah setiap Tuhan akan membawa makhluk yang masing-masing ciptakan. Jadi beritahu aku, mengapa hanya umat manusia saja yang berkeliaran di atas bumi? Mengapa tidak ada umat alien atau umat lain? Mempercayai Tuhan lembu sesungguhnya akan menjadikan kau juga seperti lembu (bodoh). Tolonglah jangan mempersiakan satu-satunya akal yang dikurniakan Tuhan kepada kita kaum perempuan dengan memikirkan benda-benda yang bodoh dan langsung tidak masuk akal.

Janganlah kau mendustakan ayat-ayat Tuhan, janganlah kau berpaling apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada kau sepertimana orang-orang kafir. Seandainya kau melakukan demikian, sesungguhnya aku berlepas tangan dari apa yang kau pertuhankan sesudah itu.

Saudara perempuanku,

Ingatlah baik-baik dan aku juga akan mengulangi ini baik-baik. Sesungguhnya neraka itu benar dan azabnya yang teramat dahsyat juga benar. Jagalah diri dan kulit kau baik-baik supaya tidak disambar api hitamnya. Sepertimana yang kau selalu dengar, kaum kita paling mudah jalannya untuk ke syurga tetapi paling mudah juga untuk ke neraka. Seandainya tergelincir maka sudah tentu kita akan terjatuh ke dalam api neraka yang teramat panas. Jagalah kaki kau baik-baik supaya kau tidak akan tersadung atau tergelincir ke dalamnya. Janganlah kau sekadar tahu melilit kaki kau dengan barang-barang kemas sampai satu kilogram kerana lebih berat kau lilit, lebih senang untuk kau tergelincir ke sana kelak.

Perumpamaan bagi emas yang dileburkan untuk menjadi barangan perhiasan kita adalah seperti buih-buih di lautan. Kau tahu apa maksudnya? Tidak berguna sama ada ianya wujud atau tidak. Kerana di akhirnya nanti ia akan hilang begitu saja. Lantaran itu, suka untuk aku ingatkan kau agar jangan terlalu taksub mengumpul benda yang sia-sia. Jangan terlalu ghairah mengejar benda-benda yang bersifat sementara. Dan jangan terlalu leka membilang kemegahan dan kecantikan yang kau punya. Apabila semuanya diambil balik sekaligus nanti, beritahu aku apa yang boleh kau lakukan pada masa itu?

Sesungguhnya saudara perempuanku, seandainya semua doa-doa aku diangkat terus ke langit, sudah tentu aku akan memohon agar kau dan aku terpelihara bukan saja dari api neraka malah dari bahangnya sekalipun. Kerana aku dan kau bukanlah mereka yang sudah dijamin terselamat dari jilatan api neraka, maka marilah kita sama-sama berdoa. Dan kau yang membaca pun marilah berdoa bersama. Moga-moga kita semua akan diselamatkan dari api neraka dan azab siksa kubur.

"Rabbana (wahai Tuhan kami)! Jauhkanlah azab Jahanam daripada kami, sesungguhnya azabnya sangat mengerikan.” 
Surah al-Furqan-ayat 65.

Saudara perempuanku yang adakala kukasihi,

Maka dengan ini, berakhirlah sudah perbicaraan kita. Mana-mana bait-bait kataku yang mengguris hati kau, tidak lain yang aku harapkan melainkan kemaafan kau. Seandainya ada yang tidak jelas atau kau mahu lebih tazkirah atau kau mahu aku mengadakan sesi usrah, kau tahu di mana mahu mencari aku. Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku sampaikan namun apalah gunanya setimbun bukit jika yang terkais oleh kau cuma sedikit. Maksudnya tak guna aku cakap berjuta patah perkataan andainya yang kau baca cuma seratus patah dan yang kau faham cuma beberapa patah. Cukuplah sekiranya kau faham yang kita cuma ada satu Tuhan dan semua kata-kataNya adalah benar.

Hingga kita berjumpa lagi, aku berharap rahmatNya sentiasa akan mengiringi langkah kau dan juga aku. May peace be upon us.



Dan oh ya, jangan salah faham dengan surat ni, Sarah Sayuri masih seperti dulu. Dia tidak bertukar jadi ustazah selebriti atau tiba-tiba berniqab sampai yang nampak cuma dua biji mata. She is just she. Like the way she is. And she hates Bruno Mars, seriously!


Percaya, dan kau akan jumpa cahaya sekalipun di lorong paling gelap.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

Zuemiey Khairuddin said...


Assalamualaikum.

tak perlu tunggu berniqab untuk menasihati..kan?kan? :)
BM? Ewww...~~~

- owner blog Cerita Dalam Kenangan -

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat